PENYERAHAN SURAT TAWARAN KPD PELAJAR KPTM

>> Sunday 22 August 2010

TARIKH ; 20 OGOS, 2010
TEMPAT ; SEKITAR KAWASAN BATU SAPI



Antara agenda Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi adalah memastikan semua golongan belia dan beliawanis di kawasan Batu Sapi mendapat tahap pendidikan yang lebih baik bagi memudahkan mereka mendapat peluang-peluang pekerjaan. Untuk itu, Pergerakan Pemuda UMNO batu Sapi telah berjaya mendapat kerjasama dari Kolej Poly-Tech MARA bagi mencapai hasrat dan hala tuju itu.
Pada 20hb Ogos, 2010, yang lepas, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah menyerahkan surat tawaran kepada 11 orang pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Peringkat Diploma di Kolej Poly-Tech MARA kampus Semporna. Khairul Firdaus selaku Ketua Pemuda telah menyampaikan sendiri surat tawaran tersebut dengan bergerak ke rumah pelajar terbabit.
Ketua Pemuda berharap semua pelajar terbabit akan menggunakan sepenuhnya peluang tersebut dan dapat melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Sementara itu, Encik Mastan Nasar, salah seorang bapa kepada pelajar merasa begitu terharu dengan usaha yang dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi dan mengucapkan berbanyak terima kasih atas pertolongan tersebut.



Pelajar pertama yang menerima surat tawaran tersebut



Disebabkan rumah yang jauh, surat tawaran hanya dapat diberikan di tepi jalan

Ketua Pemuda sempat memberi penerangan kepada pelajar yang berjaya


Belajarlah dengan bersungguh-sungguh...mungkin itulah yang diperkatakan oleh Firdaus



Restu daripada seorang bapa, encik Mastan (kiri) memberi sokongan kepada anaknya



Penyampaian surat tawaran kepada pelajar di Kampung Gas







Read more...

BANTUAN KEPADA BALU



TARIKH : 21HB oGOS, 2010
TEMPAT ; KAMPUNG BOKARA

Tepat jam 10:30 pagi, di Kampung Bokara Sandakan, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi di ketuai sendiri oleh saudara Khairul Firdaus bersama-sama dengan beberapa orang AJK Pemuda telah berkunjung dari rumah ke rumah untuk memberi bantuan kepada golongan balu dan wargatua.
Walaupun dalam keadaan cuaca yang panas terik di samping menjalani Ibadah Puasa, namun perjuangan untuk mambantu golongan yang memerlukan tetap juga diteruskan. Kunjungan dari rumah kerumah ini secara tidak langsung akan dapat Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi untuk menyelami sendiri kehidupan golongan tersebut.

Seramai 10 orang balu dan wargatua di kampung Bokara telah menerima bantuan berupa barangan keperluan harian daripada Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Menurut Ketua Pemuda, Program seumpama ini merupakan program tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi untuk setiap bulan Ramadhan. Tambah beliau lagi, walaupun bantuan yang diberikan tidak seberapa, tetapi beliau berharap ianya akan dapat meringakan beban kepada penerima khususnya di dalam menjalani Ibadah Berpuasa.



AJK Pemuda bersedia untuk membawa barangan keperluan

Ketua Pemuda mengetuai jentera bergerak dari rumah ke rumah

Kepuasan tergambar di wajah Firdaus apabila dapat bertemu sendiri dengan penerima


Salah seorang penerima yang sedang sakit


'Terima kasih banyak-banyak' Itulah yang diucapkan oleh makcik ni....



Ketua Pemuda sempat meluangkan masa untuk mendengar cerita Makcik ini






Read more...

MAJLIS BERBUKA PUASA

>> Friday 20 August 2010

TARIKH : 20HB OGOS, 2010
TEMPAT : MASJID NURUR RAHMAN, TAMAN MAWAR


Seperti pada tahun-tahun lepas, setiap kali menjelang bulan Ramadhan, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi akan mengadakan program majlis berbuka puasa di tempat-tempat terpilih khususnya di kawasan Batu Sapi.


Untuk tahun ini, Masjid Nurur Rahman Taman Mawar telah menjadi destinasi pertama untuk Program Majlis Berbuka Puasa anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Majlis telah diselitkan dengan sumbangan berupa wang saku kepada 10 orang anak-anak yatim di Taman Mawar. Dalam ucapannya, Ketua Pemuda menyeru kepada pihak-pihak yang berkemampuan untuk memberi sedikit sumbangan kepada mereka yang kurang mampu agar mereka dapat bersama-sama meraihkan kemeriahan sambutan Ramadhan dan Bulan Syawal akan datang.


Program turut diserikan dengan kehadiran YB Mejar (K) Datuk Samsudin Yahya yang turut memberi sumbangan kepada golongan fakir. Disamping itu juga, penceramah jemputan, Ustaz Asmin Asman dari SMK Agama telah memberi ceramah agama selepas solat maghrib.


Majlis telah diserikan dengan kehadiran YB Datuk Samsudin Yahya

Salah seorang anak yatim yang menerima bantuan

Ketua Pemuda begitu senang dengan anak yatim ini

Ketua Pemuda pada majlis berbuka puasa

Masyarakat Islam yang hadir

Turut kelihatan Puan khatijah (CDO) kanan sekali

Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP