Perasmian Bola Keranjang

>> Wednesday 29 June 2011

17 JUN, 2011
DEWAN MASYARAKAT SANDAKAN


Ketua Pemuda telah dijemput untuk merasmikan kejohanan bola keranjang anjuran Persatuan Suluk Sandakan, di Dewan Masyarakat Sandakan. Seramai 12 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Pengerusi penganjur memberitahu, objektif utama kejohanan diadakan adalah sebagai salah satu aktiviti Persatuan berkenaan selain daripada cuba untuk memperketengahkan bakat-bakat baru khususnya dalam arena sukan bola keranjang.


Dalam pada itu, Ketua Pemuda memuji pihak penganjur yang berani untuk menganjurkan kejohanan tersebut. Penyertaan daripada berbagai lapisan masyarakat juga telah menunjukkan bahawa sukan bola keranjang ini dapat mengeratkan hubungan yang baik khususnya masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia ini.


Ketibaan Ketua Pemuda bersama rombongan telah sisambut oleh pihak penganjur


Bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku....


Dua gambar di bawah menunjukkan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.


Read more...

Lawatan Ke Pusat Giat MARA Batu Sapi

17 JUN, 2011
PEJABAT GIAT MARA KAWASAN BATU SAPI


Ketua Pemuda bersama-sama dengan Naib Ketua Pemuda dan beberapa orang AJK Pemuda telah membuat lawatan ke Pusat Giat MARA kawasan Batu Sapi dengan tujuan untuk membincangkan berkaitan dengan kursus-kursus yang dikendalikan oleh Giat MARA dan seterusnya dapat memberi ruang dan peluang kepada golongan belia dan beliawanis di kawasan Bat Sapi untuk mengikuti kursus-kursus tersebut.


Dalam lawatan tersebut, Ketua Pemuda sempat di beri sedikit taklimat oleh Pengurus Pusat Giat MARA berkenan dengan prosedur dan tatacara berhubung kait dengan permohonan membaik pulih rumah.


Kelihatan Ketua Pemuda sedang menandatangani buku lawatan bersama-sama dengan Naib Ketua Pemudadan diperhatikan oleh Pengurus Giat MARA kawasan batu Sapi encik Hashim.


Encik Hashim begitu bersemangat memberi penjelasan dengan lebih terperinci berhubung kait dengan peranan dan fungsi giat MARA kepada Ketua Pemuda dan rombongan.


Ketua Pemuda telah dibawa kesemua tempat-tempat kursus giat MARA kawasan Batu Sapi oleh encik Hashim, walaupun pusat giat MARA baru juga berpindah ke tempat baru, namun susun atur pejabat berkenaan turut memberi keselesaan kepada belia dan beliawanis yang menjalani kursus.

Read more...

Kem Kepimpinan SK Pulau Sanghai

>> Friday 24 June 2011

17 HB JUN, 2011
SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU SANGHAI


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah bekerjasama dengan pihak Sekolah Kebangsaan Pulau Sanghai dalam penganjuran program Kem Kepimpinan yang mana semua peserta adalah terdiri daripada para pelajar tahun 6. Objektif utama program ini adalah untuk memastikan semua pelajar dapat mempersiapkan diri sebelum berhadapan dengan peperiksaan UPSR pada tahun ini.


Dalam ucapannya, Khairul Firdaus mengingatkan para pelajar supaya tidak menjadikan kesusahan dalam kehidupan sebagai penghalang untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Untuk itu, Ketua Pemuda telah berjanji bahawa seandainya ada pelajar yang berjaya mencapai keputusan 3A dalam peperiksaan tersebut, beliau akan menghadiahkan sebuah laptop.



Para pelajar melaungkan tekad, KAMI BOLEH....bersama-sama dengan Ketua Pemuda


Wakil pelajar yang menghadiri Kem Kepimpinan menerima sijil penyertaan dari Ketua Pemuda


Wakil pihak sekolah Cikgu Rosli jalhani memberi cendera kenangan kepada Ketua Pemuda di atas sokongan padu pada program tersebut.

Read more...

Penyerahan Meja Ping Pong


16 JUN, 2011
KAMPUNG AIR / KAMPUNG BOKARA / KAMPUNG ISTIMEWA / TAMAN MAWAR


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi melalui Ketua Pemuda telah menyerahkan meja ping pong di kampung Air, Kampung Bokara, Kampung Istimewa dan Taman Mawar yang mana setiap tempat di atas telah mendapat sebuah meja.


Adalah diharapkan kemudahan yang diberikan akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh belia-belia di kampung berkenaan. Selain daripada itu juga, Ketua Pemuda berharap, dengan adanya kemudahan tersebut ianya secara tidak langsung akan mengelakkan golongan belia terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat.




Penyerahan Meja Ping Pong di Kampung Air

Gambar di atas menunjukkan penyerahan meja ping pong yang diadakan di Kampung Air. Majlis penyerahan telah dilakukan di rumah Ketua Pemuda Cawangan Kg Air, iaitu saudara Daud Ag Besar.




Penyerahan Meja Ping Pong di kampung Bokara

Dua buah gambar di bawah menunjukkan majlis penyerahan meja ping pong yang diberikan kepada belia-belia di kampung Bokara. Majlis penyerahan di lakukan dirumah saudara Madlan Santong, abang kepada Ketua Pemuda cawangan Kg Arang laut, Azhar Santong. Peluang berjumpa dengan Ketua Pemuda telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh para belia yang hadir untuk menyuarakan segala permasalahan yang mereka hadapi.




Penyerahan Meja Ping Pong di kampung Istimewa

Rumah saudara Hasan Yusuf, Ketua Pemuda Cawangan Kg Buangan Jalan Batu Sapi telah dijadikan tempat untuk majlis penyerahan meja ping pong bagi kegunaan belia-belia di kampung Istimewa. Para belia yang hadir mengucapkan terima kasih khususnya kepada Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi di atas pemberian tersebut.




Penyerahan Meja Ping Pong Di Taman Mawar

Majlis penyerahan telah dilakukan oleh Penolong Setiausaha Pemuda, saudara Azman jambo bagi mewakili Ketua Pemuda. Penyerahan telah dibuat di perkarangan Masjid Nurur Rahman kerana peralatan tersebut akan digunakan oleh belia-belia masjid semasa acara riadah.


Read more...

Futsal Dgn Belia Karamunting Kedai Batu

05 JUN, 2011
GELANGGANG FUTSAL BATU 4, SANDAKAN


Persahabatan futsal dengan Belia-Belia Karamunting Kedai Batu telah dijalankan dengan tujuan mengaktifkan belia-belia supaya bergiat aktif dalam bidang sukan disamping mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada.


Melalui aktiviti bersukan juga para belia dapat bertukar-tukar fikiran dengan AJK Pemuda UMNO Bahagian demi untuk memastikan nasib belia-belia di kawasan Batu Sapi terbela.


Penolong Setiausaha Pemuda yang mengetuai AJK Pemuda UMNO Batu Sapi sempat merakankan gambar kenang-kenangan sebelum bermulanya perlawanan persahabatan.


Ketua rombongan belia Kg Karamunting Kedai Batu, saudara Shawal kelihatan sedang membincangkan sesuatu dengan Pen. Setiausaha Pemuda, saudara Azman Jambo, bagi memastikan nasib belia-belia sentiasa terbela.


Antara para belia-belia dari Kg Karamunting Kedai Batu yang turut sama menyertai perlawanan persahabatan tersebut.


Aksi-aksi yang sempat dirakamkan semasa perlawanan diadakan, kalah menang bukannya menjadi ukuran tetapi apa yang lebih penting adalah hubungan yang sentiasa akrab sudah pasti akan membawa kebaikan kepada kedua-dua pihak

Read more...

BADMINTON TERTUTUP KELAB GLOBAL

>> Thursday 23 June 2011

TARIKH : 04 JUN, 2011
TEMPAT : DEWAN SIBUGA JAYA, TAMAN SIBUGA


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah bekerjasama dengan Kelab Global Sandakan, dalam penganjuran badminton tertutup khas untuk ahli-ahli Kelab berkenaan. Kejohanan yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Taman Sibuga telah berlangsung selama sehari. Kejohanan ini juga merupakan tahun ketiga diadakan semenjak Kelab ini ditubuhkan.


Sebelum ini, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi pernah bekerjasama dengan Kelab ini melalui penganjuran Karaoke Terbuka Sandakan. Pengerusi Kelab, saudara Mohamad kardi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang diterajui oleh Khairul Firdaus kerana sudi bekerjasama dengan Kelab mereka.



Hadiah kejohanan yang menjadi rebutan


Johan kategori remaja


Naib Johan kategori beregu perempuan


Antara aksi dalam kejohanan

Read more...

TARIKH : 03 JUN, 2011
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN SANDAKAN


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah memberi sumbangan berupa jersy kepada pasukan bowling padang daerah Sandakan untuk kejohanan Sukan Sabah (SAGA) yang berlangsung di Keningau.


Majlis penyampaian telah dilakukan oleh Penolong Setiausaha Pemuda, saudara Azman Jambo bersama-sama dengan beberapa orang AJK Pemuda. Pada majlis tersebut, Penolong Setiausaha Pemuda sempat memberi kata-kata semangat kepada peserta bowling padang. Selain daripada itu juga, beliau turut mengingatkan para peserta agar sentiasa menunjukkan semangat sukan yang tinggi. Walaupun kalah menang sudha menjadi tradisi dalam mana-mana kejohanan tetapi dengan menanam semangat yang tinggi untuk berjaya, sudah pasti ianya akan membawa hasil yang diharapkan.



Pen. Setiausaha menyerahkan jersy kepada pengurus pasukan bowling padang Sandakan


Pen. Setiausaha cuba bermain bowling padang


Rombongan Pemuda disambut oleh pasukan bowling padang


Penyerahan jersy kepada para peserta

Read more...

TARIKH : 26 MEI, 2011
TEMPAT : SK SANGHAI


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah bekerjasama dengan pihak Sekolah Kebangsaan Sanghai bagi menjayakan sukan sekolah tersebut. Melallui kerjasama ini, Pergerakan pemuda telah menyumbangkan kesemua hadiah kejohanan demi untuk memastikan sukan tahunan sekolah berkenaan dapat berjalan tanpa ada sebarang halangan.


Dalam ucapannya, melalui sukan ini akan dapat melahirkan individu yang cergas yang mana ianya merupakan aset penting untuk mencapai tahap pendidikan yang jitu. Ucapan beliau telah disampaikan oleh saudara Mohd Azmi Hj jamal, Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Tambah beliau lagi, melalui sukan juga dapat mengeratkan lagi hubungan khususnya di antara pihak ibubapa dengan pihak guru. Perkara ini amat penting kerana kedua-dua pihak mempunyai peranan masing-masing untuk memastikan kejayaan para pelajar.



Seorang pelajar sedang membacakan ikrar...


Ucapan perasmian di lakukan oleh Penolong Bendahari Pemuda


Di perkenalkan kepada kontinjen rumah sukan


Menerima cenderakenangan dari Guru Besar

Read more...

>> Wednesday 22 June 2011

TARIKH : 14 MEI, 2011
TEMPAT : DEWAN SMK AGAMA SANDAKAN


Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi untuk tahun 2011, telah diadakan di Dewan SMK Agama Sandakan. Mesyuarat kali ini telah disempurnakan acara peramiannya oleh YB Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Mesyuarat tahun ini juga telah dihadiri seramai 394 orang perwakilan.


Dalam ucapannya, YB Datuk Puad memuji peranan Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi kerana sentiasa menyokong perjuangan ataupun segala aktiviti yang dijalankan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Beliau juga amat berbangga dengan Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang mementingkan aspek pendidikan di dalam memperjuangkan parti UMNO. Selain daripada itu juga, YB Datuk Puad turut mengingatkan semua perwakilan agar menolak pemikiran cantas mencantas kerana ianya hanya merosakkan Perjuangan untuk memertabatkan Parti UMNO.


Mesyuarat kali ini turut memperlihatkan Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah mengiktiraf perjuangan pemuda-pemuda cawangan dengan memperkenalkan beberapa anugerah. Antara anugerah tersebut, termasuklah Anugerah Ahli Pemuda Cawangan Paling Ramai serta Anugerah Pengundi Paling Ramai di Peringkat Cawangan.


Ketua Pemuda turut memberikan sebuah laptop kepada pelajar sekolah SMK Batu Sapi, saudara Iskandar yang juga merupakan pelajar kedua terbaik Negeri Sabah dalam peperiksaan SPM.


Gambar di bawah menunjukkan persiapan sebelum Hari Persidangan





Gambar menunjukkan Sessi Pendaftaran dan Perwakilan Pemuda yang hadir





Ketibaan YB Datuk Dr Puad Zarkashi di Dewan Persidangan




Gambar sekitar acara Perasmian yang disempurnakan oleh YB Datuk Dr Puad Zarkashi





Antara gelagat AJK Pemuda di Persidangan


Read more...

TARIKH : 13 MEI, 2011
TEMPAT : SEKITAR KAWASAN BATU SAPI


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi melalui Ketua Pemudanya, telah diberi penghormatan oleh Pusat Giat MARA Batu Sapi untuk memeriksa dan memantau kerja-kerja membaikpulih rumah yang telah dijalankan oleh Pusat Giat MARA terhadap beberapa rumah di kawasan Batu Sapi. Ketua Pemuda selanjutnya telah meletakkan papan kenyataan di rumah-rumah terbabit sebagai tanda selesainya kerja-kerja membaikpulih yang dibuat.


Dalam pada itu, Khairul Firdaus mengucapkan terimah kasih kepada pihak MARA yang mempunyai program yang dapat membantu masyarakat yang memerlukan. Beliau seterusnya berharap agar kriteria pemilihan rumah-rumah terbabit haruslah dibuat secara bijak dan adil.


Antara gambar-gambar yang sempat dirakam pada program tersebut




Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP