PEMUDA MASUK KAMPUNG

>> Monday 30 November 2009

Tarikh: 28 November, 2009 Jam : 02:00 Petang
TEMPAT : KAMPUNG GAS DAN KAMPUNG CENDERAMATA
PROGRAM 'PEMUDA MASUK KAMPUNG' DITERUSKAN LAGI DIMANA SASARAN KALI INI ADALAH DI KAMPUNG GAS DAN KAMPUNG CENDERAMATA. WALAUPUN UMAT ISLAM MASIH MERAIHKAN SAMBUTAN AIDIL ADHA, NAMUN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BATU SAPI MENGAMBIL PENDEKATAN 'ERTI PERNGORBANAN' DENGAN MENGAMBIL KIRA NASIB RAKYAT YANG MEMERLUKAN.

UNTUK ITU, PERGERAKAN PEMUDA UMNO BATU SAPI TELAH MEMBERIKAN DUA (2) SET JERSI DAN 10 BIJI KOMPANG UNTUK KEGUNAAN BELIA-BELIA DI KAMPUNG GAS. SELAIN DARIPADA ITU JUGA, PERGERAKAN PEMUDA UMNO YANG DIKETUAI OLEH SAUDARA KHAIRUL FIRDAUS TURUT MEMBERIKAN SUMBANGAN BEG DAN PERALATAN SEKOLAH KEPADA 10 PELAJAR MISKIN DI KAMPUNG GS DAN 10 PELAJAR MISKIN DI KAMPUNG CENDERAMATA.

Ungkapan Terima Kasih.....Mungkin itu lah yang diperkatan oleh ayan kepada salah seorang pelajar yang menerima bantuan dari Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi.


Walaupun panas terik, namun senyuman tetap terukir di bibir Ketua Pemuda apabila dapat berjumpa sendiri dengan pelajar yang menerima bantuan sambil diperhatikan oleh Penolong Setiausaha Pemuda.

Program Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi juga telah mendapat kerjasama dari Ketua Kampung, Kampung Cenderamata. Ini jelas terbukti apabila beliau turut menemani Ketua Pemuda berkunjung dari rumah ke rumah pelajar yang terpilih.


Turut kelihatan Naib Ketua Pemuda dan AJK Pemuda Bahagian yang sama-sama menyertai Program Pemuda Masuk Kampung sebagai tanda sokongan padu kepada Ketua Pemuda.


Kelihatan belia-belia di Kampung Gas menunjukkan kebolehan memalu kompang yang telah disumbangkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi.

Harapan Ketua Pemuda agar semua belia-belia di kawasan Batu Sapi bergiat aktif dalam apa jua jenis sukan. Ini terbukti dengan pemberian set jersi kepada Ketua Pemuda Cawangan di kampung Gas.

Salah seorang lagi Ketua Pemuda Cawangan yang turut menerima sumbangan set jersi dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi.

Dimana sahaja sessi perjumpaan dengan belia-belia/pemuda-pemuda cawangan, Khairul Firdaus tidak lupa untuk menyampaikan sesuatu nasihat yang amat berguna serta isu-isu semasa untuk dikongsi bersama.








































Read more...

KORBAN DI AIDIL ADHA

SALAM AIDIL ADHA UNTUK SEMUA AHLI-AHLI PEMUDA CAWANGAN DI BAHAGIAN BATU SAPI. SEMOGA KEHADIRAN LEMBARAN AIDIL ADHA TAHUN INI AKAN DAPAT MENJADI PENDORONG PENGORBANAN YANG DAPAT MEMBERI KEKUATAN ILTIZAM KEPADA KITA SEMUA UNTUK MEMAJUKAN DIRI, ORGANISASI, AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

DI AIDIL ADHA TAHUN INI, PERGERAKAN PEMUDA UMNO BATU SAPI TELAH MENYUMBANGKAN DUA(2) EKOR LEMBU KEPADA KAMPUNG BAHAGIA DAN KAMPUNG LUPAK MELUAS DARAT.

Ketua Pemuda dan Penolong Setiausaha sedang memerhatikan pemuda-pemuda cawangan Kampung Bahagian membuat persiapan akhir untuk penyembelihan lembu.

Kelihatan tuan Imam Kampung Bahagian telah siap sedia untuk memulakan acara penyembelihan sambil diperhatikan oleh Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan Penolong Setiausaha.
Sebahagian daripada masyarakan kampung Bahagia yang turut sama dalam program tersebut.


Keadaan lembu yang telah dikorbankan.






Read more...

PERSAHABATAN BOLASEPAK

TARIKH : 21 NOVEMBER, 2009 JAM 04:00 PETANG
TEMPAT : PADANG PERBANDARAN SANDAKAN



Tarikh 21 November, 2009, merupakan tarikh yang mungkin tidak dapat dilupakan bagi pemuda-pemuda Zon Lima (5) kerana Sandakan telah dipilih sebagai destinasi Mesyuarat Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian Negeri Sabah. Sebelum bermesyuarat pada sebelah malam, Ketua-Ketua Pemuda sempat mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan dengan pasukan pilihan UMNO Zon Lima (5).



Kelihatan Ketua Pemuda Negeri Sabah, Encik Azman Hj Roslan telah bersiap sedia untuk mengetuai pasukan pilihan pemuda UMNO Zon Lima (5)


Turut kelihatan Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi, Encik Khairul Firdaus Akbar Khan sedang menyiapkan diri untuk mengetuai jentera serangan Pasukan Ketua-ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah.



Ketua Pemuda UMNO Negeri diperkenalkan kepada barisan pemain Pasukan Pilihan UMNO Zon Lima (5) oleh encik Mazlani, Ketua Penerangan UMNO bahagian Libaran.


Kedua-dua pasukan sempat merakam gambar kenang-kenangan sebelum perlawawan dimulakan.


Rehat separuh masa kedua digunak sebaiknya oleh pasukan Ketua-Ketua Pemuda Negeri untuk merancang sesuatu yang lebih berkesan disebabkan keadaan padang yang kurang baik.


Kelihatan Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi ( duduk 2 dari kanan ) menggunakan masa rehat untuk mengembalikan tenaga sebelum bermulanya perlawanan masa kedua.













Read more...

PROGRAM PEMUDA MASUK KAMPUNG

>> Sunday 29 November 2009

Tarikh : 22 November, 2009 Jam : 03:00 petang
Tempat : Kampung Segaliud

Buat pertama kalinya, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi membuat "Program Pemuda Masuk Kampung" dengan sasaran utama mendekati pelajar-pelajar miskin. Program pertama kalinya ini dibuat di Kampung Segaliud, dimana seramai 10 orang pelajar miskin telah menerima sumbangan berupa beg dan peralatan sekolah dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang diketuai oleh Khairul Firdaus bin Akbar Khan. Program dibuat secara bergerak dari rumah ke rumah ini telah memakan masa hampir 2 jam, dan turut disertai oleh beberapa orang AJK Pemuda dan Naib Ketua Pemuda Bahagian.



Kelihatan Timbalan Pengerusi PIBG SK Segaliud sedang menerangkan sesuatu kepada Ketua Pemuda sebelum program dimulakan. Turut kelihatan Penolong Setiausaha, Encik Azman Jambo.



Juslian Tukong selaku Pengerusi JKKK Kg Segaliud yang juga merupakan AJK Pemuda UMNO Batu Sapi sedang menunjukan sesuatu dalam perjalanan menuju ke salah sebuah rumah pelajar terbabit.


Rombongan Pergerakan Pemuda juga terpaksa melalui jambatan gantung untuk sampai kerumah pelajar terbabit. Kelihatan Ketua Pemuda seakan-akan sudah biasa melalui jambatan gantung.



Salah seorang penerima beg dan peralatan sekolah dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi.



Keceriaan jelas terpandang di wajah ayah kepada seorang pelajar yang menerima bantuan. Walaupun ianya tidak seberapa namun sudah cukup untuk meringankan beban.



Ketua Pemuda juga tidak lupa menasihati pelajar agar belajar bersunggu-sungguh. Siapa tahu inilah bakal Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi masa akan datang.



Kedua ibubapa pelajar ini agak terkejut kerana Ketua Pemuda datang dengan melalui jalan ladang sawit hanya semata-mata untuk menyampaikan sumbangan kepada anak mereka.








Read more...

PROGRAM GOTONG ROYONG

>> Saturday 14 November 2009


Tanggal 14hb. November, 2009, jam 8:00 pagi, bertempat di kampung Bokara, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah mengadakan Program Gotong Royong membaikpulih gelanggang bolatampar. Program ini telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari Persatuan Belia kampung Bokara, yang mana hampir 30 orang belia telah hadir di majlis tersebut.

Ketua Pemuda berharap, Program sedemikian akan dapat mengeratkan lagi hubungan diantara Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi dengan golongan belia di kampung berkenaan di samping dapat memupuk semangat kerja secara berpasukan.


Penolong Setiausaha Pemuda (berbaju merah) meninjau keadaan gelanggang yang perlu dibaikpulih sambil diberi penerangan oleh wakil belia kg Bokara


Ketua Pemuda menyampaikan sepatah dua sebelum acara gotong royong dimulakan. Turut bersama-sama beliau, Penolong Setiausaha dan juga beberapa orang AJK Pemuda Bahagian


Kelihatan para belia tahu akan tugas dan tanggungjawab masing-masing


Penolong Setiausaha Pemuda bersama-sama AJK Pemuda Bahagian, membantu kerja-kerja membuat benteng bagi mengelakkan tanah runtuh


Kelihatan Khairul Firdaus tidak ketinggalan membantu kerja-kerja mendirikan tiang pagar gelanggang

Para Belia kelihatan gembira di atas bantuan yang telah diberikan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi

Sebahagian daripada golongan belia yang turut sama menjayakan Program Gotong Royong membaikpulih gelanggang bolatampar



Read more...

PERJUMPAAN DENGAN PEMUDA CAWANGAN

Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi meneruskan Program Perjumpaan dengan Pemuda-Pemuda Cawangan bagi menyampaikan isu-isu semasa dan yang paling penting menerima maklum balas dari pemuda-pemuda cawangan berkaitan dengan permasalahan di peringkat akar umbi.

Kelihatan Ketua Pemuda sedang menyampaikan ucapan pada majlis perjumpaan dengan pemuda-pemuda cawangan di Kampung Sundang pada 13hb November, 2009.


Ketua Pemuda menyampaikan 1 set kompang kepada Ketua Cawangan Kg Sundang Laut bagi kegunaan belia-belia di kampung berkenaan. Turut Kelihatan kanak-kanak yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan Program Tuisyen secara percuma yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi.












Read more...

LAWATAN YB DATO' RAZALI KE BATU SAPI

>> Wednesday 4 November 2009



Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran peringkat negeri Sabah telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Dato' Razali Haji Ibrahim pada 3 September, 2009, di Masjid Taman Indah, Sandakan.

Kelihatan Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi bersama-sama dengan beberapa orang Ketua Pemuda yang lain sedang mendengar ucapan perasmian oleh YB Dato' Razali. Turut bersama-sama Encik Arifin Asgali, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bahagian Batu Sapi.

YB Dato' Razali mencari surah di dalam Al-Quran selepas merasmikan Majlis Nuzul Al-Quran peringkat Negeri Sabah sambil diperhatikan oleh Exco Pemuda UMNO Malaysia, saudara Gasing dan Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi, saudara Khairul Firdaus bin Datuk Akbar Khan.

YB Dato' Razali berkesempatan melakukan satu sidang akhbar selepas upacara Majlis Perasmian. Turut bersama-sama beliau, Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah, Saudara Azman Hj Roslan, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi, saudara Arifin Asgali dan juga beberapa orang Ketua Pemuda UMNO.


PERJUMPAAN DENGAN UMNO ZON LIMA (5)


YB Dato' Razali bergambar bersama-sama dengan AJK Pemuda UMNO Batu Sapi selepas selesai jamuan makan.

Beramah mesra dengan sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Sandakan. Kelihatan Naib Ketua Pemuda, saudara Shamsir (baju biru gelap)



Bersalaman sambil berkenalan dengan sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Libaran.


Tidak ketinggalan Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Batu Sapi turut bersama-sama dalam jamuan makan malam bersama YB Dato' Razali.




YB DATO' RAZALI BUAT KEJUTAN DI KAMPUNG BAKAU DAN KAMPUNG KARAMUNTING, BATU SAPI



Tarikh 3 September, 2009, jam 9:00 malam merupakan detik bersejarah buat penduduk kampung Bakau khususnya pemuda-pemuda cawangan di kampung berkenaan. Apa tidaknya, hanya dengan berkain sarung dan dengan bantuan cahaya lampu handphone, YB Dato' Razali meneruskan hasrat untuk membuat perjumpaan dengan pemuda-pemuda di kg berkenaan. Sebelum itu, beliau telah membuat perjumpaan dengan pemuda-pemuda cawangan di kampung karamunting. YB Dato' Razali turut mengambil masa hampir 30 minit membuat lawatan ke beberapa tempat di bahagian Batu Sapi dengan diiringi oleh Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi, saudara Khairul Firdaus.

YB Dato' Razali sedang khusyuk mendengar penerangan dari Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi, Khairul Firdaus sambil diperhatikan oleh Pengarah Belia dan Sukan Negeri Sabah.



YB Dato' Razali sedang menyampaikan ucapan di kampung Bakau. Turut kelihatan Ketua Pemuda UMNO Tawau, saudara Ariffin Kassim bersama Naib Ketua Pemuda Tawau, saudara Syed Ali Syed Abas.




Pemuda-Pemuda cawangan Kg Bakau mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan YB Dato' Razali.


Pada majlis tersebut juga, YB Dato' Razali menyumbangkan beras kepada 20 orang balu dan fakir miskin. Kelihatan YB Dato' Razali sedang menyampaikan sumbangan beras kepada salah seorang penerima.

Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP