SEMINAR PENGHAYATAN ISLAM - PEMUDA UMNO BATU SAPI

>> Sunday 21 March 2010

Ketua Pemuda Batu Sapi bersama dengan AJK

Sebahagian daripada peserta lelaki dan wanita

Sudut pameran dan jualan buku agama

Saudara Khairul Firdaus, Ketua Pemuda Batu Sapi sedang menyampaikan ucap utama

Turut hadir Tuan Haji Daning Bajau, Pengerusi Masjid Nurur Rahman, Taman Mawar

Ceramah : ISLAM SEBAGAI SATU CARA HIDUP

Ceramah : IMAN DAN PERSOALANNYA

Antara peserta seminar yang hadir.

Read more...

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL, 1431H

>> Wednesday 10 March 2010

TARIKH : 28 FEBRUARI, 2010
TEMPAT : PADANG PERBANDARAN, MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN

Seawal jam 7:00 pagi lagi, Ketua Pemuda bersama-sama dengan beberapa orang AJK Pemuda telah berada di padang perbandaran Sandakan bersama-sama dengan ribuan umat Islam yang lain bagi menghadiri Perhimpunan Sambutan Maulidu Rasul S.A.W Peringkat Daerah Sandakan, Tahun 1431H / 2010M.
Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi bersama-sama dengan AJK UMNO Bahagian, AJK Wanita dan AJK Puteri mengikuti perbarisan bagi mewakili kontinjen UMNO Batu Sapi. Perhimputan sambutan Malidur Rasul tahun ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Musa Hj Aman. Beberapa orang wakil rakyat turut bersama-sama memeriahkan lagi majlis termasuk YB Mejar (K) Datuk Hj Samsudin Yahya, Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi.


Dalam majlis tersebut, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi turut menerima Sijil Penghargaan dari pihak Majlis Perbandaran Sandakan di atas sumbangan dan bantuan di dalam mengendalikan Pertandingan Kompang sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sandakan.

Ketua Pemuda bersama-sama dengan Setiausaha Bahagian dan Ketua Wanita



Penolong Setiausaha Pemuda dan Ketua Penerangan Pemuda, dalam perbarisan perhimpunan Maulidur Rasul

Sebahagian daripada AJK Wanita, Puteri dan AJK Pemuda yang turut sama mengadakan perbarisan pada pagi itu


Ketua Pemuda Libaran, saudara Suhaimi turut kelihatan pada perhimpunan tersebut



Ketua Pemuda bersama-sama dengan AJK Pemuda Bahagian bersama-sama berarak mengelilingi bandar Sandakan



Gelagat para peserta semasa perarakan mengelilingi bandar Sandakan


Ketua Pemuda menerima Sijil Penghargaan dari YAB Datuk Seri Musa Hj Aman, Ketua Menteri Sabah


{ MEMANTAPKAN UKHUWAH, MEMPERKASAKAN UMMAH }











Read more...

PERTANDINGAN SENI KART & MEWARNA

TARIKH : 27 FEBRUARI, 2010
TEMPAT : BALAIRAYA, KAMPUNG BOKARA

Majlis pertandingan mewarna Logo 1 Malaysia dan membuat Kart untuk peserta-peserta tahun 1 hingga 6, telah diadakan di Balairaya Kg Bokara. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Cawangan Kg Sibuga Jalan Batu Sapi dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi.


Menurut Ketua Pemuda, program sebegini akan dapat membantu menanam semangat Cintakan Negara khususnya di kalangan kanak-kanak yang mengambil bahagian. Selain daripada itu juga, ianya akan dapat menerapkan ciri-ciri Ke Islaman di kalangan kanak-kanak tersebut melalui pertandingan membuat Kart.


Pada majlis perasmian, Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi turut memuji Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang sentiasa tidak henti-henti mengadakan aktiviti. Beliau turut menyeru para Ibubapa agar sentiasa memerhatikan gerak geri anak masing-masing agar mereka tidak melakukan perkara-perkara yang tidak sihat.


Ketua Pemuda mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan penduduk Kg Bokara



Kelihatan ketibaan YB Datuk Samsudin Yahya telah disambut dengan mesra oleh masyarakat Kg Bokara


Salah seorang pemenang dalam pertandingan mewarna Logo 1 Malaysia menerima hadiah dari YB Datuk Samsudin Yahya


Pemenang untuk acara membuat Kart telah menerima hadiah dari YB Datuk sambil diperhatikan oleh Ketua Pemuda



Inilah yang diharapkan oleh ahli UMNO Batu Sapi; Hubungan yang akrab di antara Ketua Bahagian dengan Ketua Pemuda










Read more...

SAMBUTAN CHAP GOH MEI

>> Tuesday 9 March 2010

TARIKH : 27 FEBRUARI, 2010
TEMPAT : PASAR, TAMAN MAWAR


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah menghadiri majlis sambutan Perayaan Chap Goh Mei, di Taman Mawar Jalan Sibuga. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi merangkap ADUN Kawasan Sekong, YB Mejar (K) Datuk Hj Samsudin Yahya.
Seramai hampir 2,000 orang telah menghadiri majlis tersebut dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk Cina dan Melayu. Ini telah membuktikan bahawa konsep Gagasan Satu Malaysia telah berjaya diwujudkan di kawasan Batu Sapi. Majlis tersebut juga turut diserikan lagi dengan persembahan dari beberapa kumpulan Tarian Singa.


Ketua Pemuda bersama Naib Ketua Pemuda serta barisan AJK Pemuda Bahagian yang hadir pada malam tersebut


Salah satu aksi menarik dalam persembahan Tarian Singa di malam tersebut


Kelihatan orang ramai begitu kagum dengan persembahan dari salah satu kumpulan Tarian Singa yang dipersembahkan









Read more...

PERSAHABATAN BOLASEPAK

>> Sunday 7 March 2010

TARIKH : 27 FEBRUARI, 2010
TEMPAT : PADANG IPD, TAMAN TINOSAN, BATU 4

Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi meneruskan siri perlawanan persahabatan bolasepak sebagai salah satu persiapan untuk menghadapi kejohanan Piala Ketua Menteri Sabah yang dijangka akan diadakan di Kota Kinabalu pada awal bulan April, 2010.

Perlawanan persahabatan kali ini, Pasukan Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah menentang pasukan Pemuda Cawangan dari Kampung Sundang yang mana perlawanan telah berkesudahan dengan keputusan memihak kepada Pasukan AJK Pemuda, dengan jaringan 3 berbalas 2.

Menurut Ketua Pemuda, kalah menang bukan menjadi ukuran tetapi melalui perlawanan persahabatan sedemikian rupa juga secara tidak langsung akan dapat mengeratkan lagi hubungan di antara Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi dengan pemuda-pemuda cawangan.



Pasukan Pemuda cawangan dari kampung Sundang sempat merakam gambar sebelum perlawanan

Pasukan AJK Pemuda UMNO Bahagian Batu Sapi berehat pada separuh masa kedua


Antara aksi perlawanan pada petang tersebut


Juga salah satu aksi yang sempat dirakam oleh jurugambar AJK Pemuda










Read more...

PERTANDINGAN KOMPANG

TARIKH : 26 FEBRUARI, 2010
TEMPAT : DEWAN MASYARAKAT SANDAKAN

Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah diberi kepercayaan oleh Majlis Perbandaran Sandakan untuk menganjurkan Pertandingan Kompang Sempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Daerah Sandakan, Tahun 1431 H / 2010 M.

Seramai 7 buah kumpulan Kompang dari seluruh Daerah Sandakan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Mejar (K) Datuk Hj Samsudin Yahya, Ketua Bahagian UMNO merangkap ADUN Kawasan Sekong.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Ketua Pemuda menegaskan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi akan berusaha untuk mengangkat martabat seni kompang ini ke satu tahap yang lebih tinggi. Untuk itu, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi akan mewujudkan kumpulan-kumpulan kompang di setiap Zon khususnya di Bahagian Batu Sapi.

Dalam pertandingan tersebut, Johan telah disandang oleh Kumpulan Nur Al Falah dari Kampung Karamunting, Naib Johan Kumpulan Nur Jamieyah dari Kampung Gas, manakalan kumpulan Soutor Rahman dari Taman Merpati menyandang tempat ketiga.

Antara gambar-gambar yang sempat dirakam pada majlis tersebut.

Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan, Ketua Pemuda sedang menyampaikan ucapan alu-alaun

Antara Dif-dif jemputan yang turut bersama-sama menyerikan majlis.

Kelihatan YB Datuk, sedang menyampakan cenderakenangan kepada salah seorang Hakim

Tiba pula giliran Ketua Pemuda menyampaikan cenderakenangan kepada YB Datuk di atas kesudian merasmikan majlis


Kelihatan ruang Dewan Masyarakat dipenuhi oleh para penonton yang hadir



[ Johan Pertandingan ] Kumpulan Nur Al Falah sedang membuat persembahan


[ Tempat Ketiga ] Kumpulan Soutor Rahman ketika membuat persembahan







































Read more...

Singapore government dodges Malay education issue again

>> Saturday 6 March 2010

By Ben Bland (The Asia File)
Contrary to popular perception, Singapore does actually have a working Parliament, in which ministers are occasionally asked questions, some of which are not plants or attempts to crawl up the arse of a minister.


In Parliament yesterday, one such incident occurred, when Zaqy Mohamed, vice-chairman of the ruling People's Action Party's youth wing and an ethnic Malay MP, asked the education minister what was being done about the persistent educational under-performance of Malay students compared to Singaporeans of other ethnic backgrounds.


The problem is a serious and persistent one. Figures from the Education Ministry show that while Singaporean exam results have increased across the board over the last decade, the stark disparities between the city-state's main three ethnic groups remain.


In 2008, just 59.3% of Malay students achieved 5 passes at O-level, the exams taken by 15 and 16-year-olds, compared to 86.2% of Chinese and 73% of Indians.


The disparity, which appears to be particularly sharp when it comes to Maths and Science, seems embedded from a young age. While 89.6% of Chinese and 72.9% of Indian kids taking the Primary School Leaving Examination achieved A*-C grades in Maths, only 56.3% of Malay kids managed the same feat.


The only area where Malay students seem to come out on top, according to the government figures, is in terms of mother-tongue ability. 98.6% of Malay students taking the PSLE achieve an A*-C in their mother-tongue exam compared to 98.4% of Chinese and 96.7% of Indians.But despite the clear message of this data, the government, which tiptoes around racial issues because of fears of ethnic disharmony, does not appear willing to confront the problem.


In response to Zaqy's question, the education minister Ng Eng Hen said only that the performance by Malay students had been "stable" over the last decade, with some improvements in Malay and English.


While Zaqy wanted to know "what more can be done to help Malay students progress at the same rate, if not better, compared to their peers from the other race groups", Ng offered only vague platitudes, as he side-stepped the issue.


"Parents and families, of all races, can support students by ensuring that they attend school regularly, motivating them to work hard, and adopting good habits like reading widely," the minister said. "Community and self-help groups can also help families deal with problem issues related to finances, jobs and relationships, in order to create a more supportive home environment." In other words: nothing to do with me, mate.


It's not surprising to see the government dodging this intractable and controversial issue again. The question is whether the PAP's seeming indifference is motivated more by its over-arching self-help philosophy or by the fact that a Chinese-dominated party in a Chinese-dominated nation is not too bothered by the underperformance of the Malay minority. THE ASIA FILE


This article was taken from Asia File written by Ben Bland. What a stark data on the Malays performance in education field. Luckily in Malaysia, all races are guaranteed in their education rights. Racist Malaysian Goverment do actually provides few universities that enrolled students that didnt get good grades in their exams and also provides them financial support.


We have vernacular schools in Malaysia and it does help other races on their education strenght.
In the article, Ben Bland did mention on PAP not too bothered on fighting minority rights. On my previous article,i've stated 8% of Indians in Malaysia gets their own vernacular schools and also many kind assistance from the goverment.


Glad that the Malaysian goverment is more pragmatic in handling racial matter.

Read more...

LAWATAN YANG BERHORMAT LIM KIT SIANG

>> Thursday 4 March 2010

Yang Berhormat Lim Kit Siang melakukan lawatan ke Sabah sempena rumah terbuka DAP pada Tahun Baru Cina baru-baru ini. Lawatannya mendapat liputan yang begitu hebat terutama daripada media tempatan seperti Daily Express dan Borneo Post.


Saya sungguh kagum melihat kesungguhan beliau untuk meninjau dan menyelami masalah-masalah rakyat di Sabah terutamanya di pedalaman. Pelbagai isu yang berjaya beliau kupaskan dan paling menarik minat saya adalah tuduhan beliau yang mengatakan kaum pribumi di Sabah terutamnya daripada kaum Kadazan, Dusun dan Murut telah di anak tirikan dan di tindas. Jutaan tahniah kepada beliau kerana hampir 30 tahun sudah menjadi ahli Yang Berhormat dan pemimpin unggul pembangkang pentas nasional barulah pertama kali beliau mengupas dan mengutarakan perihal itu. Tapi bab kata orang putih “It is never too late”.


Tindakan Yang Berhormat Lim Kit Siang pada kacamata saya adalah semata-mata mahu memainkan ataupun menyemarakkan api perkauman supaya parti Barisan Nasional yang di tunjang oleh UMNO di label sebagai sebuah Parti yang rasis. Malangnya bagi Yang Berhormat Lim Kit Siang isu seperti ini membuatkan saya percaya dan yakin, penduduk negeri Sabah yang cukup terkenal dengan sikap saling hormat menghormati dan penerimaan sesama kaum lain yang begitu erat pastinya tidak sama sekali akan termakan dengan agenda rasis DAP ini.

Mungkin beliau tidak sama sekali memahami ataupun mempelajari suasana politik di Sabah. Adakah beliau sudah lupa ada tiga parti Pribumi wujud di negeri Sabah. Parti Bersatu Sabah (PBS) yang di pelopori oleh Yang Berhormat Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, Parti Pasok Momogum (UPKO) di tunjang oleh Tan Sri Bernard Giluk Dompok, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang diketuai oleh Tan Sri Joseph Kurup. Adakah dengan kewujudan tiga parti pribumi Sabah masih lagi di anggap sebagai penindasan terhadap kaum Kadazan, Dusun dan Murut.

Yang nyata lagi disini, ketiga-tiga Presiden parti masing-masing mendapat kedudukan yang cukup tinggi dalam jawatan kerajaan. Mungkin Yang Berhormat Lim Kit Siang mudah lupa bahawa Yang Berhormat Datuk Seri Pairin Kitingan adalah juga Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Seri Maximus Ongkili Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah menjawat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Tan Sri Bernad Giluk Dompok pula merupakan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dan Tan Sri Joseph Kurup juga di lantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Ironinya di sini pula, Parti UMNO yang kononnya menindas kaum Kadazan, Dusun dan Murut hanya menduduki dua kerusi menteri kabinet pusat walaupun UMNO mempunyai lebihan kerusi Parlimen.


Saya sungguh tertarik dengan ungkapan kata-kata Tun Dr Mahathir “Melayu Mudah Lupa” kerana ianya lebih sesuai di ungkap kepada Yang Berhormat Lim Kit Siang sewaktu majlis pertabalan bekas Menteri Besar Perak Datuk Sri IR Nizar Jamaluddin telah di boikot oleh beliau kerana ketidakpuasan hatinya Yang Berhormat daripada parti PAS yang menduduki kerusi itu sedangakan parti DAP mempunyai kerusi DUN yang lebih daripada PAS. Lihat perbandingan yang ketara disini, walaupun UMNO Sabah mempunyai kerusi yang lebih Alhamdulillah tidak ada suara yang sumbang di dengari dan juga langsung sama sekali tidak ada unsur-unsur boikot di praktikan. Siapa yang sebenarnya mengamalkan sikap rasis, tepuk dada tanya selera.

Yang Berhormat Lim Kit Siang mungkin sudah mengalami masalah ingatan yang serius di sebabkan faktor usianya kerana Kerajaan pimpinan DAP di Pulau Pinang sama sekali tidak memberikan tempat kepada Adun Pas di barisan exco kerajaan negeri. Berlainan kes di Sabah, Tan Sri Joseph Kurup telah diberikan tempat yang cukup istimewa walaupun PBRS hanya mempunyai satu kerusi parlimen dan Tan Sri sendiri mengakui yang PBRS hanya sebuah parti komponen Barisan Nasional yang tidak mempunyai pengaruh yang luas dan kuat. Sebaliknya Kerajaan Barisan Nasional yang mengamalkan sikap saling percaya mempercayai dan keterbukaan memberi peluang kepada Tan Sri Joseph Kurup supaya parti PBRS dapat meneruskan perjuangan bagi kaum Murut. Bukankah ini satu perilaku yang ikhlas oleh kerajaan Barisan Nasional. Kes yang berlaku di negeri Kedah pada pertengahan tahun 2009 paling memualkan dan jelas menunjukkan sikap para pemimpin DAP yang ekstrem apabila memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat hanya gara-gara pusat penyembelihan babi di arah untuk berpindah bukan di tutup walaupun Kota Alor Star yang diduduki seramai 85 peratus penduduk Islam. Dimanakah sikap toleransi pemimpin DAP dan kenapakah tidak ada tindakan disiplin di kenakan kepada meraka ini? Adakah para pemimpin DAP kebal daripada tindakan disiplin walaupun tindakan yang dilakukan oleh mereka lebih teruk daripada Yang Berhormat Datuk Seri Zahrain, Yang Berhormat Tan Tee Beng dan Yang Berhormat Zulkifli Nordin.


Yang Berhormat Lim Kit Siang juga seharusnya mempelajari lanskap politik di negeri di bawah bayu dan janganlah suka menunjukkan sikap ataupun pemikiran komunis di negeri Sabah. Ini kerana beberapa bahagian UMNO di Sabah di tunjang oleh pemimpin-pemimpin daripada kaum Kadazan, Dusun dan Murut. Ketua Bahagian Penampang, Ketua Bahagian Tenom, Ketua Bahagian Kota Marudu, Ketua Bahagian Ranau dan Ketua Bahagian Pensiangan semuanya diketuai daripada kaum-kaum tersebut. Namakan satu bahagian DAP diketuai oleh kaum Melayu selain daripada kaum Tiong Hua ataupun India. Bayangkan setelah hampir 53 tahun kita merdeka barulah ada satu cawangan Melayu di tubuhkan oleh DAP. Cakap Tak Serupa Bikin. Yang Berhormat Lim Kit Siang sekali lagi kami Pemuda UMNO Batu Sapi mengingatkan secara hormat supaya jangan mainkan isu sebegini rupa kerana ianya hanya membuka kelemahan dan pekung Parti Sosialis kamu itu sendiri.


Dari segi kemajuan di kawasan kaum Kadazan, Dusun dan Murut serta keseluruhan kawasan pedalaman memang di akui agak mundur dan masih banyak perkara-perkara yang harus dilakukan. Harus disedari yang parti Barisan Nasional baru memerintah selama 15 tahun dan sebelum ini di perintah oleh parti USNO, Berjaya dan PBS, oleh yang sedemikian rupa memanglah jarak perbezaan 35 tahun dari segi pembangunan dan sosio ekonomi wujud. Berkat kesungguhan kerajaan Barisan Nasional jarak perbezaan kemajuan dan sosio ekonomi dapat di kurangkan. Ini memang jelas dapat di lihat oleh rakyat jelata Sabah jika di bandingkan dengan pimpinan kerajaan terdahulu. Keadaan Jalan Raya, Sekolah dan juga infrastruktur asas yang lain bertambah baik dan banyak. Kerajaan Barisan Nasional sedar betapa banyak perkara yang harus di percepatkan kemajuan di negeri Sabah supaya dapat bersaing dengan Semenanjung Malaysia. Atas kesedaran itulah, Perdana Menteri kita, Datuk Sri Muhammad Najib melantik Dato Sri Shafie Afdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah demi memastikan kemajuan luar bandara terutamanya negeri Sabah dan Sarawak terjamin. Adakah ini satu diskriminasi terhadap kaum Pribumi?


Harus di ingatkan supaya, kita sebagai rakyat Sabah tidak termakan dengan sentimen kaum yang di permainkan oleh Yang Berhormat Lim Kit Siang. Seharusnya kita melihat dan membuat kajian terhadap latar belakang kehidupannya dan ideologi perjuagan politiknya. Sabah adalah sebuah negeri yang cukup indah dari segi sikap penerimaan dan keterbukaan sesama kaum. Marilah kita bersama-sama memelihara tradisi yang cukup cantik ini.

Khairul Firdaus (Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi)

Read more...

Sesi Pengambilan Khas Pelajar kerjasama dengan Kolej Yayasan Sabah

>> Wednesday 3 March 2010

Assalammualaikum pada semua warga batu sapi,
Pemuda Batu Sapi dengan kerjasama Kolej Yayasan Sabah akan mengadakan sesi pengambilan
khas Pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke kursus peringkat sijil. Tarikh pendaftaran adalah 15 Mac di Kota Kinabalu dan ianya terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan 17 tahun ke atas. Semua kos penginapan, makanan dan pengajian ditanggung percuma. Pelajar yang berminat hanya perlu menanggung kos ke Kota Kinabalu. Sesiapa yang berminat boleh email nama dan nombor telefon ke precious_child80@yahoo.com atau pemudabatusapi@gmail.com . Pastikan nama dan maklumat berkenaan di hantar sebelum 12 Mac. Terima Kasih

Read more...

UMNO RASIS?

>> Monday 1 March 2010

Kerajaan Barisan Nasional yang di tunjang oleh Parti UMNO telah memerintah Negara Malaysia tercinta sejak merdeka lagi. Kini, UMNO dilabelkan sebagai sebuah parti yang ekstreme dan rasis serta melakukan kezaliman yang amat sangat.

Selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Sapi amat sukar bagi saya menerima label sebegitu rupa. Marilah kita bersama-sama mengkaji adakah perkara tersebut benar dengan hati yang iklhas, fikiran yang terbuka dan kajian yang adil.

Negara Malaysia kita yang tercinta ini, rakyatnya menganuti pelbagai agama serta mempraktikkan variasi budaya. Rumah ibadat bebas di didirikan malah kerajaan memberikan dana dan juga geran dari segi pembangunannya. Walhal, di Negara yang kononnya mengamalkan semangat demokrasi sejagat seperti Switzerland, Holland, Norway dan kebanyakkan negara-negara Eropah tidak membenarkan kubah masjid di bina di negara mereka. Negara China pula tidak membenarkan pembinaan gereja baru malah setiap upacara keagamaan pastinya ada kehadiran pegawai kerajaan untuk memantau demi memastikan tidak ada sebaran ideologi barat. Negara Arab pula tidak membenarkan rumah ibadat yang lain di bina selain Masjid. Apakah Kerajaan Malaysia yang kononnya zalim dan rasis mengamalkan sikap sedemikian rupa?

Rakyat pelbagai kaum di Malaysia juga bebas untuk menggunakan nama kaum ataupun bahasa ibunda masing-masing ke atas pengenalan diri. Negara Indonesia, Thailand dan Filipina tidak membenarkan rakyatnya menggunakan nama kaum serta bahasa ibunda masing-masing di pergunakan ke atas pengenalan diri. Malangnya, kerajaan kita masih lagi dikategorikan sebagai rasis dan zalim. Budaya setiap kaum di Malaysia boleh di praktikkan dengan bebasnya. Kerajaan Indonesia hanya selepas 10 tahun mengiktiraf perayaan tahun baru Cina. Sebaliknya, kerajaan Malaysia sudah mengiktiraf semenjak kemerdekaan lagi. Setiap perayaan kaum di Malaysia pastinya akan di berikan cuti umum oleh kerajaan. Adakah perkara ini berlaku di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, China, Turkey, Arab Saudi dan banyak lagi negara-negara yang lain. Di Malaysia walaupun saudara kita yang berbangsa India hanya lapan peratus sehingga sepuluh peratus tetapi perayaan mereka seperti Thaipussam dan Deepavali mendapat cuti umum. Ini adalah sebagai satu langkah kerajaan menerima keunikan perayaan kaum masing-masing.

Dari segi pendidikan pula, kerajaan membenarkan malah tidak pernah sama sekali menghalang pembinaan sekolah vernacular. Di Negara Singapura, di mana majoritnya penduduk Tiong Hua tidak mempunyai aliran pendidikan Mandarin. Di negara seperti Filipina, Indonesia dan Thailand juga tidak mempunyai sekolah vernacular. Usaha kerajaan Malaysia untuk melahirkan sebuah sekolah wawasan atau satu sekolah untuk semua kaum di anggap pula oleh sesetengah pihak sebagai rasis. Hanya di Negara Malaysia sahaja di mana kerajaannya membenarkan sekolah vernacular di tubuhkan dan perkara ini tidak berlaku di mana-mana negara yang lain. Ini jelas menunjukkan sikap keterbukaan dan sikap toleransi kerajaan Malaysia. Malangnya, sekali lagi Kerajaan digelar rasis.

Dari segi perspektif ekonomi pula, Dasar Ekonomi Baru (DEB) sentiasa di anggap sebagai polisi yang cukup berat sebelah. 30 peratus itu sering kali di anggap cukup tidak adil. Walaupun 70 peratus itu masih bebas penyertaannya. Kalau benar 30 peratus itu di anggap tidak adil, di mana logiknya kenyataan itu kerana sepuluh individu yang terkaya di Malaysia hanya satu dan itu pun dalam kedudukan nombor 7 diduduki oleh bangsa Melayu. Kita juga sering lupa yang sejak kemerdekaan lagi kerajaan membenarkan industri gula di monopolikan oleh Tan Sri Robert Kuok. Adakah Tan Sri Robert seorang Melayu? Kerajaan juga hanya memberikan lesen TV Satelit kepada Tan Sri Ananda Krishan. Adakah Tan Sri Ananda Krishan seorang Melayu? Jika dilihat dari segi prinsip demokrasi pula bukankah pihak yang majoriti mempunyai keistimewaan yang lebih? Untuk memulakan perniagaan di Dubai, China dan India polisi kerajaan mereka dengan jelas mengatakan perlu ada rakan kongsi tempatan ke atas syarikat-syarikat asing yang di mana ada sehingga 40 peratus.

Marilah kita sebagai rakyat Malaysia pelbagai kaum bersatu dan teruskan tradisi perpaduan kaum yang utuh selama ini supaya tidak tergugat. Tanpa perpaduan negara Malaysia tidak akan maju ke hadapan.

Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP