SEMINAR PERANCANGAN KEWANGAN

>> Monday 22 February 2010

TARIKH : 21 FEBRUARI, 2010
TEMPAT : FUNCTION ROOM, THE MARK LODGE HOTEL


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah bekerjasama dengan Amanah Saham Nasional Berhad, mengadakan Seminar Perancangan Kewangan. Lebih kurang 90 orang peserta telah menghadiri Seminar tersebut yang terdiri daripada AJK Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian serta Ketua-Ketua Pemuda dan Ketua-Ketua Puteri Cawangan UMNO Batu Sapi.

Menurut Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus, melalui Seminar ini para peserta akan dapat mempelajari selok belok untuk membuat perancangan kewangan sendiri demi untuk masa depan. Seminar ini juga akan dapat membuka mata khususnya kepada para peserta mengenai instrument pelaburan yang harus dipilih dan secara tidak langsung akan dapat menghindari peserta daripada terlibat dengan pelaburan Skim Cepat Kaya.

Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi, YB Datuk Samsudin Yahya mengingatkan para peserta agar sentiasa memilih produk-produk pelaburan yang dijamin oleh Kerajaan serta dapat memfberi pulangan yang setimpal. YB Datuk juga mengumumkan untuk memberi sumbangan berupa buku pelaburan kepada pelajar-pelajar UPSR di kawasan Sekong yang mendapat keputusan yang cemerlang.

Kakitangan ASNB sedang menyampaikan ceramah kepada para peserta


Naib Ketua Pemuda dan Ketua Puteri turut bersama-sama hadir di Seminar tersebut



Para peserta amat tekun dengan ceramah yang disampaikan...harap-harap lepas ni banyaklah pelaburan....


AJK Pemuda UMNO Bahagian tidak ketinggalan mengikuti Seminar tersebut


Mungkin ada sesuatu yang mencuit hati diperkatakan oleh Penceramah



Ketua Bahagian, YB Datuk Samsudin Yahya berucap pada acara penutupan


Ketua Pemuda sempat juga menyampaikan ucapan alu-aluan












Read more...

TILAWAH AL-QURAN ZON TAMAN MAWAR

TARIKH : 20 FEBRUARI, 2010
TEMPAT : MASJID NURUR RAHMAN, TAMAN MAWAR




Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah bekerjasama dengan AJK Masjid Nurur Rahman, Taman Mawar menganjurkan Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Taman Mawar, Tahun 1431H / 2010M. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Fajeer bin Awang Besar, Pengerusi Badan Dakwah Daerah Sandakan merangkap Timbalan Presiden, Majlis Perbandaran Sandakan.
Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran YB Datuk Samsudin Yahya, Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi, sebagai tanda sokongan padu di atas usaha murni Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi menganjurkan majlis pada malam itu.
Di dalam ucapannya, Ketua Pemuda menegaskan bahawa kitab suci Al-Quran bukan sahaja untuk dibaca mahupun diperdengarkan kepada orang ramai, tetapi apa yang lebih penting adalah mengambil setiap pengajaran yang terkandung di dalam ayat-ayat Al-Quran itu untuk diaplikasikan di dalam kehidupan sehari-hari.

Ketua Pemuda bersama-sama Dif-Dif Jemputan Khas pada malam tersebut.

YB Datuk Samsudin Yahya sambil diiringi oleh Ketua Pemuda, menyampaikan hadiah kepada pemenang keseluruhan

Salah seorang peserta Qari yang mengambil bahagian


Peserta Qariah yang sedang mendengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran


Ruang legar masjid Nurur Rahman dipenuhi oleh masyarakat Islam Taman Mawar yang hadir pada malam tersebut















Read more...

PERSAHABATAN BOLASEPAK

TARIKH : 20 FEBRUARI, 2010
TEMPAT : PADANG SMK ELOPURA II

Selepas sahaja selesai program di Kg Istimewa, pada sebelah petang, jam 04:30, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah mengadakan perlawanan bolasepak dengan belia-belia Kg Karamunting. Menurut Ketua Pemuda aktiviti bersukan merupakan aktiviti yang banyak memberi kebaikan khususnya kepada golongan belia.

Selain daripada itu, melalui perlawanan bolasepak ini juga boleh dijadikan landasan untuk mengeratkan lagi hubungan persaudaraan di antara belia dengan Pergerakan Pemuda UMNO. Perlawanan bolasepak ini merupakan perlawanan bersiri Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi, sebagai salah satu persiapan untuk mengharungi cabaran Perlawanan Bolasepak bagi merebut Piala Ketua Menteri Sabah yang dijangka akan berlangsung pada awal bulan April, 2010.

Antara aksi-aksi yang sempat dirakam pada perlawanan tersebut


Gelagat AJK Pemuda Bahagian semasa rehat separuh masa pertama


Aksi pada separuh masa kedua


Ketua Pemuda memakai jersi bernombor 10, tapi sayang, beliau gagal menjaringkan sebarang gol.......




Read more...

PERJUMPAAN DENGAN PEMUDA CAWANGAN

>> Sunday 21 February 2010

TARIKH : 20 FEBRUARI, 2010
TEMPAT ; KAMPUNG ISTIMEWA



Satu perjumpaan dengan pemuda-pemuda dan belia-belia kg Istimewa telah diadakan di rumah Encik Abd Rahman Bun, AJK UMNO Bahagian Batu Sapi. Dalam perjumpaan tersebut Ketua Pemuda menyampaikan beberapa isu kepada pemuda-pemuda cawangan. Beliau turut menyarankan agar pemuda-pemuda yang berkelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih. Pemuda-pemuda cawangan mengutarakan beberapa masalah yang dihadapi khususnya kekurangan pasarana dalam bidang sukan.


Setiap kali mengadakan perjumpaan dengan pemuda-pemuda cawangan, Ketua Pemuda akan menyampaikan amanat-amanat yang berguna kepada pemuda cawangan


Ketua Pemuda ketika menjawab masalah-masalah yang diutarakan kepada beliau


Tuan rumah....kelihatan Encik Abd Rahman Bun, yang juga merupakan salah seorang AJK UMNO Bahagian menyampaikan ucapan alu-aluan pada petang itu.

Pemuda-Pemuda cawangan begitu khusyuk mendengar isu-isu yang disampaikan oleh Ketua Pemuda


Sebahagian daripada belia-belia yang hadir pada majlis tersebut

Kelihatan AJK Pemuda yang turut sama pada majlis tersebut bersiap sedia untuk ke program seterusnya






Read more...

PEMBERIAN SUMBANGAN

>> Monday 15 February 2010

Peralatan sukan merupakan satu keperluan kepada pemuda-pemuda cawangan. Sehubungan, Pergerkan Pemuda UMNO Batu Sapi telah memberikan peralatan sukan khususnya kepada yang benar-benar memerlukan dan aktif dalam sukan yang berkaitan.
Tidak ketinggalan, ketua pemuda Cawangan Kg Tronglit turut menerima bantuan set jersi dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi.

Kelihatan Pen. Setiausaha menyerahkan set jersi kepada saudara Jairin, ketua pemuda cawangan kg Tronglit



Selain daripada cuba untuk membela nasib pemuda-pemuda cawangan dalam apa juga bidang khususnya dalam merebut peluang-peluang pekerjaan, Ketua Pemuda juga tidak ketinggalan berusaha untuk cuba mempertingkatkan mutu pendidikan khususnya pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan agar mereka setanding dengan pelajar-pelajar yang lain.

Di samping itu juga, Ketua Pemuda berusaha dengan sedaya upaya cuba untuk membantu mana yang termampu agar segala pasarana di persekolahan sentiasa mengikut keperluan semasa. Sehubungan, Ketua Pemuda telah mendermakan sejadah dan Iqra kepada Sekolah Kebangsaan Gas untuk kegunaan pelajar-pelajar sekolah.

Kelihatan Ketua Pemuda menyerahkan sejadah dan Iqra kepada guru besar Sekolah Kebangsaan Gas

Read more...

PERJUMPAAN DENGAN PEMUDA CAWANGAN

>> Sunday 14 February 2010


TARIKH : 14 FEBRUARI, 2010
TEMPAT : KAMPUNG GAS HUJUNG


Selepas kembali dari pulau Trongliman dan Pulau Sibaud Ulu, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi meneruskan program dengan membuat perjumpaan dengan pemuda-pemuda cawangan. Perjumpaan kali ini dibuat dengan pemuda-pemuda cawangan salah seorang AJK Pemuda Bahagian, Juhari Misuwari.

Dalam perjumpaan tersebut banyak idea-idea yang dikemukakan oleh pemuda cawangan antaranya; adakan kursus untuk pemuda cawangan, adakan kelas komputer, peluang-peluang kerjaya dan sebagainya.

Ketua pemuda sedang menyampaikan kata-kata aluan pada majlis tersebut. Turut kelihatan, Tn Haji Misuwari, ketua cawangan kg gas hujung

Antara sebahagian dari pemuda-pemuda cawangan yang hadir

Beberapa orang AJK Pemuda yang bersama-sama dengan Ketua Pemuda


Ketua Pemuda menyerahkan set jersi kepada wakil pemuda cawangan


Ketua Pemuda meninjau tempat mengambil wuduk masjid kg Gas Hujung yang perlu di baik pulih














Read more...

PEMUDA MASUK PULAU


TARIKH : 14 FEBRUARI, 2010
TEMPAT : PULAU TRONGLIMAN DAN SIBAUD ULU


Disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, hasrat Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi untuk membuat perjumpaan dengan Pemuda-Pemuda Pulau tidak berjaya. Namun pada 14 Februari, 2010, Ketua Pemuda bersama-sama dengan beberapa orang AJK Pemuda telah sampai di Pulau Trongliman dan Pulau Sibaud Ulu.

Program di Pulau Trongliman adalah untuk merasmikan kejohanan futsal 5 sebelah yang dianjurkan oleh Pemuda Cawangan Kg Trongliman. Tahniah diucapkan kepada pemuda Cawangan Trongliman di atas penganjuran tersebut.


Bot merupakan salah satu pengangkutan utama untuk sampai ke Pulau Trongliman dan Pulau Sibaud Ulu

Kelihatan Naib Ketua Pemuda saudara Pg Roslan dan Pen. Setiausaha bersama-sama AJK Pemuda yang lain hadir pada majlis tersebut


Ketua Pemuda sedang menyampaikan ucapan alu-aluan dan perasmian

Sebahagian daripada pemuda-pemuda yang menyertai kejohanan futsal 5 sebelah sedang mendengar ucapan dari Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi

Ketua Cawangan Kg Trongliman, Encik Bakrin Abun sedang menyampaikan cenderahati kepada Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi

Ketua Pemuda bergambar bersama-sama dengan belia-belia dan pemuda-pemuda di Pulau Trongliman




Selepas selesai saja perasmian di Kampung Trongliman, Ketua Pemuda bersama-sama AJK Pemuda bergegas ke Pulau Sibaud Ulu pula. Perjalanan dari Pulau Trongliman ke Pulau Sibaud Ulu mengambil masa lebih kurang 40 minit.

Biarpun penat namun perjalanan haus diteruskan juga. Kegembiraan masih terpancar di wajah AJK Pemuda dalam perjalanan menuju ke Pulau Sibaud Ulu

Inilah tapak yang digunakan oleh pemuda-pemuda cawangan dalam permainan takraw

Ketua Pemuda bersama-sama pemuda-pemuda cawangan melawat padang bolasepak

Ketua Pemuda turut melawat sangkar ikan yang merupakan satu keperluan kepada pemuda-pemuda di kepulauan


Ketua Pemuda menyerahkan 2 set jersi kepada pemuda cawangan Sibaud Ulu dan cawangan Sirabut

Naib Ketua Pemuda turut mencuba nasib, manalah tau kalau-kalau dapat ikan yang besar


Cikgu Berahim menunjukkan ikan yang berjaya dipancingnya...walaubagaimanapun ikan tersebut dilepaskan semula sebab belum cukup umur untuk didaftar sebagai ahli UMNO...hahaha


Selepas balik dari Pulau Sibaud Ulu rombongan singgah sebentar untuk mencuba nasib dalam acara memancing





















































Read more...

PROGRAM E KASIH

TARIKH : 13 FEBRUARI, 2010
TEMPAT : RUMAH WARGATUA, JALAN SIBUGA SANDAKAN


Selepas kembali dari Kampung Bambangan, pada sebelah petang, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi, telah pergi ke rumah Wargatua bertujuan menyerahkan hamper kepada 47 penghuni di sana. Daripada 47 orang, 9 daripadanya adalah masyarakat Melayu manakala selebihnya merupakan masyarakat kaum Tionghua. Ketua Pemuda berharap dengan program sebegini ianya dapat menyedarkan kepada Pemuda-Pemuda tentang sifat mengasihi ibubapa serta menghormati orang yang lebih tua tidak kira apa jua agama dan bangsa. Ianya juga sebagai hadiah "angpow" sempena sambutan Tahun Baru Cina khususnya penghuni Tionghua.

Program ini juga telah mendapat pujian daripada Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi, YB Datuk Samsudin Yahya yang mana beliau sendiri telah turut serta dalam program tersebut.


Ketibaan YB Datuk Samsudin bersama-sama dengan Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus di rumah wargatua

Penguasa rumah wargatua, Encik Tunic menerangkan sesuatu kepada YB Datuk dan rombongan

Ketua Pemuda sedang menyampaikan hamper kepada salah seorang wargatua di tempat tersebut

Naib Ketua Wanita, Pn Marlinah turut kelihatan menyampaikan hamper kepada salah seorang penghuni rumah wargatua


YB Datuk dan Ketua Pemuda sempat beramah mesra dengan penghuni di situ


Rombongan sempat merakamkan gambar kenang-kenangan bersama dengan penghuni rumah wargatua

Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP