Juara Rakyat Bulan Belia & Sukan

>> Sunday 10 July 2011


2 JULAI, 2011
SEKITA KAWASAN BATU SAPI


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi sekali lagi telah diberi mandat untuk mengendalikan Program JUARA RAKYAT sempena bulan Belia dan Sukan tahun 2011. Seperti pada tahun sebelumnya, pelbagai acara sukan telah diadakan khusus untuk belia-belia di kawasan Batu Sapi.


Terdapat sedikit kelainan pada tahun ini di mana, lokasi sukan tidak tertumpu pada satu tempat sahaja. Terdapat enam (6) lokasi sukan telah terlibat dalam program Juara Rakyat kali ini; iaitu acara takraw ( Pulau Sibaud Ulu & Kg Gas ), futsal ( Tanah Merah dan taman Mawar ), bola keranjang ( Taman Mawar ) dan Bola tampar ( Flat MP )


Menurut Ketua Pemuda pembahagian lokasi sukan ini akan memberi peluang kepada belia-belia yang berhampiran untuk turut sama dalam kejohanan tersebut. Malahan laporan yang diterima dari setiap lokasi sukan, hampir 1,000 belia telah menyertai sukan yang diadakan.




YB Datuk Samsudin dan Ketua Pemuda semasa perasmian penutupan bola tampar di gelanggang Flat MPS. YB Datuk Samsudin juga berkesempatan untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah pada para pemenang...




Ketua Pemuda ketika membuat acara perasmian untuk acara sukan takraw yang diadakan di gelanggang takraw kampung Gas. disebabkan penyertaan yang agak ramai, pihak penganjur terpaksa menggunakan gelanggang di salah sebuah dewan yang masih dalam pembinaan...





Sukan takraw juga turut diadakan di Pulau Sibaud Ulu. Menurut Ketua Pemuda dalam ucapannya, pengwujudan sukan takraw di Pulau Sibaud Ulu adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada belia-belia khususnya di Zon Kepulauan untuk sama-sama terlibat dalam program Juara Rakyat pada tahun ini.






Taman Mawar telah dipiih untuk menjadi salah satu lokasi sukan futsal dalam program Juara Rakyat. Yb Datuk Samsudin selaku Ketua UMNO bahagian sempat berkunjung untuk menyempurnakan acara perasmian.





Gelanggang futsal di Tanah Merah juga telah terpilih sebagai pusat acara sukan futsal. Pemilihan gelanggang ini adalah disebabkan lokasinya yang amat strategik dan mudah untuk dikunjungi oleh belia-belia di kawasan Batu Sapi. Majlis perasmian sebelum acara akhir telah di sempurnakan oleh YB Datuk Samsudin...



Read more...

Bantuan Makanan Minggu Ke 3

2 JULAI, 2011
KAMPUNG BAKAU SANDAKAN


Minggu yang ke 3, naib ketua pemuda cawangan kg Simagun pula turun padang untuk turut sama mengagih-agihkan bantuan makanan tambahan kepada kanak-kanak di kampung Bakau. Pengagihan turut di pantau oleh PSU Pemuda UMNO Batu Sapi.


Seperti pada minggu-minggu sebelumnya, seawal jam 11.00 tengahari, kanak-kanak telah sedia menunggu untuk menerima bantuan tersebut. Tiada kekecohan mahupun kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang pembahagian tersebut.



Gambar bawah menunjukkan PSU Pemuda bersama-sama dengan naib ketua pemuda cawangan kg Simagun (kifly apau) sempat merakam gambar bersama kanak-kanak yang menerima bantuan tersebut.






Walaupun kelihatan seperti kelam kabut, namun pembahagian berjalan lancar dan teratur. Malahan kelihatan semua kanak-kanak yang menerima begitu gembira. Ada juga dikalangan kanak-kanak yang ditemani oleh ibubapa semasa menerima bantuan tersebut.




Read more...

Sessi Perjumpaan Dgn Pemuda Lupak Meluas Darat

24 JUN, 2011
BALAIRAYA KAMPUNG LUPAK MELUAS DARAT



Sesi perjumpaan dengan pemuda-pemuda di peringkat cawangan diteruskan sebagai salah satu cara yang terbaik untuk memastikan pemuda-pemuda cawangan sentiasa mendapat perhatian disamping tidak mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah parti pembangkang.


Melalui sesi-sesi perjumpaan juga, Ketua Pemuda turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan isu-isu semasa. Selain daripada itu juga, perjumpaan sebegini dapat memberi peluang dan ruan kepada pemuda-pemuda cawangan untuk menyuarakan apa yang mereka fikirkan demi untuk kebaikan bersama.




Ketua pemuda semasa sesi perjumpaan tersebut...



Kedua-dua gambar di atas menunjukkan salah seorang pemuda sedang menyuarakan sesuatu kepada Ketua Pemuda. Inilah sebenarnya yang diharapkan oleh Ketua Pemuda, sikap pemuda haruslah lantang untuk menyuarakan apa yang patut....



Kedua-dua gambar di bawah pula menunjukkan pemuda-pemuda cawangan yang hadir pada sesi perjumpaan tersebut...


Read more...

Bantuan Makanan Tambahan Minggu Ke 2

25 JUN, 2011
KAMPUNG BAKAU, SANDAKAN


Program Pemuda Prihatin (bantuan makanan tambahan secara percuma) untuk minggu yang kedua (2) telah di kawalselia sendiri oleh Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus. Dalam kesempatan yang ada belia (ketua Pemuda), bersama-sama dengan beberapa AJK Pemuda menghantar sendiri bantuan makanan tersebut dari rumah ke rumah.


Kelihatan Ketua Pemuda menyampaikan sendiri sebahagian daripada bantuan dengan berkunjung sendiri dari rumah ke rumah. Menurut beliau, cara sedemikian secara tidak langsung dapat menilai sendiri samada penerima adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar layak menerima.







Gambar di bawah menunjukkan kanak-kanak yang sedang berbaris untuk mendapat bantuan makanan tambahan yang di taja oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Turut kelihatan PSU Pemuda UMNO Batu Sapi sedang membuat penyemakan terhadap kad penerima bagi memastikan mereka menerima adalah mereka yang telah disenaraikan.


Read more...

Perbincangan Program Jom Ke Sekolah


17 JUN, 2011
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ANIB III


Penolong Setiausaha Pemuda, saudara Azman Jambo telah membuat perbincangan dengan Guru Besar SK Sungai Anib III, Cikgu Azhar Sani bagi membincangkan Program pemuda Prihatin (Bantuan Bas Sekolah Secara Percuma) kepada 60 pelajar yang kurang berkemampuan di kawasan batu Sapi.


Dalam perbincangan tersebut, pihak Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah bersetuju untuk memberi bantuan bas sekolah percuma kepada 60 pelajar yang terdiri daripada SMK Sandakan 2, SMK Elopura 2 dan SK Sg Anib III. Pemberian bantuan bas sekolah percuma ini akan berlanjutan selama 1 tahun. Pemilihan pelajar yang layak akan di tapis oleh pihak sekolah.




Ketiga-tiga gambar di bawah menunjukkan PSU Pemuda, Azman jambo ketika sesi perbincangan dengan Guru Besar berkaitan dengan Program Pemuda Prihatin yang bakal di lancarkan dalam tempoh terdekat.



Read more...

Perasmian Sepak Takraw Libas Sandakan

18 JUN, 2011
DEWAN SERBAGUNA JABATAN KEBAJIKAN SANDAKAN


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi sekali lagi telah bekerjasama dengan Pengurus-Pengurus Kelab Penaja Sepak Takraw Libas untuk penganjuran kejohanan sepak takraw. Dalam ucapan perasmiannya, Firdaus mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur yang berjaya mengelolakan kejohanan tersebut.


Firdaus turut menambah, disamping cuba untuk mengetengahkan bakat-bakat baru dalam arena sepak takraw, kejohanan seumpama ini juga dapat mengeratkan hubungan yang baik di antara semua pasukan yang mengambil bahagian.




Ketua Pemuda bersama-sama PSU Pemuda bersama dengan pihak penganjur...



Khairul firdaus ketika menyampaikan ucapan perasmian pada majlis tersebut


Salah satu aksi menarik dalam kejohanan yang berlangsung...


Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian sedang mendengar ucapan perasmian...

Read more...

Bantuan Makanan Tambahan Di Kg Bakau

18 JUN, 2011
KAMPUNG BAKAU, SANDAKAN


Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi telah malancarkan Program Pemuda Prihatin dengan memberi Bantuan Makananan Tambahan Secara PERCUMA kepada 100 kanak-kanak di Kampung Bakau selama setahun. Program yang julung kali diadakan ini adalah bertujuan untuk memastikan kanak-kanak yang membesar mendapat nutrisi yang secukupnya.


Seramai 100 kanak-kanak yang terpilih merupakan golongan pelajar sekolah rendah yang juga merupakan dari kalangan masyarakat yang kurang berkemampuan.


Dalam ucapan perasmiannya, Khairul firdaus berkata, pihaknya akan merancang beberapa kaedah tambahan bagi memastikan lebih ramai kanak-kanak di kampung lain mendapat bantuan seumpama ini.



Dua gambar di atas menunjukkan Ketua Pemuda, Khairul Firdaus sedang menyerahkan bantuan makanan tambahan kepada kanak-kanak di kampung berkenaan sambil disaksikan oleh beberapa orang pemimpin masyarakat kampung terbabit.


Kesemua kanak-kanak yang layak menerima bantuan diberi Kad Penerima sebagai pengesahan untuk memudahkan mereka menerima bantuan pada minggu-minggu berikutnya.


Kelihatan saudara Khairul Firdaus sedang ditemuramah oleh pihak pemberita selepas selesai sahaja majlis perasmian.

Read more...

Futsal Dgn Pemuda Cawangan

17 JUN, 2011
GELANGGANG FUTSAL BATU 4 SANDAKAN


Selain daripada bersukan, persahabatan futsal yang sering kali diadakan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan dengan pemuda-pemuda cawangan di samping mendampingi para belia serta cuba untuk mendapat maklum balas khususnya di peringkat akar umbi.


Persahabatan futsal kali ini menggabungkan pemuda-pemuda cawangan kg karamunting dan pemuda-pemuda cawangan kg Istimewa. Pendekatan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan di kalangan pemuda-pemuda cawangan di kawasan Batu Sapi.



Sessi bergambar sebelum perlawanan di mulakan....


Masa yang ada digunakan sepenuhnya oleh Ketua Pemuda untuk berbincang dengan pemuda-pemuda cawangan berkait rapat dengan segala masalah yang dihadapi di peringkat akar umbi


Antara aksi perlawanan yang diadakan pd mlm tersebut....


Pemuda-pemuda cawangan dari Kg Istimewa sedang menunggu giliran untuk bermain....


Ketua Pemuda bersama-sama dengan beberapa AJK Pemuda yang turut sama dalam persahabatan tersebut...

Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP