Sumbangan Kpd Pelajar Cemerlang

>> Friday 29 April 2011

TARIKH : 16 APRIL, 2011
TEMPAT : SEKITAR KAWASAN BATU SAPI


Mementingkan aspek pendidikan merupakan objektif utama Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi demi untuk memastikan golongan muda khususnya masyarakat Melayu agar mereka dapat bersaing dengan masyarakat lain di dalam mengharungi dunia yang cukup mencabar.


Jesteru itu, sebagai salah satu langkah untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar di kawasan Batu Sapi, Pergerakan Pemuda UMNO telah mengiktiraf para pelajar yang telah berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Mereka yang mencapai keputusan cemerlang telah diberi sumbangan berupa buku pelaburan Amanah Saham Wawasan 2020.


Menurut Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus, pemberian buku pelaburan ini juga sebagai salah satu cara untuk mendidik para pelajar agar sentiasa menanam sifat suka menabung demi untuk masa depan. Selain daripada itu juga, pemilihan pelaburan di dalam saham Amanah yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad juga adalah kerana percaya dengan pulangan yang kompetitif.



Khairunisa antara pelajar yang berjaya mencapai keputusan cemerlang (PMR 8A)


Norlaila juga tidak kurang juga hebatnya...7A 1C


Iskandar (berbaju kuning) merupakan pelajar kedua terbaik di Negeri Sabah....


Rahma juga mencuri tumpuan (PMR 7A 1B)

Ketua Pemuda sempat merakamkan gambar bersama pelajar-pelajar cemerlang

Read more...

KEJOHANAN TAKRAW ZON KEPULAUAN

>> Wednesday 27 April 2011

TARIKH : 16 APRIL, 2011
TEMPAT : PULAU SIBAUD ULU


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah menganjurkan kejohanan Sepak Takraw untuk Zon Kepulauan. Kejohanan telah diadakan di Gelanggang takraw Kg Sibaud Ulu yang baru siap di bina. Sebanyak 10 buah pasukan telah menyertai kejohanan tersebut.


Dalam ucapan perasmiannya, Ketua Pemuda menyeru kepada semua para belia agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan tidak mudah terpedaya dengan anasir luar yang cuba untuk memecah belahkan hubungan yang telah terjalin. Selain daripada itu juga, beliau berharap segala kemudahan yang diberikan oleh pihak kerajaan haruslah digunakan sebaik mungkin.



Ketua Pemuda ketika menyampaikan ucapan

Align Centre

Ketua Pemuda beramah mesra dengan para peserta



Ketua Pemuda cuba menunjukkan bakat di gelanggang takraw


Antara pasukan yang menyertai kejohanan

Read more...

AKTIVITI 15 APRIL, 2011

TEMPAT : SURAU KAMPUNG BAKAU
PRORAM : SUMBANGAN KELENGKAPAN/KEPERLUAN JENAZAH


Pergerakan Pemuda UMNO yang diketuai oleh saudara Khairul Firdaus Datuk Akbar khan meneruskan bantuan berupa kelengkapan/keperluan jenazah bagi kegunaan masyarakat kampung yang memerlukan.


Pada program kali ini, sumbangan telah diberikan kepada Ahli Jawatankuasa Surau Kampung Bakau. Ketua Pemuda berharap bantuan tersebut dapat meringankan beban kepada keluarga ataupun masyarakat yang memerlukan.


Kelihatan Ketua Pemuda menyerahkan bantuan kepada Hassan Mohamad


Antara yang menyaksikan majlis tersebut





TEMPAT : KAMPUNG BAKAU
PROGRAM : PENYERAHAN JERSI DAN PERALATAN SUKAN


Menyedari tentang pentingnya bersukan serta mengelak daripada para belia terlibat dengan aktiviti tidak sihat, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah menyerahkan bantuan berupa 1 set jersi dan peralatan sukan kepada para belia di Kampung Bakau.


Penyerahan telah dilakukan sendiri oleh Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus. Beliau turut meminta kepada para belia supaya bergiat aktif di dalam bidang sukan sambil menegaskan agar sentiasa menggunakan kemudahan pasarana sukan yang diberikan oleh kerajaan.


Kelihatan Ketua Pemuda bersama-sama dengan belia di Kg Bakau semasa program tersebut







TEMPAT : GELANGGANG FUTSAL BATU 4
PROGRAM : PERSAHABATAN FUTSAL DENGAN PEMUDA KG BAHAGIA


Satu program persahabatan futsal dengan Pemuda-Pemuda Kg Bahagia telah diadakan di gelanggang futsal batu 4 baru-baru ini. Melalui program sedemikian, adalah diharapkan agar para belia sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat. Di samping itu juga, ianya bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan yang baik di antara para belia dengan Pergerakan Pemuda UMNO batu Sapi.


Dalam satu kenyataan, Ketua Pemuda berharap hubungan yang baik ini akan memudahkan lagi mengenal pasti segala permasalahan di peringkat akar umbi.


Bergambar sebelum perlawanan dimulakan


Antara aksi perlawanan tersebut...

Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP