KEBERANGKATAN BALIK PM

>> Thursday 23 September 2010

TARIKH : 16 SEPTEMBER, 2010
TEMPAT ; AIRPORT SANDAKAN


Sebaik sahaja selesai acara Perasmian JUARA RAKYAT Peringkat Negeri Sabah, tepat jam 12:30 tengahari, YAB Perdana Menteri yang kita kasihi telah berangkat pula ke Kota Kinabalu bagi acara sambutan Hari Malaysia.


Pergerakan Pemuda UMNO turut bersama-sama berada di Lapangan Terbang Sandakan bagi mengiringi keberangkatan YAB Perdana Menteri ke Kota Kinabalu.


Bagi pihak seluruh warga UMNO dan masyarakat Batu Sapi, mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Isteri di atas kesudian merasmikan JUARA RAKYAT Peringkat Negeri Sabah serta Pelancaran SUSU 1 MALAYSIA.

- 1 MALAYSIA, 1 MALAYSIA, 1 MALAYSIA -


Gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa mengiringi keberangkatan balik YAB Perdana Menteri ke Kota Kinabalu.






Mengambil kesempatan bergambar bersama para pemimpin yang berada di Sandakan





Read more...

RAYA SANA SINI


TARIKH : 15 SEPTEMBER, 2010
TEMPAT : KG SUNDANG / TMN PECKEY VALLEY / KG CAHAYA BARU


- BERAYA DI SANA SINI -

Seperti pada tahun-tahun sebelumnya, Rumah Terbuka Hari Raya Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi dibuat di Kampung-kampung Terpilih dan diadakan samada di rumah Ketua Pemuda Cawangan ataupun rumah Ketua Cawangan di kampung berkenaan.


Konsep Rumah Terbuka seperti ini diharapkan akan dapat mengeratkan lagi hubungan di antara masyarakat kampung dengan Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Pemilihan kampung pula adalah dibuat secara bergilir antara satu kampung dengan kampung yang lain.


Bagi pihak semua AJK Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi, Ketua Pemuda saudara Khairul Firdaus menyusun sepuluh jari memohon seribu kemaafan kepada semua warga UMNO khususnya di kawasan Batu Sapi.


"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"



Sambutan Hari Raya di Kampung Sundang
Majlis telah diadakan di Rumah Saparudin Abu yang juga merupakan Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi.








Sambutan Hari Raya di Taman Peckey Valley
Rumah Ketua Cawangan Kg Pakil Darat, Puan Samsiah telah terpilih untuk Majlis Rumah Terbuka Pemuda UMNO Batu Sapi.








Sambutan Hari Raya di Kampung Cahaya Baru
Saudara Japri Patomdang telah menjadi tuan rumah untuk Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri. Majlis turut diserikan dengan kehadiran beberapa orang ketua-ketua cawangan.






Read more...

BERAYA DI WAD KANAK-KANAK

>> Wednesday 22 September 2010

TARIKH : 14 SEPTEMBER, 2010
TEMPAT : WAD KANAK-KANAK HOSPITAL DUCHESS OF KENT



RAYA DATANG LAGI......

Sebut saja pasal Hari Raya...Semua orang pasti gembira, tidak kira Tua/Muda, Miskin/Kaya. Kanak-kanak merupakan golongan yang paling seronok bila tiba bulan Syawal. Tapi malangnya tidak semua orang dapat menyambut Kehadiran Aidilfitri sepertimana yang dikehendaki.Lebih-lebih lagi bagi mereka yang terpaksa Menyambut Kehadiran Syawal di Hospital.


Sehubungan, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah mengadakan Program Memberi duit Raya kepada kanak-kanak yang berada di wad, Hospital Duchess Of Kent Sandakan. Lebih kurang 30 orang pesakit kanak-kanak telah menerima duit raya dan buah tangan yang disampaikan sendiri oleh Ketuanya, saudara Khairul Firdaus.


Ketua Pemuda memberitahu, tujuan utama program ini dibuat adalah supaya kanak-kanak yang berada di wad dapat sama-sama meraih sambutan Hari Raya Aidilfitri. Program ini juga telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak Hospital Duchess Of Kent. Terima kasih pada Puan Erene bersama kakitangan beliau.



Terima kasih....itulah ungkapan dari kanak-kanak ini


Selamat hari Raya dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi


Antara kanak-kanak yang menerima rawatan


Pn Erene menerangkan sesuatu kepada Firdaus


Bergambar kenang-kenangan bersama petugas di HDOK

Read more...

BANTUAN DI KAMPUNG AIR

TARIKH : 08 SEPTEMBER, 2010
TEMPAT : KAMPUNG AIR



'RAKYAT DIDAHULUKAN - PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'

SEBAIK SAHAJA SELESAI PROGRAM DI KAMPUNG CENDERAMATA, PEMUDA UMNO BATU SAPI BERGEGAS PULA KE KAMPUNG AIR YANG MENJADI DESTINASI TERAKHIR PROGRAM BANTUAN DI BULAN RAMADHAN. SEPERTI JUGA DITEMPAT-TEMPAT PERSINGGAHAN SEBELUM INI, DI SINI SERAMAI 10 ORANG PENERIMA TELAH MENERIMA SUMBANGAN BERUPA BERAS DAN DUIT RAYA DARI PERGERAKAN PEMUDA.


KONSEP TETAP SAMA....BERKUNJUNG DARI RUMAH KE RUMAH. WALAUPUN JAM MENUNJUKAN TEPAT PUKUL 11:30 PAGI, NAMUN CUARA YANG REDUP TELAH MENGUATKAN LAGI SEMANGAT AJK PEMUDA KERANA SESUNGGUHNYA PERBUATAN YANG IKHLAS DAN MURNI ITU AKAN MENDAPAT RAHMAT DARI ALLAH S.W.T.


TERIMA KASIH KEPADA PENGERUSI JKKKK, ENCIK JAFAR MUSTAPHA YANG TURUT MEMBANTU MENJAYAKAN PROGRAM TERSEBUT.




Ketua Pemuda sentiasa menghormati orang yang lebih tua


Terimalah seadanya....itulah yang mampu diucapkan oleh Ketua Pemuda


Sayangilah mereka yang memerlukan bantuan


Kegembiraan jelas terbayang di wajah makcik ini


Semuanya akan menjadi kenangan pada Ketua Pemuda


Berkumpul sebelum memulakan program


Salut pada Bro Jafar (depan sekali)...membantu hingga ke akhir program

Read more...

BANTUAN DI KG CENDERAMATA

TARIKH : 8 SEPTEMBER, 2010
TEMPAT : KAMPUNG CENDERAMATA


SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN FAKIR, BALU DAN ANAK YATIM DITERUSKAN LAGI KHUSUSNYA DI BULAN YANG MULIA INI. WALAUPUN DALAM KEADAAN BERPUASA, NAMUN IANYA BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG KEPADA PERKERAKAN PEMUDA UMNO BATU SAPI UNTUK MEMBANTU GOLONGAN YANG BENAR-BENAR MEMERLUKAN.


TEPAT JAM 10:30 PAGI, KETUA PEMUDA BERSAMA-SAMA DENGAN BEBERAPA ORANG AJK PEMUDA TELAH BERKUMPUL DI KAMPUNG CENDERAMATA UNTUK MEMULAKAN AKTIVITI. DENGAN DIBANTU OLEH ENCIK MUKARAMAH, PROGRAM BERJALAN DENGAN BEGITU LANCAR.


KONSEP BERJALAN DARI RUMAH KE RUMAH YANG DIPRAKTIKAN SELAMA INI AMAT BERKESAN DAN TELAH MENCAPAI MATLAMAT YANG DIKEHENDAKI. DENGAN KONSEP SEDEMIKIAN RUPA, PERGERAKAN PEMUDA SECARA TIDAK LANGSUNG DAPAT MENYELAMI SENDIRI KEHIDUPAN MASYARAKAT YANG MEMERLUKAN BANTUAN.




"DOA" Tanda bersyukur dengan apa yang diterima


Berjumpa sendiri dengan penerima....Itulah konsep Pemuda Batu Sapi


Penerima merupakan seorang Anak Yatim Piatu


Ajak Sadikal (AJK Pemuda) masih mampu tersenyum


En Mukaramah (baju Hijau) menunjukkan jalan kepada rombongan Pemuda


Ketua Pemuda mengetuai rombongan Pemuda


Berehat seketika

Read more...

MAJLIS BERBUKA PUASA

>> Sunday 19 September 2010

TARIKH : 7 SEPTEMBER, 2010
TEMPAT : RUMAH EBRAHIM TAHIR



Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah mengadakan majlis berbuka puasa di rumah Ebrahim Tahir yang juga merupakan salah seorang AJK Pemuda UMNO Bahagian. Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran ketua Puteri UMNO Batu Sapi berserta dengan AJK Puteri dan beberapa orang Ketua Cawangan.



Ketua Pemuda berharap program sedemikian rupa akan membawa kepada keakraban yang lebih erat khususnya di dalam merancang sebarang aktiviti bersama. Pada majlis yang sama, Ketua Pemuda turut menyampaikan sumbangan berupa tudung kepada Pergerakan Puteri UMNO Batu Sapi.


Makan Timeeeeee...


Turut kelihatan, Ketua Penerangan dan Bendahari Pemuda


Ketua Cawangan yang turut sama pada majlis tersebut


Penolong Setiausaha Pemuda juga turut kelihatan


Ketua Puteri sedang sibuk menyediakan juadah

Pemuda dan Puteri, pemimpin pelapis UMNO Batu Sapi


Simbolik penyerahan, Firdaus menyerahkan tudung kepada Puan Latipah(Ketua Puteri)

Read more...

BANTUAN BALU DI KARAMUNTING

TARIKH : 07 SEPTEMBER, 2010
TEMPAT : KAMPUNG KARAMUNTING



TANGAN YANG MEMBERI, ADALAH LEBIH BAIK DARI YANG MENERIMA.....
BERSEDEKAH DI BULAN RAMADHAN ADALAH SATU AMALAN YANG MULIA....

Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi meneruskan Program Membantu Golongan Balu dan Fakir Miskin bersempena dengan Bulan Ramadhan. Kampung Karamunting menjadi sasaran utama untuk program kali ini. Seramai 20 orang yang terpilih telah menerima bantuan berupa beras dan wang tunai, dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi.


Sepertimana program-program sebelum ini, program ini dijalankan secara berkunjung dari rumah ke rumah. Tanpa mengira lapar dan dahaga terutamanya di bulan Ramadhan, program diteruskan juga demi untuk mencapai hasrat dan hala tuju Pemuda untuk membantu golongan yang memerlukan.


Dalam kenyataannya, Ketua Pemuda memberitahu, program dari rumah ke rumah merupakan satu aktiviti yang berkesan kerana ianya akan mendekatkan pemimpin dengan masyarakat setempat. Selain daripada itu juga, program sebegini secara tidak langsung akan mengenalpasti mereka yang menerima bantuan adalah mereka yang benar-benar layak untuk menerimanya.



Sebahagian dari penerima sumbangan dari Ketua Pemuda


Masih mampu tersenyum...SUK membawa barangan yang diberikan kepada penerima


Begitu gembira sekali makcik ini setelah menerima bantuan dari Ketua Pemuda


Terimalah bantuan yang tidak seberapa ini makcik.......


Sambil menyelam...minum air....Ketua Pemuda cuba menyelami masalah yang dihadapi oleh masyarakat kampung


AJK Pemuda yang turut bersama-sama dalam program tersebut

Read more...

KUNJUNGAN KE RTM SANDAKAN

TARIKH : 7 SEPTEMBER, 2010
TEMPAT : JABATAN PENYIARAN SANDAKAN


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah membuat kunjungan ke RTM Sandakan dengan tujuan untuk menyerahkan "Hamper Hari Raya" dan Sumbangan majlis berbuka untuk kakitangan yang bertugas. Dikesempatan itu juga, saudara Khairul Firdaus telah membuat rakaman ucapan selamat Hari Raya melalui Radio Sandakan.


Menurut Ketua Pemuda, Program ini adalah sebagai tanda ucapan terima kasih kepada Jabatan Penyiaran Sandakan khususnya Sandakan FM yang sentiasa memberi kerjasama khususnya membuat penyiaran dan hebahan berkaitan dengan aktiviti Pemuda.


Beliau berharap kerjasama yang erat ini akan berterusan dan akan memberi kebaikan di antara kedua-dua pihak.


Khairul Firdaus sewaktu membuat rakam ucapan Selamat Hari Raya


Puan Rubiah, staff Radio Sandakan yang sentiasa memberi kerjasama


En. Dawang menerima hamper bagi pihak Bahagian Juruteknik


Ketua Pemuda menyerahkan hamper kepada Pn Rubiah

Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP