Pemimpin adil bijak bestari Itu tanda bertuah negeri. Kalau pemimpin penuh amanat Aman sentosa sekelian rakyat. Kalau pemimpin menunai janji. Tentu rakyat akan memuji. Kalau pemimpin menyalah kuasa Akibat negeri akan binasa. Kalau pemimpin mengejar emas Akibat kuasa akan terlepas. Andai menggadai kuasa di tangan Dilaknat bangsa dan keturunan. Kalau pemimpin kurang waspada Tidak layak bergelar nakhoda. Andai pemimpin bermewah-mewah Bertambah marah rakyat di bawah. Pemimpin mungkar tidak berakhlak Menunggu masa untuk ditolak. Kalau hanya mengkayakan keluarga Tentulah ramai akan curiga. Sesama pemimpin fitnah memfitnah Tanda bangsa akan punah. Kalau sudah terbuka pekong Tidaklah lagi rakyat menyokong. Pemimpin mewah rakyat fakir Menunggu masa akan tersingkir. Bila menghukum berpandu agama Tentulah hukuman adil saksama. Pemimpin berganding dengan ulama Dunia akhirat dipelihara bersama.
Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Pergerakan Pemuda UMNO, Bahagian Batu Sapi mencatat kenangannya tersendiri apabila Ketua Pemuda Bahagian tersebut turut bersama mengikuti kursus berkenaan. Kursus yang julung-julung kali diadakan ini telah dihadiri oleh seramai 123 orang. Antara pengisian kursus ini ialah ceramah, bengkel dan sesi soal jawab. Kursus anjuran Pemuda UMNO Batu Sapi ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat dan waris- waris mayit tentang perkara- perkara yang perlu dilakukan apabila berlakunya sesuatu kematian. Dalam ucapan perasmian Sdr Khairul Firdaus Akbar Khan, Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi mengingatkan pentingnya sesuatu ilmu itu dipelajari untuk kebaikan masyarakat umum khususnya dalam hal- hal fardhu Ain dan fardhu Kifayah. Penceramah dan pembimbing kursus terdiri daripada Ustaz Bahtiar Hj Hud, Tuan Haji Haszlan Hj Lasain, Puan Syaferia Hj Abd Rahim dan cik Norismiah Oto.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga Batu Sapi,
Saya bersama dengan seluruh Ahlijawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi, turut bersimpati dengan mangsa-mangsa bencana alam sekarang ini, terutamanya di kawasan Batu Sapi.
Kepada semua mangsa yang terlibat hendaklah banyak bersabar kerana sesungguhnya segala yang terjadi adalah ketentuan Illahi. Kami di Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi akan cuba untuk membantu seberapa mana yang boleh.
Dikesempatan ini juga, saya bersama-sama dengan AJK Pemuda UMNO Bahagian aan tahun ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan untuk semua lapisan masyarakat di Malaysia.
MESYUARAT CAWANGAN...
Tempoh mesyuarat cawangan telah kembali lagi. Setakat 29 Mac, 2011, sebanyak 45 cawangan pemuda UMNO Batu Sapi telah mengadakan mesyuarat masing-masing.
Tahniah kepada semua cawangan yang telah berjaya mengadakan mensyuarat masing-masing.