PERSIDANGAN UMNO BAHAGIAN BATU SAPI

>> Wednesday 30 June 2010

TARIKH : 27 JUN, 2010
TEMPAT ; DEWAN MASYARAKAT SANDAKAN


Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu Sapi pada masa dan tempat seperti di atas. Seramai hampir 400 orang perwakilan telah hadir di mesyuarat tersebut. YAB Datuk Seri Musa Hj Aman telah berkenan hadir untuk merasmikan mesyuarat tersebut.

Pada mesyuarat tersebut juga En. Samsudin Cinu, calon dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah berjaya menempatkan diri beliau untuk menjadi wakil 7 ke Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur.

Dalam membahaskan Usul Politik, Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus menekankan betapa pentingnya semangat perpaduan dikalangan ahli-ahli cawangan. Selain daripada itu juga, beliau menegaskan akan taat setia kepada kepimpinan UMNO Bahagian Batu Sapi khususnya kepada Ketua Bahagian. Beliau juga turut membidas tentang kepimpinan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan. Berkaitan dengan Papan Tanda Dewan Masyarakat Sandakan yang tidak menggunakan bahasa Kebangsaan, Pergerakan Pemuda memberi tempoh kepada pihak MPS sehingga 24 Julai, 2010, untuk menukar papan tanda berkenaan. Pergerakan Pemuda UMNO akan bertindak menurunkan sendiri papan tanda berkenaan sekiranya pihak MPS gagal berbuat demikian.

Ketua Pemuda bersama wakil 10 dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi

Ketua Pemuda sedang berbincang sesuatu dengan Penolong Setiausaha Pemuda

Ketua Menteri Sabah menaikkan bendera UMNO ketika nyanyian lagu UMNO


Barisan kepimpinan UMNO Bahagian Batu Sapi


YAB Ketua Menteri Sabah ketika menyampaikan ucapan perasmian


Ketua Bahagian menyampaikan cenderakenangan kepada Ketua Menteri


Ketua Menteri menyampaikan pingat kepada salah seorang penerima JASAMU DIKENANG


Ketua Pemuda mengambil kesempatan menerima masalah yang dihadapi di peringkat akar umbi


Kawan lama tidak pernah dilupakan...mantan AJK Pemuda, Pariji (berbaju merah) dan Zai Kanbar(berbaju kuning)


AJK Pemuda diberi kepercayaan untuk membuat pengiraan undi

Read more...

PERSIDANGAN PEMUDA UMNO BATU SAPI

>> Tuesday 29 June 2010

TARIKH ; 19 JUN, 2010
TEMPAT ; BALLROOM SANDAKAN HOTEL


Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi bagi tahun 2010, telah diadakan di Ballroom, Sandakan Hotel, pada 19 Jun, 2010. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi, YB Mejar (K) Datuk Samsudin Yahya yang juga ADUN Kawasan Sekong.

Pada mesyuarat kali ini, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi turut memberi sumbangan kepada seorang pelajar terbaik STPM yang menuntut di SMK Batu Sapi. Selain daripada itu juga, Ketua Pemuda mengambil pendekatan baru dengan memberi peluang kepada semua perwakilan bagi setiap cawangan untuk menyuarakan sesuatu. Menurut Ketua Pemuda, pendekatan sedemikian amat baik bagi khususnya kepada pemuda-pemuda cawangan berkomunikasi di khalayak ramai.

YB Datuk menerima cenderakenangan daripada Ketua Pemuda

Barisan AJK Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi

Gandingan mantap, Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda

Ketua Pemuda bergambar bersama Ketua Bahagian, turut kelihatan Timb Ketua Bahagian


Pelajar terbaik STPM dari sekolah SMK Batu Sapi menerima sumbangan dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi

Setiausaha Kerja sempat bergurau senda dengan AJK Pemuda

Gaya seorang pemimpin...Khairul Firdaus ketika menyampaikan ucapan alu-aluan


Bersama-sama menyanyikan lagu UMNO


Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap bersiap sedia menjalankan tugas


Antara sidang perwakilan yang hadir





















Read more...

JUARA RAKYAT BULAN BELIA & SUKAN

TARIKH : 20 JUN, 2010
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN SANDAKAN


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah diberi kepercayaan oleh UMNO Bahagian Batu Sapi untuk menganjurkan Program JUARA RAKYAT sempena Bulan Belia & Sukan. Program ini telah diadakan di Kompleks Sukan Sandakan pada 20 Jun, 2010 yang lepas. Program ini juga telah disempurnakan perasmian oleh YB Mejar (K) Datuk Hj Samsudin Yahya, Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi, merangkap ADUN Kawasan Sekong.

Pelbagai jenis sukan diadakan pada program tersebut; antaranya Pertandingan Futsal, Bolatampar, Tari Tali dan Sepak Takraw. Terdapat juga pameran dari beberapa agensi kerajaan seperti TEKUN, Jabatan Penjara, Kementerian Kesihatan, SPR dan Hospital Duchess Of Kent Sandakan.
Kempen derma darah yang dikendalikan oleh pihak Hospital Duchess Of Kent Sandakan telah berjaya mendapat 28 orang penderma darah. Para penderma telah mendapat 1 kotak telur yang diberikan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Menurut Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus, melalui kempen sedemikian ianya akan dapat membantu golongan yang memerlukan darah setiap hari. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak HDOK yang sudi datang untuk kempen tersebut.

Masih mampu tersenyum.....Ketua Pemuda cawangan Kg Simagun ketika proses darah beliau di ambil

Kelihatan dalam gambar kakitangan HDOK sedang menjalankan tugas terhadap seorang penderma

TENANG..TENANG...mungkin itulah yang diperkatakan oleh pembantu perubatan terhadap penderma ini


Pertandingan Futsal telah menarik penyertaan yang amat menggalakkan dari belia-belia dan pemuda-pemuda di kawasan Batu Sapi. Seramai 64 pasukan telah menyertai pertandingan ini yang diadakan secara sistem KALAH MATI. Pasukan dari Kg Cenderamata telah menjadi Johan, manakala Naib Johan telah disandang oleh pasukan dari Taman Mawar.


Naib Ketua Pemuda menyampaikan hadiah kepada Johan pertandingan futsal


AJK Pemuda sempat mengambil gambar bersama dengan pasukan yang memasukki perlawanan akhir


Pihak penganjur menggunakan dua buah gelanggang dalam penganjuran tersebut


Antara aksi yang sempat dirakamkan



Sukan Takraw memang tidak asing lagi untuk pemudapemuda di kawasan Batu Sapi. Dalam JUARA RAKYAT ini, seramai 24 pasukan telah menyertai kejohanan. Perlawanan akhir di antara pasukan dari Kg Gas dan Kg Sundang begitu sengit dengan aksi-aksi yang menarik telah ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan.


Penolong Setiausaha menyampaikan hadiah kepada pasukan dari Kg Sundang yang menjuarai kejohanan

Pasukan dari Kg Gas selaku Naib Johan menerima hadiah dari Pen. Setiausaha Pemuda


Gelanggang yang digunakan dalam kejohanan tersebut










Read more...

SUKAN SANA SINI

>> Wednesday 23 June 2010

SUKAN PEMUDA CAWANGAN

Cuti hujung bulan Mei, 2010, sempena sambutan Pesta Kaamatan telah penuhi dengan pelbagai aktiviti sukan yang dianjurkan oleh Pemuda-Pemuda Cawangan di Batu Sapi. Menurut Penolong Setiausaha Pemuda, melalui aktiviti sedemikian, para pemuda cawangan dapat menjalin hubungan yang lebih mesra dikalangan pemuda cawangan. Antara cawangan-cawangan yang mengadakan aktiviti sukan tersebut adalah cawangan Kg. Siguntor, Cawangan Melanta dan cawangan jalan Pelabuhan.

Antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan dalam pertandingan badminton yang diadakan oleh Pemuda-Pemuda cawangan Kampung Siguntor.




Penolong Setiausaha (berbaju putih) bersama-sama ahli-ahli pemuda cawangan beliau (Cawangan Kg Siguntor)

Aksi dalam pertandingan badminton

Mungkin mereka ini dapat menjadi pelapis pemain negara...hahahahahah


Penolong Setiausaha menyampaikan hadiah kepada Johan kategori dewasa

Penyampaian hadiah untuk Johan bagi kategori remaja


Gambar-gambar yang sempat dirakam semasa pertandingan Futsal yang dianjurkan oleh Pemuda Cawangan Melanta dan Cawangan Jalan Pelabuhan

Pasukan yang mengambil bahagian


Antara aksi yang sempat dirakam



Pasukan dikehendaki memakai jersi mengikut negara yang menyertai Piala Dunia....DEMAM PIALA DUNIA LAH KATAKAN....







Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP