Mangsa Kebakaran di Lupak Meluas

>> Monday 31 January 2011

TARIKH : 21 JANUARI, 2011
TEMPAT : KAMPUNG LUPAK MELUAS DARAT


Bak Kata Pepatah, MALANG TIDAK BERBAU.....begitulah yang terjadi di Kampung Lupak Meluas Darat, apabila sebuah rumah telah habis dijilat api. Sementara itu, tiga buah rumah lagi yang berhampiran turut menimpa nasib yang sama.


Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi, saudara Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan bersama dengan beberapa orang AJK sempat berkunjung ke tempat kejadian untuk bertemu dengan mangsa dan seterusnya memberi sedikit bantuan.




Keadaan rumah yang telah hangus terbakar di jilat api....


Pemuda cawangan Kg Sundang Darat menceritakan kejadian kepada rombongan Pemuda


Khairul Firdaus sedang menyampaikan bantuan kepada salah seorang mangsa...


Bawa bersabar.....itulah mungkin yang diperkatakan oleh Ketua Pemuda kepada mangsa kebakaran....

Read more...

Jom Balik Sekolah di Sirabut & Trongliman

>> Saturday 29 January 2011

TARIKH : 8 JANUARI, 2011
TEMPAT : PULAU SIRABUT & PULAU TRONGLIMAN


Walaupun musim persekolahan telah bermula namun hasrat Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan tetap diteruskan juga. Untuk itu, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah memilih kawasan kepulauan untuk membantu pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan. Program Jom Balik Sekolah ini telah diketuai oleh Penolong Setiausaha Pemuda, saudara Azman bin Jambo dengan dibantu oleh AJK Eksekutif Pergerakan Pemuda.


Untuk program Jom balik Sekolah ini, seramai 10 pelajar setiap kampung di Sirabut dan Trongliman telah menerima bantuan dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Adalah diharapkan bantuan ini akan dapat mengurangkan sedikit bebanan yang ditanggung oleh keluarga bekenaan.


PROGRAM DI KG TRONGLIMAN

Salah seorang pelajar yang menerima bantuan dari PSU pemuda...


Hati-hati PSU dan Bendahari nanti jatuh ke dalam laut......


Besar nanti jadilah orang yang berguna...itulah mungkin harapan dari Pergerakan Pemuda....


Kegembiraan jelas terpancar dari kedua-dua penerima bantuan....



PROGRAM DI KAMPUNG SIRABUT


Perjalanan ke kampung Sirabut dan Trongliman hanya boleh sampai dengan menaiki bot....


PSU dan rombongan disambut oleh Ketua Pemuda cawangan, saudara Erwan....


Sebahagian dari penerima bergambar bersama AJK Pemuda....


Dua pelajar ini begiru gembira menerima bantuan dari Pergerakan Pemuda


Juga sebahagian dari penerima bantuan....

Read more...

Jom Balik Sekolah di Kg Karamunting

TARIKH ; 01 JANUARI, 2011
TEMPAT ; KAMPUNG KARAMUNTING


Di ketika orang ramai sedang menikmati cuti umum, sempena menyambut tahun baru 2011, para AJK Pemuda pula sibuk dengan aktiviti pembahagian sumbangan kepada pelajar yang berkelayakan. Sasaran kali ini adalah pelajar-pelajar di Kampung Karamunting, di masa seramai 20 pelajar menerima sumbangan dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi, berupa wang tunai serta beg sekolah.


Program ini telah diketuai oleh Naib Ketua Pemuda, saudara Pg. Roslan serta dibantu oleh beberapa orang AJK Pemuda. Masih mengekalkan konsep program iaitu secara berkunjung dari rumah ke rumah kerana ianya akan lebih menjurus kepada aktiviti pemimpin turun padang sepertimana yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.



Penolong Setiausaha Pemuda menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang layak


NKP saudara Pg Roslan mengetuai program bantuan di Kg Karamunting..


Naib Ketua Pemuda di temani oleh Bendahari Pemuda, saudara Mohd Azmi Jamal


Beberapa orang AJK Pemuda bersama-sama dengan PSU Pemuda, saudara Azman

Read more...

Jom Balik Sekolah di Kg Tabah Baru

TARIKH : 11 DISEMBER, 2010
TEMPAT : KAMPUNG TABAH BARU

Sebaik sahaja selesai Program Jom Balik Sekolah di Kg Lupak Meluas Laut dan Kg Bukit Nenas, pada sebelah petang lebih kurang jam 1.30 ptg, program diteruskan pula di kampung Tabah Baru. Di kampung ini, seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan turut mendapat bantuan berupa beg sekolah dan wang saku.


Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus berharap bantuan sedemikian akan dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga terbabit khususnya menjelang bermulanya musim persekolahan.


Salah seorang penerima bantuan di kg Tabah Baru...


Firdaus memberi bantuan kepada ibu kepada pelajar yang layak...


Firdaus begitu senang dengan pelajar ini...turut kelihatan ibu kepada pelajar berkenaan...


Pelajar ini kelihatan gembira kerana tersenarai sebagai penerima bantuan...


Berkunjung dari rumah ke rumah akan dapat menyelami sendiri kehidupan rakyat...

Read more...

JOM BALIK SEKOLAH DI LUPAK MELUAS

>> Thursday 27 January 2011

TARIKH : 11 DISEMBER, 2010
TEMPAT : KAMPUNG LUPAK MELUAS LAUT


Kampung Lupak Meluas laut merupakan salah satu satu kampung yang terpilih oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi dalam Program Jom Balik Sekolah untuk tahun 2010. Dalam program tersebut, seramai 20 pelajar yang kurang berkemampuan telah menerima bantuan dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi berupa beg sekolah dan juga wang saku.


Bantuan telah disampaikan sendiri oleh Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan dengan berkunjung dari rumah ke rumah. Konsep berkunjung dari rumah ke rumah ini telah diterjemahkan sendiri oleh Khairul Firdaus. Konsep sedemikian secara tidak langsung akan mendekatkan diri pemimpin dengan rakyat disamping mendalami masalah rakyat secara terus.




Kegembiraan terpancar di wajah pemberi dan penerima...


Align CentreProgram dari rumah ke rumah begitu menampakkan kesan yang positif....


Contoh pemimpin muda yang berjiwa rakyat....


PSU Pemuda turut membantu Khairul Firdaus...turut kelihatan Bendahari Pemuda (kanan sekali)


Semoga pelajar ini dapat memanfaatkan pemberian dari Pergerakan Pemuda

Read more...

Jom Balik Sekolah di Bukit Nenas

TARIKH : 11 DISEMBER, 2010
TEMPAT : KAMPUNG BUKIT NENAS


Seperti pada tahun-tahun sebelumnya, sebelum bermulanya musim persekolahan, pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi mengadakan Program Jom Balik Sekolah dengan memberi bantuan samada beg, peralatan sekolah serta wang saku. Pada tahun ini, seramai 100 pelajar yang kurang berkemampuan sebuah beg sekolah serta wang saku.



Untuk program di Kampung Bukit Nenas, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah mendapat bantuan dari Ketua Cawangan di kampung berkenaan bagi mengenal pasti pelajar-pelajar yang benar-benar layak menerima. Seramai 20 pelajar telah mendapat bantuan yang diberikan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi.



Kaum wanita di kampung berkenaan turut membantu melancarkan program



Firdaus sentiasa memberi nasihat sambil diperhatikan oleh PSU Pemuda UMNO Batu Sapi



Rasa puas bila matlamat yang di impikan mencapai sasaran...



Kegembiraan jelas terpancar di wajah Firdaus....


AJK Pemuda sentiasa bersama-sama dengan Firdaus...

Read more...

PROGRAM JOM BALIK SEKOLAH

TARIKH : 25 DISEMBER, 2010
TEMPAT : KG, BAKAU, KG CENDERAMATA, KG GAS & KG SUNDANG


Tanpa mengenal erti Penat, sebaik sahaja selesai membuat pembahagian bantuan berupa beg sekolah dan wang saku, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang diketuai oleh Khairul Firdaus Datuk Akbar khan meneruskan pula Program Jom Balik Sekolah ke beberapa buah kampung yang berhampiran.


Antara kampung-kampung yang terlibat adalah; Kampung Bakau, Kampung Cenderamata, Kampung Sundang laut dan Darat serta kampung Gas. Sepertimana pada program-program yang sebelum ini, ianya dijalankan secara bergerak dari rumah ke rumah.


Menurut Ketua Pemuda, program bergerak dari rumah ke rumah ini pada dasarnya akan merapatkan lagi hubungan di antara pemimpin dengan rakyat. Selain daripada itu juga, ianya secara tidak langsung akan mengetahui masalah rakyat secara terus. Program turut disertai oleh Ketua Kampung yang berkenaan.


JOM BALIK SEKOLAH DI KG SUNDANG



Salah seorang penerima, sambil diperhatikan oleh ibu tersayang....


Align CentreTerima kasih....itulah mungkin ucapan yang dapat diberikan oleh kanak-kanak ini...


BoldPemimpin harus sentiasa mendampingi rakyat...tidak kira tua atau muda....



JOM BALIK SEKOLAH DI KAMPUNG GAS


Pengerusi JKKK turut bersama dengan Ketua Pemuda, sebagai tanda sokongan..


Ketua Pemuda tidak lupa untuk memberi nasihat yang berguna kepada pelajar yang ditemui...


Hormat sebagai tanda ucapan terima kasih.....



JOM BALIK SEKOLAH DI KAMPUNG CENDERAMATA


Ketua Kampung sentiasa memastikan bahawa yang menerima adalah mereka yang layak



Kelihatan turut bersama-sama beberapa orang AJK Pemuda


JOM BALIK SEKOLAH DI KAMPUNG BAKAU


Walaupun tidak seberapa setidak-tidaknya bantuan dapat meringankan beban


Semoga dapat meneruskan pelajaran hingga ke menara gading...


Begitu gembira sekali pelajar ini menerima bantuan...

Read more...

JOM BALIK SEKOLAH

>> Wednesday 26 January 2011

TARIKH : 25 DISEMBER, 2010
TEMPAT : KAMPUNG BAHAGIA


Setelah Majlis Pelancaran Program Jom Balik Sekolah di laksanakan, keesokan harinya, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi meneruskan pengagihan bantuan kepada pelajar-pelajar yang layak menerima di beberapa buah kampung di sekitar kawasan Batu Sapi.


Seawal jam 09:00 pagi, Khairul Firdaus telah mengetuai jentera AJK Pemuda UMNO Batu Sapi berkunjung ke kampung Bahagia. Seramai 20 pelajar kurang berkemampuan telah menerima bantuan yang diberikan. Ketua Pemuda bersama-sama dengan beberapa orang AJK telah berkunjung dari rumah ke rumah untuk berjumpa sendiri dengan penerima.


Tidak ada istilah penat dalam perjuangan Ketua Pemuda Batu Sapi.....



Rasa puas apabila dapat berjumpa sendiri dengan penerima




Belajar bersungguh-sungguh....mungkin itulah pesanan Ketua Pemuda...




Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima....



Firdaus begitu senang dengan pelajar ini...




Sebahagian dari AJK Pemuda yang menjadi tulang belakang Ketua Pemuda....


Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP