BANTUAN BALU/FAKIR DI KG SEGALIUD

>> Thursday 25 August 2011


Tarikh : 13 Ogos, 2011
Tempat :Kampung Segaliud


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah menyalurkan bantuan berupa barangan keperluan asas dan wang tunai kepada 20 orang yang terdiri daripada golongan balu/fakir di kampung Segaliud. Bantuan telah disampaikan sendiri oleh Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus bersama AJK Pemuda dengan bergerak dari rumah ke rumah.


Menurut Ketua Pemuda, berpuasa bukan halangan untuk membantu rakyat yang memerlukan. Program bergerak dari rumah ke rumah juga merupakan program yang lebih efektif kerana ianya akan dapat menyelami sendiri kehidupan yang diharungi oleh masyarakat setempat.



Dua gambar di atas menunjukkan Ketua Pemuda sedang menyerahkan bantuan kepada penerima yang layak...


Rasa syukur yang tidak terhingga....itulah perasaan warga emas setelah mendapat bantuan yang diberikan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi....


Ketua Pemuda dan rombongan sempat bertemu dan beramah mesra dengan salah seorang AJK Pemuda Cawangan...


Read more...

MAJLIS BERBUKA PUASA DI SK KARAMUNTING


Tarikh : 12hb Ogos, 2011
Tempat : SK Karamunting

Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah bekerjasama dengan pihak SK Karamunting bagi Program Majlis Berbuka Puasa peringkat Sekolah SK Karamunting. Dalam program tersebut turut diadakan majlis Khatam Quran para pelajar sekolah berkenaan.


Dalam ucapannya, Ketua Pemuda menyatakan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi akan sentiasa menyokong mana-mana pihak yang menganjurkan program yang menjurus kepada mnyebarkan syiar Islam.


Terdahulu, guru besar sekolah SK Karamunting mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sumbangan yang diberikan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi dalam menjayakan program tersebut.



Ketua Pemuda bersama warga pendidik ketika berbuka puasa....


Peserta khatam Quran sedang membacakan ayat-ayat suci Al-Quran


Menyerahkan cek sumbangan dari Pusat Zakat Sabah...


Menyampaikan cendera hati kepada peserta khatam Quran....



Ketibaan Ketua Pemuda di sambut oleh warga pendidik SK Karamunting...



Read more...

Bantuan Balu/Fakir Di Kg Istimewa

>> Tuesday 16 August 2011

Tarikh : 12hb, Ogos, 2011
Tempat : Kampung Istimewa



Seramai 20 orang yang terdiri daripada golongan balu dan fakir miskin telah terpilih untuk mendapat bantuan dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Mereka yang terpilih telah menerima Wang Tunai dan Barangan Keperluan Asas yang disampaikan sendiri oleh Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus berserta dengan beberapa orang AJK Pemuda.


Pembahagian telah dijalankan dengan konsep berkunjung dari rumah ke rumah. menurut ketua Pemuda, konsep sedemikian rupa akan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh masyarakat kampung di samping dapa menyelami sendiri kehidupan sebenar mereka.



Kedua-dua gambar di atas menunjukkan Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus sedang menyampaikan bantuan kepada golongan balu dan warga emas di kawasan Kampung Istimewa..


Gambar bawah pula menunjukkan Pen. Setiausaha Pemuda, saudara Azman Jambo sedang menyampaikan bantuan dari Pergerakan Pemuda UMNO kepada salah seorang warga emas di Kampung Istimewa.



Gambar bawah memperlihatkan Ketua Pemuda bersama AJK Pemuda dan masyarakat setempat bergerak dari satu rumah ke satu rumah untuk menyampaikan bantuan..






Read more...

Bantuan Anak Yatim Di SMK Agama


Tarikh : 12hb, Ogos, 2011
Tempat : SMK Agama Sandakan


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, golongan yang selalu mendapat perhatian adalah golongan anak-anak yatim. Sehubungan dengan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang diketuai oleh saudara Khairul Firdaus Akbar Khan telah memberi bantuan kepada 31 orang pelajar di SMK Agama yang terdiri dari anak-anak yatim.


Menurut Firdaus, bantuan yang diberikan setidak-tidaknya dapat meringankan beban terutama di bulan yang mulia ini. Beliau selanjutnya mengingatkan para pelajar agar sentiasa mengamalkan sifat berjimat cermat. Bantuan yang diberikan adalah berbentuk pelaburan di dalam Amanah Saham Bumiputera.






Dua gambar di atas menunjukkan Ketua Pemuda sedang menyerahkan buku Pelaburan Amanah Saham Bumiputera kepada anak-anak yatim yang terlibat. Sementara gambar di bawah pula menunjukkan Ketua Pemuda merakam gambar kenang-kenangan bersama pelajar-pelajar yang terdiri dari anak-anak yatim yang menerima bantuan.







Read more...

bantuan Makanan Tambahan Minggu ke 7


Tarikh : 30hb Julai,, 2011
Tempat : Kampung Bakau


Masuk miggu yang ke 7 Bantuan makanan Tambahan Secara Percuma kepada 110 kanak-kanak di Kampung Bakau. Minggu ini, Setiausaha Kerja saudara Mohd Rezal Punjungan telah turun padang bagi memastikan pembahagian dibuat dengan teratur dan berjalan dengan lancar.


Menurut Setiausaha Kerja Pemuda, beliau terpaksa melupakan masa rehat bersama keluarga demi untuk memastikan kanak-kanak yang terlibat dapat bantuan yang diberikan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi.



Dua orang kanak-kanak ini menunjukkan kad bantuan makanan sebagai tanda mereka layak menerima bantuan



kanak-kanak sedang menunggu nama mereka dipanggil bagi mendapat bantuan makanan tambahan yang diberikan secara percuma...



Keceriahan jelas terbayang di wajah kanak-kanak setiap kali menerima bantuan yang diberikan..






Read more...

Program Gerakan Membaca 2011, SMK Agama


Tarikh : 29hb Julai, 2011
Tempat : SMK Agama, Sandakan


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah bekerjasama dengan pihak SMK Agama untuk menjayakan Program Gerakan Membaca 2011, peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sandakan.


Acara Perasmian telah disempurnakan oleh Penolong Setiausaha Pemuda, saudara Azman Jambo yang mewakili Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus Akbar Khan. Dalam ucapannya, Azman jambo mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah yang berjaya menganjurkan satu program yang cukup memberi manfaat kepada para pelajar. Beliau selanjutnya meminta para pelajar sentiasa menghargai pengorbanan para tenaga pengajar di atas usaha, jasa dan ilmu yang dicurahkan kepada para pelajar bagi memastikan para pelajar sentiasa berada di landasan yang sepatutnya.


Para pelajar juga diingatkan agar menukar konsep pembelajaran dari pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan kepada pembelajaran sepanjang hayat. Selain daripada itu, beliau memberitahu bahawa Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi akan sentiasa membantu dan memberi suntikan motivasi kepada para pelajar bagi memastikan semua pelajar mendapat keputusan peperiksaan yang amat membanggakan.



PSU Pemuda sedang melawat tapak pameran sambil diiringi Pengetua Sekolah




Menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang mendapat tempat dalam beberapa pertandingan yang diadakan sempena dengan Program Gerakan Membaca tahun 2011




Kedua-dua gambar di atas menunjukkan para pelajar yang hadir pada majlis tersebut...


Gambar di bawah menunjukkan PSU Pemuda sedang memukul Gong sebagai tanda perasmian Penangguhan Program Gerakan Membaca Tahun 2011..






Read more...

Bantuan Makanan Tambahan Minggu Ke 6

23 JULAI, 2011
KAMPUNG BAKAU, SANDAKAN


Aktiviti pembahagian makanan tambahan untuk 100 kanak-kanak yang kurang berkemampuan telah memasuki minggu yang ke 6. Program ini bukan sahaja dapat membantu masyarakat yang kurang berkemampuan malahan dapat mendekatkan diri Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi dengan masyarakat setempat



Kelihatan Penolong Bendahari Pemuda (kiri), saudara Azmi Hj jamal bersama dengan pemuda cawangan siguntor dan ketua kg bakau sempat merakam gambar bersama kanak-kanak yang menerima bantuan...


Kelihatan kanak-kanak sedang beratur sebelum menerima bantuan makanan tambahan




Penolong Bendahari Pemuda sedang mengagihkan bantuan kepada kanak-kanak terbabit




Read more...

Bantuan Makanan Tambahan Minggu Ke 5

>> Monday 15 August 2011



16 HB JULAI, 2011
KAMPUNG BAKAU, SANDAKAN


Pembahagian Makanan Tambahan kepada 100 kanak-kanak di kg Bakau telah memasuki minggu yang ke 5. Ketua Pemuda UMNO Cawangan Zon Kepulauan mengambil tugas untuk melaksanakan tugas pembahagian.









Ketua-ketua Pemuda UMNO Zon Kepulauan mengambil alih tugas untuk mengagih-agihkan bantuan makanan tambahan kepada 100 kanak-kanak di kampung Bakau. Walaupun mereka terpaksa menaiki bot dan mengambil masa lebih kurang 45 minit perjalanan untuk sampai ke Sandakan, tetapi semua itu bukan penghalang kepada mereka. Mereka bertiga sependapat bahawa tugas untuk membantu rakyat yang memerlukan amat penting daripada segalanya. Tahniah diucapkan kepada mereka bertiga.










Kelihatan dalam gambar kanak-kanak yang sedang beratur untuk menanti giliran bagi mendapatkan bantuan makanan tambahan yang diberikan secara percuma oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Turut bersama-sama mereka, Ketua kampung Bakau, saudara Kamlun Hassan yang sentiasa bersama-sama setiap minggu bagi memastikan pembahagian berjalan dengan lancar dan teratur.








Dari kiri; Saudara Roslan, ketua Pemuda cawangan Api-Api,

Ardin Bundin, Ketua Pemuda Cawangan Kg Perpaduan Sungai Siguntor dan

Mohamad Noor, Ketua Pemuda Cawangan Pulau Shanghai.










Sentiasa ceria, itulah raut wajah kanak-kanak setiap kali menerima bantuan yang diberikan. Ketiga-tiga pejuang dari Zon Kepulauan sempat merakamkan gambar kenangan bersama kanak-kanak di Kampung Bakau..

Read more...

Bantuan Makanan Tambahan Minggu Ke 4

>> Tuesday 9 August 2011


9 Julai, 2011
Kampung Bakau, Sandakan


Genap sebulan sejak dilancarkan, bantuan makanan tambahan anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi kepada 100 kanak-kanak di Kampung Bakau dilaksanakan. Alhamdullillah, setakat ini semua yang dirancang telah berjalan seperti yang diharapkan.


Untuk minggu yang ke empat (4) ini, pembahagian telah dijalankan oleh Pemuda-Pemuda cawangan Kampung Siguntor yang juga merupakan cawangan Penolong Setiausaha Pemuda.





Dua gambar di bawah menunjukkan Ketua kampung, pakcik Kamlun Hassan sentiasa bersama-sama setiap kali pembahagian dijalankan sebagai tanda sokongan terhadap program yang dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi.




Dua gambar dibawah pula menunjukkan Penolong Setiausaha Pemuda, saudara Azman Jambo sedang memeriksa kad penerima yang di bawah oleh kanak-kanak terbabit. Ianya bertujuan untuk memastikan mereka yang menerima adalah yang telah dipilih. Turut kelihatan Ketua Kampung, Pakcik Hassan(berbaju hitam) yang turut bersama-sama dan pemuda cawangan kg siguntor.






Read more...

Bas Sekolah Percuma



2 JULAI, 2011
SK SUNGAI ANIB III


Syabas dan Tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang telah berjaya mengadakan Perkhidmatan 'BAS SEKOLAH SECARA PERCUMA' yang merupakan salah satu program yang julung-julung kali diadakan di Batu Sapi dan juga pertama kali di Negeri Sabah.
Itulah satu satu rangkap ucapan YB Datuk Samsudin Yahya semasa merasmikan Program Jom Ke Sekolah Bersama Pemuda UMNO Batu Sapi, di SK Sungai Anib III.


Seramai 60 pelajar yang kurang berkemampuan telah bertuah kerana terpilih untuk mendapat Perkhidmatan Bas Sekolah Secara PERCUMA yang dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Kesemua 60 pelajar terlibat adalah yang bersekolah di SMK Sandakan II, SMK Elopura II dan SK Sungai Anib III.


Terdahulu, menurut Ketua Pemuda, pemilihan 60 pelajar terbabit adalah sebagai permulaan program dan sekiranya ianya menampakkan hasil yang berkesan jumlah pelajar yang mendapat perkhidmatan ini akan ditambah dari semasa ke semasa. Tujuan asal program ini adalah untuk membantu meringankan beban pelajar yang kurang berkemampuan agar mereka tidak tercicir dari hari-hari persekolahan.




Pelajar kurang upaya menjadi keutamaan mendapat perkhidmatan ini. Kelihatan mereka begitu gembira kerana terpilih mendapat perkhidmatan yang diberikan.




Ketua Wanita turut diberi peluang memberi Kad Pelajar Jom Ke Sekolah Bersama Pemuda UMNO batu Sapi kepada pelajar yang bertuah. Kelihatan Ketua Pemuda bertanyakan sesuatu kepada pelajar terbabit.





Kedua-dua gambar dibawah menunjukkan simbolik penyerahan Stiker Jom Ke Sekolah kepada pemandu bas yang diamanahkan untuk perkhidmatan ini. Turut kelihatan pihak RTM Sandakan turut membuat liputan pada majlis tersebut.






Kelihatan Ketua Pemuda memperkatakan sesuatu kepada YB Datuk Samsudin. Turut bersama-sama pada majlis tersebut Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan, Sh Mahada, dan Pengetua SMK Sandakan 2, Encik Mohd Tan Bacho.




Read more...

Program Kasi Gegar Sk Sg Anib III



02 JULAI, 2011
SK SUNGAI ANIB III


Ketua Pemuda, Khairul Firdaus Akbar Khan telah mengiringi YB Datuk Samsudin Hj Yahya, ADUN Sekong, merangkap Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi semasa lawatan ke tapak gerai sempena Program Kasi Gegar Sk Sungai Anib III.


YB Datuk Samsudin mengambil masa yang terluang membuat lawatan ke gerai2 tersebut sebelum bermulanya acara Perasmian Pelancaran Jom Sekolah Bersama Pemuda UMNO Batu Sapi.



Kelihatan YB Datuk Samsudin sempat beramah mesra dengan orang ramai di gerai pameran



YB Datuk Samsudin berminat dengan salah satu produk yang dijual di gerai




Ketua Pemuda mengiringi YB Datuk Samsudin melawat gerai pameran/jualan




Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP