SEMINAR MOTIVASI KENDERI DI SK BANDAR

>> Monday 23 May 2011

TARIKH ; 17 APRIL, 2011
TEMPAT ; SK BANDAR II, SANDAKAN


Sesuai dengan matlamat Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang mengutamakan pendidikan khususnya di dalam usaha untu meningkatkan mutu pendidikan serta keputusan yang cemerlang di kalangan para pelajar khususnya di kawasan Batu Sapi, satu Program Motivasi Kenderi telah diadakan di SK Bandar II, Sandakan, pada 17 ASpril, 2011.


Menurut Ketua Pemuda, program ini adalah bertujuan untuk memberi semangat baru kepada pelajar di samping cuba untuk mengingatkan para pelajar khususnya yang akan menghadapi peperiksaan UPSR agar lebih yakin dalam menghadapi kertas soalan.


Ketua Pemuda turut mengumumkan untuk menghadiahkan sebuah komputer riba kepada para pelajar yang akan mendapat 5A pada peperiksaan tahun ini. Selanjutnya, beliau memaklumkan bahawa program sedemikian rupa akan diteruskan di setiap sekolah khusunya yang berada dalam kawasan Batu Sapi.


Gambar kenangan bersama para pelajar,,,,,


Semangat yang baru di tunjukkan oleh pelajar.....


Ketua Pemuda menerima cenderakenangan dari Guru Besar sekolah.....


Para pelajar yang menghadiri seminar tersebut......

Read more...

SUMBANGAN KELENGKAPAN JENAZAH

>> Sunday 22 May 2011

TARIKH : 29 APRIL, 2011
TEMPAT ; MASJID KAMPUNG BAHAGIA


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi meneruskan program kerja-kerja amal dengan memberi bantuan kelengkapan/keperluan jenazah kepada Ahli Jawatankuasa Masjid. Bantuan tersebut akan diberikan kepada masyarakat kampung berkenaan khususnya mereka yang kurang berkemampuan terutama apabila berlaku keuzuran/kematian.


Kelihatan Ketua Pemuda sedang menyampaikan bantuan


Ketua Pemuda sedang berbincang sesuatu dengan Pengerusi Masjid

Read more...

PERSAHABATAN BOLASEPAK

TARIKH : 28 APRIL, 2011
TEMPAT ; PADANG BANDARAN SANDAKAN


Bersukan bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan malahan melalui sukan juga dapat mengeratkan lagi hubungan di antara satu dengan lain. Sehubungan dengan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan dengan kakitangan Majlis Perbandaran Sandakan, pada 28 April, 2011 di Padang Majlis Perbandaran Sandakan.


Ketua Pemuda berharap melalui persahabatan tersebut Pergerakan Pemuda setidak-tidaknya dapat bertukar-tukar pendapat dengan kakitangan Majlis Perbandaran Sandakan demi untuk memajukan belia-belia di kawasan Batu Sapi.



Bergambar sebelum perlawanan di mulakan...


Mengatur strategi ka....


Aksi dalam perlawanan tersebut.....

Read more...

PERJUMPAAN DENGAN PEMUDA CAWANGAN

TARIKH : 28 APRIL, 2011
TEMPAT ; KAMPUNG GELAM


Sessi perjumpaan dengan pemuda-pemuda cawangan amat penting untuk mengetahui segala permasalahan dan menyampaikan segala isu-isu yang berkaitan agar pemuda di peringkat akar umbi tidak mudah terpengaruh dengan hasutan dan dakyah pihak yang tidak bertanggungjawab.


Sehubungan, Pergerakan pemuda UMNO Batu Sapi telah melakukan jadual yang ketat untuk membuat perjumpaan dengan pemuda-pemuda cawangan. Yang terbaru, perjumpaan dengan pemuda-pemuda cawangan kampung Gelam telah dibuat di rumah Ketua Cawangan Kg Sungai Pukul, saudara Rahim Mohamad.


Selain mendengar masalah dan keperluan pemuda cawangan, Ketua Pemuda turut menyampaikan sumbangan jersi dan bola untuk kegunaan pemuda-pemuda di kawasan terbabit.



Sumbangan jersi buat pemuda di kampung gelam


Ketua Pemuda sedang memperkatakan sesuatu....


Sebahagian pemuda yang hadir di majlis tersebut...

Read more...

PERTANDINGAN MEWARNA PELAJAR TABIKA

TARIKH : 16 APRIL, 2011
TEMPAT : TABIKA KEMAS KG KARAMUNTING


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah menganjurkan Pertandingan Mewarna khas buat pelajar-pelajar Tabika Kemas Kg Karamunting pada 16 april, 2011. Kesemua pelajar telah mengambil bahagian walaupun pertandingan telah dibuat pada hari bukan masa sekolah.


Menurut Ketua Pemuda, pertandingan ini diadakan bagi mengisi masa lapang kanak-kanak khususnya pelajar-pelajar Tabika Kemas di samping cuba untuk melahirkan lebih banyak pelajar yang berminat dengan bidang seni. Selain daripada itu juga, ianya akan mengeratkan lagi hubungan sesama masyarakat kampung dengan kehadiran para ibubapa yang turut memberi sokongan pada anak-anak mereka.



Sebahagian dari kanak-kanak yang mengambil bahagian


Ketua Pemuda sempat beramah mesra dengan salah seorang pelajar


Ketua Pemuda sempat bertanyakan sesuatu pada salah seorang pendidik


Ibu bapa pelajar yang turut memberi sokongan

Read more...

PERJUMPAAN DGN MASYARAKAT KG LUPAK MELUAS LAUT

TARIKH : 16 APRIL, 2011
TEMPAT : KAMPUNG LUPAK MELUAS LAUT


Ketua Pemuda telah diundang ke majlis perjumpaan dengan wakil-wakil masyarakat kampung Lupak Meluas laut bagi mendengar permasalahan yang di hadapi oleh mereka. Antara permasalahan yang dihadapi oleh mereka adalah projek pembangunan yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan di kawasan perkampungan tersebut.



Antara gambar-gambar yang sempat di rakam semasa sessi perjumpaan tersebut...




Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP