JUARA RAKYAT BERSAMA NGO

>> Thursday 29 April 2010

TEMPAT : DEWAN MASYARAKAT SANDAKAN
TARIKH : 24HB APRIL, 2010

JUARA RAKYAT BERSAMA NGO, UMNO Bahagian Batu Sapi telah diadakan pada 24hb April, 2010 bertempat di Dewan masyarakat Sandakan. Program ini dibahagi kepada dua sessi, dimana pada sessi sebelah petang telah diadakan Majlis Dailog di antara Pemimpin UMNO Batu Sapi yang diketuai oleh YB Datuk Samsudin Yahya. Sessi malam pula merupakan majlis jamuan makan di antara para peminpin UMNO Batu Sapi dengan ahli-ahli persatuan NGO.

antara acara sampingan pada malam tersebut adalah pertandingan karaoke, cabutan tiket bertuah serta sumbangan kepada persatuan-persatuan NGO.

Ketua Pemuda mencabut tiket bertuah

Pen. Setiausaha menjadi wakil tunggal Pemuda dalam pertandingan karaoke

Barisan kepimpinan utama UMNO Batu Sapi

Sama segak, Ketua dan Naib Ketua Pemuda (baju batik)


Bergambar bersama wakil NGO pada majlis Dialog


Ahli panel pada majlis dialog bersama persatuan NGO











Read more...

FUTSAL ZON TAMAN MAWAR

TEMPAT : GELANGGANG FUTSAL TAMAN MAWAR
TARIKH : 25HB APRIL, 2010

Untuk julung kalinya Pergerakan Pemuda UMNO batu Sapi mengadakan pertandingan Futsal Tertutup Taman Mawar dan Taman Sibuga, di gelanggang futsal Taman Mawar. Walaupun sebaran maklumat dibuat dalam jangkamasa yang begitu singkat, namun ianya telah berjaya menarik penyertaan seramai 19 pasukan lelaki dan 7 pasukan wanita. Menurut belia dan beliawanis di Taman berkenaan, mereka amat berterima kasih kepada Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang menganjurkan kejohanan tersebut kerana ianya merupakan yang pertama kalinya diadakan di tempat mereka.

Kejohanan tersebut turut mendapat restu daripada Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi, yang juga merupakan ADUN di kawasan tersebut, YB Datuk Hj Samsudin Yahya yang berkenan hadir untuk merasmikan kejohanan.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda dalam ucapannya berharap semua belia dapat memanfaat setiap kemudahan sukan yang disediakan oleh kerajaan seperti gelanggang futsal dan sebagainya.


Antara gambar-gambar yang sempat dirakam pada program tersebut....

Sebahagian daripada AJK Pemuda yang bertugas pada kejohanan tersebut

Pen. Setiausaha bersama-sama Setiausaha Bahagian (berbaju merah) sedang membuat salinan K/P para peserta untuk didaftar sebagai ahli UMNO dan daftar pemilih

YB Datuk Samsudin Yahya melakukan tendangan penalti sebagai simbolik perasmian


Pasukan yang memulakan perlawawan bergambar bersama-sama tetamu kehormat


Ketua Pemuda mengambil kesempatan bersalam-salaman dengan semua pemain yang mengambil bahagian


Pasukan wanita paling bersiplin, segak berbaris menunggu ketibaan tetamu kehormat


Para pemenang mengambil kesempatan bergambar bersama-sama dengan Ketua Pemuda


Fasa 3A, Johan bagi kategori lelaki








Read more...

MEMBAIKPULIH SURAU KG GAS HUJUNG

TEMPAT : SURAU NURRAHMAN, KG GAS HUJUNG
TARIKH : 24HB APRIL, 2010

Selepas Surau di Kg Karamunting, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi meneruskan kerja gotong royong di Surau Nurrahkam Kg Gas Hujung. Di surau ini Pergerakan Pemuda yang di ketuai oleh saudara Khairul Firdaus menjalankan kerja gotong royong membaikpulih tempat mengambil air sembahyang.

Sepertimana di Kg Karamunting, di Kg Gas Hujung ini juga kerja gotong royong telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari AJK Surau sendiri dan tidak ketinggalan belia-belia dan pemuda-pemuda cawangan kg Gas Hujung. Inilah yang dikatakan 'BERAT SAMA DI PIKUL, RINGAN SAMA DI JINJING'.

Ketua Pemuda berharap hubungan erat yang sedia ada ini haruslah dikekalkan demi untuk mencapai satu perpaduan khususnya di antara para pemimpin dengan masyarakat setempat.



Pen. Setiausaha menunjukkan bakat bermain dengan pasir dan simen

Pemuda-pemuda cawangan turut sama menjayakan program tersebut

Giliran Ketua Pemuda pula kali ini. Jadi buburlah simen tu....Hidup Ketua Pemuda!!!!!

Read more...

GOTONG ROYONG MENGECAT MASJID

TEMPAT ; SURAU AR-RAHMAN, KG KARAMUNTING
TARIKH : 24 HB. APRIL, 2010

Pergerakann Pemuda UMNO Batu Sapi dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Surau Ar-Rahman serta belia-belia dan pemuda-pemuda cawangan di Kg Karamunting telah melakukan kerja amal jariah dengan bergotong royong mengecat surau tersebut. Hampir 50 orang belia telah terlibat dengan kerja gotong-royong ini.

Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Ketua Bahagian, Encik Arifin Asgali serta Ketua Wanita UMNO Batu Sapi, Puan Jamaiyah yang juga merupakan penduduk asal kg Karamunting. Menurut Ketua Pemuda program sebegini rupa adalah bertujuan untuk menanam sifat sentiasa bekerjasama serta mengeratkan lagi hubungan sesama umat Islam. Selain daripada itu juga, adalah diharapkan para belia-belia dapat mendekatkan diri dengan masjid dan secara tidak langsung akan dapat menghindari mereka dari melakukan perkara-perkara yang negatif.


Para belia yang begitu bersemangat mengecat bahagian dalam surau.

Naib Ketua Pemuda (berbaju putih) sedang memerhatikan AJK Pemuda, En. Mohd Safarie mengecat bahagian tembok surau.

Ketua Pemuda tidak ketinggalan menunjukkan bakat mengecat


Para sukarelawan sempat mengambil gambar kenang-kenangan bersama Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua Bahagian




Read more...

PROGRAM ZOOM A

>> Thursday 1 April 2010

TEMPAT : JAMBATAN KG SEGALIUD
TARIKH : 28 MAC, 2010

Dalam perjalanan menuju ke SK Segaliud untuk program Pembelajaran Interaktif Zoom A, Ketua Pemuda dan Ketua Bahagian mengambil masa untuk melawat mangsa kemalangan jalanraya. Dalam kejadian tersebut, difahamkan bahawa, sebuah lori telah hilang kawalan dan merempuh sebuah rumah di tepi jalan. walaubagaimanapun, tiada mangsa yang serius.

Ketua Pemuda sempat mengingatkan penduduk kampung khususnya yang berumah di tepi jalan agar sentiasa berhati-hati kerana sesungguhnya, kemalangan itu boleh berlaku dimana-mana sahaja tanpa ada sebarang amaran. Kepada pengguna jalanraya pula, beliau berharap agar sentiasa memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik.



Ketua Bahagian sedang mendengar penerangan dari saksi yang menyaksikan kejadian


Beginilah keadaan lori yang merempuh rumah tersebut

Ketua Bahagian sedang membincangkan sesuatu dengan Ketua Pemuda


apa agaknya yang sedang difikirkan oleh Ketua Pemuda




Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi meneruskan agenda mementingkan aspek pendidikan khususnya di kalangan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan serta sekolah-sekolah di kawasan luar bandar.

Untuk itu, pergerakan pemuda UMNO Batu Sapi telah menyumbangkan 2 buah komputer kepada SK Segaliud untuk kegunaan pihak sekolah bagi memudahkan proses pembelajaran Interaktif Zoom A. Adalah diharapkan semua pihak khususnya pelajar-pelajar dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang telah disediakan.

Majlis penyerahan komputer tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian, YB Datuk Hj Samsudin Yahya. YB Datuk juga mengingatkan semua pelajar agar tidak memikirkan tentang kekurangan kemudahan asas semata-mata dalam mengharungi setiap detik pembelajaran.



Kelihatan Ketua Pemuda bersama-sama dengan Ketua Bahagian dan Guru Besar SK Segaliud

Ketua Pemuda sempat beramah mesra dengan salah seorang Ketua Pemuda Cawangan di Kg Segaliud

Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda bersama-sama dengan para pelajar bergambar kenang-kenangan

YB Datuk turut mencuba menjawab soalan melalui sistem pembelajaran secara Interaktif Zoom A

Read more...

PERJUMPAAN DENGAN PEMUDA CAWANGAN

TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA KAMPUNG SEGALIUD
TARIKH : 28 MAC, 2010

Selepas Program Zoom A, di SK Segaliud, Ketua Pemuda berkesempatan untuk mengadakan makan tengahari bersama-sama dengan pemuda-pemuda cawangan untu Zon Segaliud. Program sedemikian rupa akan memberi peluang untuk pemuda-pemuda cawangan mendekatkan diri dengan Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi.

Bagi Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi pula, peluang sebegini seharusnya diambil untuk mengenalpasti segala permasalahan yang wujud di kalangan pemuda-pemuda cawangan. Selain daripada itu juga, Khairul Firdaus turut memberikan maklumat-maklumat terkini khususnya yang berkaitan dengan peluang-peluang pekerjaan dan penaiktarafan dalam bidang akademik
.

Wakil dari pemuda-pemuda cawangan sedang bertanyakan sesuatu kepada Ketua Pemuda

Tiga (3) orang Ketua Pemuda Cawangan menerima set jersi dari Ketua Pemuda

Salah seorang Ketua Pemuda Cawangan sedang menerima sumbangan set jersi dari Ketua Pemuda

Ketua Pemuda sedang menyampaikan ucapan pada majlis tersebut




Read more...

JUARA RAKYAT BERSAMA AGENSI KERAJAAN

TEMPAT : PERKARANGAN FLAT MPS, SANDAKAN
TARIKH : 27 MAC, 2010

UMNO Bahagian Batu Sapi telah mengadakan Juara Rakyat Bersama Agensi-Agensi Kerajaan pada 27, Mac, 2010 bertem pat di perkarangan perumahan MPS Sandakan. Antara agensi-agensi kerajaan yang turut sama menjayakan program tersebut adalah; Jabatan Penjara, Maritim, Ko Nelayan, Persatuan Nelayan Kawasan Sandakan, syarikat telekominikasi, SPR, Pusat Giat MARA dan ramai lagi.
Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah diberi mandat untuk mengendalikan pertandingan futsal pada Program tersebut. Menurut pengerusi Biro Sukan, Pemuda UMNO Bt Sapi, sebanyak 18 pasukan lelaki dan 4 pasukan 6 pasukan perempuan telah mengambil bahagian.


Pengadil memberi kata dua kepada para pemain sebelum perlawanan di mulakan


Pen. Setiausaha bersama-sama AJK Pemuda sedang mencuba menjawab soalan kuiz di salah sebuah gerai dari agensi kerajaan yang mengambil bahagian


Dari kiri: Setiausaha Bahagian, Ketua Pemuda, Timb. Ketua bahagian, Naib Ketua Pemuda, Ketua Bahagian dan Ketua Wanita

Ketua Pemuda bersama-sama dengan barisan kepimpinan UMNO Bt Sapi serta masyarakat yang hadir pada sebelah malam

YB Datuk Samsudin menyampaikan ucapan perasmian pada sebelah malam




Read more...

MUSABAQAH PERINGKAT DAERAH SANDAKAN

TEMPAT : MASJID TAMAN INDAH, SANDAKAN
TARIKH : 26 MAC, 2010



UMNO Bahagian Batu Sapi telah diberi kepercayaan oleh pihak Majlis Perbandaran Sandakan untuk menganjurkan Ujian Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Sandakan. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi, YB Mejar (K) Datuk Haji Samsudin Yahya. Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program pula telah memberikan tugasan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi bagi memastikan perjalanan program dapat berjalan dengan teratur.

Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus turut hadir pada majlis tersebut sebagai tanda sokongan terhadap program yang dilaksanakan oleh UMNO Bahagian Batu Sapi.

Dari kiri: Timbalan Ketua Bahagian (Arifin Asgali), Setiausaha MPS (Hamsan Awg Supain), Ketua Bahagian (Datuk Samsudin), Pengerusi Penganjur (Kassim laksamana) & Ketua Pemuda

Datuk Samsudin sedang menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang

Sebahagian daripada orang ramai yang hadir pada majlis tersebut



Read more...

PROGRAM AMAL JARIAH

TEMPAT : MASJID KG SUNDANG
TARIKH : 26 MAC, 2010

Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah membuat program amal jariah dengan memberi sumbangan lima (5) buah kipas siling untuk di pasang di Masjid Kampung Sundang. Ketua Pemuda, saudara Khairul firdaus berharap agar pihak Ahli Jawatankuasa masjid dapat memanfaatkan sumbangan tersebut khususnya untuk kegunaan umat Islam yang datang beriabadah di Masjid.

Kelihatan Ketua Pemuda bergambar bersama dengan Pengerusi Masjid Kampung Sundang

Ketua Pemuda menyampaikan sebahagian daripada kipas yang disumbangkan

Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP