SEGALIUD DI LANDA BANJIR

>> Sunday 24 January 2010

PROGRAM PEMUDA MASUK KAMPUNG
TARIKH : 17 JANUARI, 2010
TEMPAT : KAMPUNG SEGALIUD


Hujan lebat yang turun tanpa henti sejak beberapa hari telah mengakibatkan beberapa daerah di kawasan pendalaman telah dilanda banjir. Masyarakat kampung Segaliud salah satu kampung yang termasuk dalam Parlimen Batu Sapi turut merasakan keadaan banjir ini. Keadaan ini bertambah buruk apabila beberapa buah rumah hampir ditenggelami air.
Menyedari masalah tersebut, Ketua Pemuda bersama-sama dengan Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi telah membuat lawatan mengejut ke kampung berkenaan.


Ketibaan YB Datuk Samsudin dan Ketua Pemuda telah disambut oleh masyarakat kampung Segaliud


Ketua Pemuda bersama-sama dengan masyarakat kampung mendengar amanat yang disampaikan oleh YB Datuk Samsudin Yahya

YB Datuk Samsudin dan Encik Khairul Firdaus terpaksa berjalan kaki sambil meredah banjir untuk sampai ke kampung segaliud disebabkan oleh jalan yang ditenggelami air


YB Datuk Samsudin dan Khairul Firdaus meninjau keadaan rumah yang hampir ditenggelami air


YB Datuk Samsudin sedang memperkatakan sesuatu kepada Ketua Pemuda





Read more...

PELANCARAN KELAS TUISYEN

PELANCARAN KELAS TUISYEN SECARA 'PERCUMA'

TARIKH : 17 JANUARI, 2010
TEMPAT : KG GAS BARU, SANDAKAN




Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Batu Sapi telah bekerjasama untuk menjayakan Program Kelas Tuisyen secara percuma kepada pelajar-pelajar tahun 4, 5 & 6. Sebanyak 7 buah kampung telah dijadikan percubaan untuk program ini. Kampung-kampung yang terlibat adalah ; kg Gas, kg Bahagia, kg Cenderamata, kg Lupak Meluas, kg Bokara, kg Sundang dan kg Air.
Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi, merangkap ADUN Kawasan Sekong, YB Mejar (K) Datuk Samsudin Yahya. Antara objektif utama program ini adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan bagi menikmati kemudahan kelas-kelas tambahan agar para pelajar terbabit dapat meningkatkan pengetahuan khususnya dalam matapelajaran yang diadakan. Sekiranya ianya menampakkan perkembangan yang memberangsangkan, program kelas tuisyen ini akan diperluaskan lagi di beberapa buah kampung di kawasan Batu Sapi.

Penolong Setiausaha, encik Azman mempengerusikan mesyuarat bagi memastikan majlis Pelancaran Kelas Tuisyen berjalan dengan lancar

Ketibaan YB Datuk Samsudin diiringi Ketua Pemuda disambut oleh masyarakat kampung

Barisan utama pemimpin UMNO Bahagian Batu Sapi. Dari kiri: Puan Latipah (Ketua Puteri), Puan Jamaiyah (Ketua Wanita), YB Datuk Samsudin (Ketua Bahagian) & Khairul Firdaus (Ketua Pemuda). Turut bersama adalah Cikgu Sablee, Pengerusi Penganjur.

YB Mejar (K) Datuk Samsudin Yahya menerima borang pendaftaran pelajar yang mengikuti kelas Tuisyen daripada Ketua Kg Cenderamata


Ketua Kampung Sundang turut menyerahkan borang pendaftaran pelajar kelas Tuisyen kepada YB Datuk

Salah seorang pendidik yang akan mengajar kelas Tuisyen menerima Tauliah Perlantikan daripada YB Mejar (K) Datuk Samsudin Yahya

Sebahagian daripada masyarakat kampung yang hadir pada majlis tersebut

Ketua Pemuda menyampaikan cendera kenangan kepada YB Mejar (K) Datuk Samsudin Yahya di atas kesudian merasmikan pelancaran Kelas Tuisyen

AJK Pemuda dan Puteri bergambar bersama-sama dengan Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi, YB Mejar (K) Datuk Samsudin Yahya selepas majlis pelancaran







Read more...

PERJUMPAAN DENGAN PERSATUAN MEDIA

TARIKH : 15 JANUARI, 2010
TEMPAT : GELANGGANG FUTSAL BATU 4


Pergerakan Pemuda Umno Batu Sapi telah mengadakan Majlis Ramah Mesra dengan Persatuan Media Sandakan melalui persahabatan futsal. Tujuan utama majlis ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan di antara pihak media dengan Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Selain daripada itu juga, Khairul Firdaus selaku Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi menyedari tentang kepentingan hubungan yang akrab dengan pihak media khususnya di dalam penyaluran maklumat yang tepat dan cepat.
Dalam perlawanan tersebut pihak media telah mengalahkan pasukan pemuda UMNO Batu Sapi. Menurut Ketua Pemuda, kalah atau menang bukan perkara penting, apa yang lebih diutamakan adalah kerjasama kedua-dua pihak dalam memberi dan menyalurkan maklumat.




Kedua-dua pasukan merakamkan gambar kenang-kenangan sepelas perlawanan dijalankan


Antara aksi yang sempat dirakamkan pada perlawanan tersebut


Kalah menang belakang cerita, "skill" mesti baik punya



Read more...

PERJUMPAAN DENGAN PEMUDA CAWANGAN

SESSI RAMAH MESRA DENGAN PEMUDA CAWANGAN
TARIKH : 16 JANUARI, 2010
TEMPAT : KAMPUNG KARAMUNTING
Sessi perjumpaan dengan pemuda-pemuda cawangan amat dititikberatkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Melalui cara sedemikian, segala masalah yang timbul khususnya diperingkat akar umbi akan dapat dikenal pasti secara terus. Perjumpaan dengan pemuda-pemuda cawangan juga akan dapat membantu Pergerakan Pemuda untuk mengenal pasti pengundi-pengundi di Batu Sapi khususnya dari golongan belia.


Wakil dari Pemuda Cawangan Jalan Pelabuhan menyampaikan ucapan pada majlis tersebut





Antara pemuda-pemuda cawangan Jalan Pelabuhan yang hadir pada majlis tersebut





Ketua Pemuda bersama-sama dengan sebahagian dariapda AJK Pemuda UMNO Bahagian




Penyampaian set jersi dan peralatan sukan untuk kegunaan pemuda-pemuda cawangan dan belia-belia kg karamunting

Read more...

PELAJAR CEMERLANG UPSR

SUMBANGAN KEPADA PELAJAR CEMERLANG (UPSR)

TARIKH : 15 JANUARI, 2010
TEMPAT : SK PEI YING, SANDAKAN

Pendidikan merupakan Fokus utama Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Sehubungan, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah memberi sumbangan kepada 10 orang pelajar terbaik UPSR di SK Pei Ying. Ketua Pemuda berharap cara sedemikian akan dapat mendorong pelajar lain untuk berusaha dengan lebih gigih dan juga sebagai mengiktiraf usaha yang telah dilakukan oleh pelajar terbabit.

Untuk pertama kalinya juga, Pergerakan Pemuda UMNO mendekati pelajar-pelajar dari masyarakat kaum Tionghua dengan tujuan untuk mengubah perpepsi masyarakat kaum Tionghua bahawa UMNO hanyalah sebuah parti yang membantu kaum Melayu sahaja.



Ketua Pemuda sedang mengisi buku lawatan sekolah sambil diperhatikan oleh Penolong Kanan Sekolah Pei Ying


Saudara Khairul Firdaus menyampaikan ucapan dan kata-kata perangsang kepada para pelajar yang layak menerima sumbangan


Salah sorang pelajar sedang menerima sumbangan yang diberikan oleh Ketua Pemuda

Seorang ibu yang mewakili anaknya turut menerima sumbangan dari saudara Khairul Firdaus

Para pelajar dan ibubapa bergambar bersama-sama dengan Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi















Read more...

PERJUMPAAN DENGAN PEMUDA CAWANGAN

PERJUMPAAN DENGAN BELIA-BELIA
TARIKH : 14 JANUARI, 2010
TEMPAT : TAMAN PO HING, SANDAKAN

Tanggal 14 Jan, 2010, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang diketuai oleh saudara Khairul Firdaus Akbar Khan telah membuat perjumpaan dengan pemuda-pemuda cawangan di Taman Po Hing. Dalam perjumpaan tersebut juga, Ketua Pemuda mengambil peluang berjumpa dengan belia-belia "shuffle" di taman berkenaan.


Ketua Pemuda sedang menyampaikan kata-kata aluan pada perjumpaan dengan pemuda-pemuda cawangan Taman Po Hing.


Turut kelihatan beberapa orang AJK Pemuda yang bersama-sama dengan Khairul Firdaus semasa membuat perjumpaan dengan pemuda-pemuda cawangan Taman Po Hing

Ketua Pemuda sedang menyampaikan set jersi kepada wakil pemuda-pemuda cawangan Taman Po Hing, sambil diperhatikan oleh Pen. Setiausaha.



Ketua Pemuda sedang menyampaikan sijil penghargaan kepada ketua kumpulan 'shuffle' atas kerjasama yang telah diberikan semasa majlis pelancaran Karnival Sukan Pemuda Batu Sapi



Ketua Pemuda sedang mendengar permasalahan yang dihadapi oleh belia-belia di Taman Po Hing


Kelihatan Pengerusi JKDB Taman Po Hing sedang menerangkan sesuatu kepada Ketua Pemuda dan Pen. Setiausaha






Read more...

AKTIVITI PEMUDA DI BULAN JANUARI

>> Tuesday 19 January 2010


ACARA BOLATAMPAR SEMPENA KARNIVAL SUKAN

Tarikh : 10 Januari, 2010
Tempat : Gelanggang Bolatampar, Kompleks Sukan Sandakan


Pertandingan Bolatampar Sempena Karnival Sukan Pemuda UMNO Batu Sapi Yang Telah Tertangguh Telah Disambung Semula Pada 10 Januari, 2010. Empat Pasukan Yang Berjaya Memasuki Peringkat Separuh Ahlir Adalah; Pasukan Taman Mesra, Pasukan Belia Karamunting, Pasukan Lupak Meluas dan Pasukan Belia Gas.

Walaupun Keadaan Gelanggang Yang Kurang Memuaskan (Basah) Akibat Hujan, Namun Kesemua Pasukan Telah Menunjukkan Mutu Permainan Yang Memuaskan.

Kelihatan Penolong Setiausaha Pemuda bersama AJK Pemuda Bahagian dan Pemuda-pemuda cawangan yang hadir. Turut kelihatan penyokong pasukan-pasukan yang bertanding.


Belia Kg Karamunting yang menjuarai kejohanan bergambar bersama-sama dengan AJK Pemuda UMNO Bahagian Batu Sapi.

Pen. Setiausaha Pemuda, Encik Azman menyampaikan hadiah kemenangan kepada Pasukan Belia Kg. Karamunting.


Ketua Pasukan Belia Kg Gas, selaku Naib Juara kejohanan, menerima hadiah yang disampaikan oleh Penolong Setiausaha Pemuda.


Antara aksi perlawanan di antara Belia Kg karamunting dengan pasukan Belia Kg Gas.


Kedua-dua pasukan yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir sempat merakam gambar kenangan bersama-sama dengan AJK Pemuda UMNO Bahagian Batu Sapi.












Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP