>> Wednesday 26 October 2011

TARIKH : 01 SEPTEMBER, 2011
TEMPAT : RUMAH NAIB KETUA PEMUDA



Majlis Beraya Bersama Pemuda UMNO Batu Sapi dimulakan dengan satu majlis rumah Terbuka yang telah diadakan di rumah Naib Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi, Pg Roslan Pg Nasrun. Semua Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian telah hadir dan beberapa orang pemuda-pemuda cawangan serta Ketua-Ketua Cawangan.


Menurut Pg Roslan, acara sedemikian telah menjadi lumrah setiap kali munculnya sambutan Hari Raya aidilfitri. Walaubagaimanapun, majlis rumah terbuka yang telah diadakan ini adalah khusus untuk rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu di dalam kerja-kerja pembelaan belia-belia di Batu Sapi 



Keempat-empat gambar di bawah menunjukkan suasana majlis rumah terbuka yang telah diadakan di rumah Naib Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi





Read more...

Bantuan Warga Emas Di Kampung Sundang

>> Thursday 13 October 2011

TARIKH : 28 OGOS, 2011
TEMPAT : KAMPUNG SUNDANG


Kampung Sundang merupakan tempat terakhir program Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi untuk sepanjang bulan Ramadhan. Di kampung ini, seramai 20 orang yang terdiri dari warga emas menerima bantuan dari Pemuda UMNO Batu Sapi. Ketua Pemuda mengetuai peangagihan bantuan yang berupa barangan keperluan asas dan wang tunai. Pengagihan dibuat secara bergerak dari rumah ke rumah penerima.

Menurut Ketua Pemuda pada akhir program, beliau bersyukur kerana kesemua program berjalan dengan lancar dan teratur. Walaupun bantuan yang diberikan tidak seberapa, namun ianya diharap dapat meringankan beban golongan yang memerlukan khususnya di dalam persiapan menyambut ketibaan Syawal. Beliau turut menambah, program berkunjung dari rumah ke rumah amat berkesan khususnya di dalam mengenal pasti segala permasalahan masyarakat di kawasan Batu Sapi.


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang turut membantu sepanjang Program dijalankan. Akhir kata Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut 1 Syawal.......



Gambar di bawah menunjukkan Ketua Pemuda ketika menyampaikan bantuan di kampung Sundang.

i



Read more...

Bantuan Anak Yatim & OKU Di Kg DiSayang

TARIKH : 28 OGOS, 2011
TEMPAT : KAMPUNG DI SAYANG


Selepas selesai mengagih-agihkan bantuan di kampung Tanah Merah, Ketua Pemuda bersama rombongan bergegas pula ke Kampung Di Sayang. Di kampung ini seramai 10 orang penerima telah mendapat bantuan dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Mereka yang terpilih adalah terdiri daripada anak-anak yatim serta OKU. Majlis telah diadakan di balairaya kampung berkenaan,


Ketiga-tiga gambar di bawah menunjukkan majlis penyerahan bantuan sempena bulan ramadhan yang disampaikan sendiri oleh Ketua Pemuda, saudaara Khairul Firdaus Akbar Khan.




Read more...

Bantuan Warga Emas Di Kg Tanah Merah

>> Wednesday 12 October 2011

TARIKH : 28 OGOS, 2011
TEMPAT : KAMPUNG TANAH MERAH


Kampung Tanah Merah tidak terlepas juga daripada senarai penerima bantuan yang disalurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Di kampung berkenaan, seramai 10 orang yang terdiri dari warga emas telah mendapat bantuan berupa barangan keperluan asas dan wang tunai. Bantuan telah diserahkan sendiri oleh Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus bersama beberapa orang AJK Pemuda dengan bergerak dari rumah ke rumah.


Kelihatan dalam gambar Ketua Pemuda ketika menyampaikan bantuan di Kampung Tanah Merah. Penyaluran bantuan di kampung ini telah mendapat bantuan dari Ketua Pemuda UMNO Cawangan Tanah Merah, saudara Abd Rahman Kangkong.





Read more...

BANTUAN BULAN RAMADHAN DI ZON KEPULAUAN

TARIKH : 28 OGOS, 2011
TEMPAT : ZON KEPULAUAN


Di saat-saat akhir di mana masyarakat Islam menunggu ketibaan 1 Syawal, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi meneruskan usaha membantu mereka yang memerlukan. Pergerakan Pemuda UMNO yang diketuai oleh Khairul Firdaus telah memberi bantuan bersempena dengan bulan Ramadhan untuk masyarakat kampung di Zon Kepulauan. 


Gambar di bawah menunjukkan Ketua Pemuda sedang menyampaikan bantuan kepada masyarakat kampung di Kg Asam-Asam Manis. Seramai 10 orang yang terdiri daripada warga emas dan balu disenaraikan sebagai penerima bantuan. Kelihatan juga, ketibaan Ketua Pemuda di sambut oleh Pemangku Ketua Cawangan Kg Asam Manis Bertuah, saudara Bahar Papar.
















Dua gambar di bawah menunjukkan Ketua Pemuda menyampaikan bantuan kepada golongan balu dan fakir untuk masyarakat Pulau Bambangan. Seramai 20 orang telah mendapat bantuan pada majlis tersebut. Bantuan berupa barangan keperluan asas dan wang tunai.












Di Pulau Sirabut, seramai 10 orang penerima yang terdiri daripada golongan fakir dan balu telah mendapat bantuan dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi bersempena dengan bulan yang mulia ini. Kelihatan dalam gambar di bawah Ketua Pemuda ketika menyampaikan bantuan, sementara gambar besar menunjukkan pemuda-pemuda cawangan ketika menyambut ketibaan rombongan Ketua Pemuda.






Di Pulau Trongliman, seramai 30 orang mendapat bantuan yang disalurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi, yang mana ianya adalah gabungan di antara masyarakat Kg Pulau Sanghai, Kg. Trongliman dan Kg Api-Api. Majlis telah diadakan di rumah Ketua Kampung Api-Api, Encik Sulang.




Read more...

BANTUAN MANGSA KEBAKARAN DI KARAMUNTING

TARIKH : 23 OGOS, 2011
TEMPAT : KAMPUNG KARAMUNTING


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi melahirkan rasa simpati di atas tragedi yang menimpa penduduk kampung di karamunting. Sebanyak 9 buah rumah telah habis di jilat api seawal jam 3 pagi. Lantaran daripada itu, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah menemui keluarga mangsa yang terlibat untuk memberikan bantuan. Bantuan telah disampaikan oleh Pen. Setiausaha Pemuda, saudara Azman Jambo yang mewakili Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus.


Gambar dibawah menunjukkan saudara Azman jambo menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terlibat dalam kebakaran. Semoga bantuan yang diberikan akan dapat meringankan beban yang ditanggung. Sementara gambar besar di bawah menunjukkan lokasi tempat berlakunya kebakaran tersebut.



Read more...

BANTUAN WARGA EMAS DI KG LUPAK MELUAS

>> Tuesday 11 October 2011

TARIKH : 20 OGOS, 2011
TEMPAT : MASJID KG LUPAK MELUAS


Destinasi terakhir untuk hari ini, 20 Ogos, 2011, adalah di Masjid Kg Lupak Meluas. Di Masjid ini seramai 20 orang yang terdiri daripada golongan warga emas telah mendapat bantuan dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Bantuan berupa barangan keperluan asas serta wang tunai telah disampaikan sendiri oleh Ketuanya, saudara Khairul Firdaus Akbar Khan.


Kelihatan dalam gambar di bawah Ketua Pemuda sedang mengagih-agihkan barangan keperluan asas dan wang tunai kepada para penerima.




Majlis di Masjid Lupak Meluas turut diserikan dengan majlis khatam quran oleh para pelajar KAFA. Kelihatan Ketua Pemuda sedang menyampaikan cenderahati kepada pelajar yang terlibat.




Read more...

BANTUAN FAKIR DI KG TABAH BARU

TARIKH : 20 OGOS, 2011
TEMPAT : KAMPUNG TABAH BARU


Selepas selesai mengagih-agihkan bantuan di Kampung Karamunting, rombongan Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi bergerak pula ke kampung berhampiran iaitu, Kampung Tabah Baru. Di kampung ini, seramai 10 orang telah terpilih sebagai penerima bantuan yang disalurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. 


Seperti juga di tempat-tempat yang sebelumnya, barangan yang diterima oleh mereka yang berkelayakan adalah berbentuk barangan keperluan asas serta wang tunai. Semoga bantuan yang dihulurkan dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh setiap penerima.


Kelihatan di dalam gambar Ketua Pemuda, saudara Khairul firdaus sedang memberi bantuan kepada penerima di Kampung Tabah Baru.





Read more...

BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN MINGGU KE 10/48

TARIKH : 20 OGOS, 2011
TEMPAT : KAMPUNG BAKAU


Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Tangan yang Menerima...

Sepanjang Bulan ramadhan, bantuan makanan tambahan untuk 110 kanak-kanak di Kampung Bakau telah diberikan pada sebelah petang. Ini adalah bagi menghormati bulan Ramadhan disamping mengajar kanak-kanak untuk bersama-sama berpuasa di bulan yang mulia ini.


Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Batu Sapi telah dibantu oleh pemuda cawangan Kampung Sundang Darat untuk mengagih-agihkan bantuan tersebut. Turut bersama-sama pada pembahagian tersebut adalah Ketua Kampung, KK Kamlun Hassan.


Keempat-empat gambar di bawah menunjukkan suasana yang sering berlaku masa pembahagian bantuan tersebut.





Read more...

Bantuan Balu/Warga Emas di Kampung Karamunting

>> Monday 3 October 2011

TARIKH : 20 OGOS, 2011
TEMPAT : KAMPUNG KARAMUNTING


Selepas Kg Bahagia dan Kg Gas, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi meneruskan Program bantuan sempena bulan Ramadhan di Kampung Karamunting. Seramai 20 orang yang terdiri daripada golongan Balu/Warga Emas telah terpilih untuk menerima bantuan.


Ketua Pemuda bersama-sama dengan beberapa orang AJK Pemuda telah bergerak dari rumah ke rumah untuk menyampaikan bantuan sambil dibantu oleh Pemaju Mukim Kg Karamunting, saudara Awang Yunus. Walaupun dalam keadaan hujan renyai namun usaha yang murni untuk membantu golongan yang memerlukan tetap diteruskan juga.


Gambar kecil di bawah menunjukkan Ketua Pemuda sedang menyampaikan bantuan kepada mereka yang telah disenaraikan oleh pemimpin masyarakat di Kampung berkenaan. Turut mengiringi Ketua Pemuda, Pemaju Mukim, saudara Awang Yunus (berbaju kuning)










KelihatanKetua Pemuda bersama-sama AJK Pemuda bergerak sambil membawa barangan yang hendak disampaikan kepada bakal penerima


Golongan warga emas tidak pernah dipinggirkan. Kelihatan dalam gambar Ketua Pemuda ketika menyampaikan bantuan kepada golongan warga emas.



Read more...

Bantuan Balu/Fakir di Kampung Gas

TARIKH : 20 OGOS, 2011
TEMPAT : KAMPUNG GAS


Seramai 20 orang yang terdiri daripada golongan Balu/Fakir telah disenaraikan oleh pemimpin masyarakat Kampung Gas untuk menerima bantuan dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi bersempena dengan Bulan Ramadhan ini. 


Bantuan telah dibahagi kepada dua kumpulan, iaitu 10 orang penerima diambil dari Kampung Gas Tengah, manakala 10 orang penerima lagi dari Kampung Gas Hujung. Seperti juga di tempat-tempat sebelumnya, bantuan yang diberikan adalah berbentuk barangan keperluan asas dan juga sedikit wang tunai.


Dua buah gambar di bawah menunjukkan Ketua Pemuda sedang menyerahkan sendiri bantuan kepada 10 orang Balu di kampung Gas Tengah. Pembahagian telah diadakan di Masjid kampung berkenaan.







Gambar di bawah menunjukkan Ketua Pemuda bersama dengan AJK Pemuda bergambar bersama Ketua Kampung Gas Hujung, Tuan Hj Misuawari yang telah diberi mandat untuk menyerahkan bantuan kepada mereka yang telah dikenal pasti.

Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP