AKTIVITI PEMUDA DI BULAN OGOS

>> Wednesday 12 August 2009

PERJUMPAAN DENGAN PEMUDA-PEMUDA CAWANGAN

Program Pejumpaan dengan Pemuda-Pemuda Cawangan merupakan satu program yang dititikberatkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Melalui program sedemikian, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang diketuai oleh saudara Khairul Firdaus akan menyampaikan isu-isu semasa disamping mengenalpasti segala permasalahan yang dihadapi di peringkat akar umbi.



Kelihatan Ketua Pemuda bersama-sama dengan beberapa AJK Pemuda Bahagian semasa perjumpaan dengan Pemuda-Pemuda Cawangan Kg Bakau.


Ketua Pemuda sempat meninggalkan ole-ole buat pemuda-pemuda cawangan Kg. Bakau, berupa 1 set Jersi dan bola


Ketua Pemuda sedang menyampaikan kata-kata aluan kepada pemuda-pemuda cawangan Kg air. Turut bersama-sama kelihatan Naib Ketua Pemuda.


Ketua Pemuda sedang menyampaikan peralatan sukan kepada pemuda-pemuda cawangan Kg. Air.



Antara pemuda-pemuda cawangan Kg Batu Sika Sekong, semasa perjumpaan dengan Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi.


Penolong Setiausaha, Encik Azman Jambo sentiasa kelihatan dimana sahaja program Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi.


Ketua Pemuda menyampaikan set Jersi untuk kegunaan pemuda-pemuda cawangan Kg. Batu Sika Sekong.



PROGRAM AMAL

Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi melakukan kerja amal, mengecat Masjid di Kampung Bambangan. Kerja amal ini dilakukan sebagai salah satu usaha untuk mengimarahkan lagi serta menarik golongan belia untuk mendekatkan diri dengan masjid.

Kelihatan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda bersama-sama melakukan kerja-kerja mengecat masjid di Kampung Bambangan dengan di awasi oley Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus.


Pemuda-pemuda cawangan tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenang-kenangan bersama Ketua Pemuda dan sebahagian daripada AJK Pemuda Bahagian setelah selesai melakukan kerja-kerja mengecat masjid.

Ketua Pemuda menunjukkan kebolehan mengecat sambil dibantu oleh sebahagian daripada AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu Sapi.




MESYUARAT PERWAKILAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN TAHUN 2009



Tanggal 19hb Julai, 2009, sudah tentunya tidak dapat dilupakan oleh Saudara Khairul Firdaus bin Akbar Khan, selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian dimana telah berlangsungnya Mesyuarat Pertama Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian sejak beliau menerajui Kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Batu Sapi.


Mesyuarat tersebut telah diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan dan acara Perasmian telah disempurnakan oleh Encik Azman bin Haji Ruslan, Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah. Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh semua Ketua-Ketua Pemuda UMNO Zon Lima Sandakan.


Ketibaan Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah, Encik Azman Hj Ruslan selaku perasmi Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian P.185 Batu Sapi, Tahun 2009.



Kelihatan Timbalan Ketua Bahagian, UMNO Bahagian Batu Sapi, Encik Ariffin Hj Asgali dan Naib Ketua Wanita, Puan Marlina yang turut hadir diupacara perasmian.

Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian yang hadir di Mesyuarat tersebut.


Sebahagian daripada perwakilan Pemuda UMNO Cawangan yang hadir. Turut kelihatan wakil dari Ahli Jawatankuasa Wanita dan Ahli Jawatankuasa Puteri yang menyaksikan perjalanan Mesyuarat.

Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP