Sumbangan Kelengkapan Jenazah D Tmn Mawar

>> Monday 28 March 2011

TARIKH ; 27 MAC, 2011
TEMPAT : MASJID NURUR RAHMAN, TAMAN MAWAR


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang diketuai oleh saudara Khairul Firdaus meneruskan Program Amal Jariah dengan memberi pakej kelengkapan/keperluan jenazah. Sebanyak 4 pakej keperluan/kelengkapan jenazah telah diberikan kepada Masjid Nuru Rahman, Taman Mawar.


Menurut Ketua Pemuda, keperluan/kelengkapan tersebut boleh diberikan kepada sesiapa sahaj yang memerlukan. Beliau menambah, program amal jariah ini akan diteruskan di seluruh masjid atau surau khususnya di kawasan Batu Sapi.



{ Kedua-dua gambar dibawah menunjukkan penyerahan sumbangan }



Read more...

Persahabatan Futsal Dgn Belia Kg Gas

TARIKH ; 26 MAC, 2011
TEMPAT ; GELANGGANG FUTSAL, BATU 4 SANDAKAN


Aktiviti bersukan bersama dengan pemuda-pemuda cawangan merupakan jalan yang terbaik untuk mendekati hati pemuda-pemuda khususnya pengundi-pengundi muda. Program sebegini secara tidak langsung dapat mengajak para belia mengamalkan cara hidup sihat disampirng menghidarkan mereka dari terlibat dengan aktiviti tidak sihat.



Menurut Ketua Pemuda, program sedemikian akan dilaksanakan dari semasa ke semasa demi untuk mengeratkan hubungan di antara Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi dengan pemuda-pemuda cawangan. Selain daripada itu, ianya juga akan dijadikan batu loncatan untuk mengetahui segala permasalahan di peringkat akar umbi.



Bergambar bersama dengan pemuda kg Gas hujung


Ketua Pemuda mendengar masalah di peringkat pemuda cawangan


Sebahagian dari aksi perlawanan


Salah satu aksi menarik dalam perlawanan tersebut

Read more...

Perasmian Takraw anjuran Kelab Wira

TARIKH : 26 MAC, 2011
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA KEBAJIKAN


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah bekerjasama dengan Kelab Wira Sandakan untuk menganjurkan kejohanan takraw tertutup Sandakan. Seramai lebih kurang 30 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.


Ketua Pemuda memuji pihak penganjur yang telah berjaya mengadakan aktiviti yang membawa kebaikan kepada golongan belia. Disamping itu, Ketua Pemuda turut menyeru kepada semua pasukan yang mengambil bahagian agar dapat menunjukkan mutu permainan yang baik. Saudara Khairul Firdaus turut mengumumkan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi akan menganjurkan kejohanan Sepak Takraw tertutup Sandakan bagi merebut Piala Pusingan, Dato Seri Hishamuddin Tun Hussien, naib Presiden UMNO Malaysia yang akan diadakan pada akhir bulan April, 2011.



Sepak mula sebagai tanda perasmian...


Khairul Firdaus ketika menyampaikan ucapan


Mengambil peluang beramah mesra dengan pasukan yang mengambil bahagian


Sebahagian dari aksi pasukan yang mengambil bahagian

Read more...

Futsal Tertutup Zon Bokara

>> Sunday 27 March 2011

TARIKH : 26 MAC, 2011
TEMPAT ; KAWASAN LAPANG, KAMPUNG BOKARA


Walaupun kejohanan hanya di buat di kawasan jalanraya, namun pihak penganjur telah berjaya menarik seramai 13 pasukan dari Zon Kampung Bokara. Kejohanan anjuran bersama di antara pemuda cawangan kampung Bokara dengan Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi ini diharap dapat menggiatkan belia-belia dengan aktiviti sukan disamping cuab mengelakkan mereka dari terlibat dengan gejala yang tidak sihat.


Pada masa yang sama, Pergerakan Pemuda UMNO batu Sapi turut menyumbangkan satu set tiang gol futsal untuk kegunaan belia-belia di kampung berkenaan. Menurut wakil belia di kampung tersebut, Tn Hj Azmir, pemberian tiang gol tersebut amat bermakna kepada para belia dan mereka berjanji untuk memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang diberikan tersebut.


Sebagai tanda simbolik penyerahan tiang gol futsal


Text ColourKetua Pemuda sempat bersenda gurau dengan pemuda-pemuda kampung bokara


Ketua Pemuda ketika menyampaikan ucapan


Sebagai tanda sokongan kepada perjuangan Parti UMNO

Read more...

Perjumpaan Dgn Pemuda Cawangan Kg Air

TARIKH : 25 MAC, 2011
TEMPAT : RUMAH KETUA PEMUDA CAWANGAN KG AIR


Mendekati pemuda-pemuda cawangan dengan membuat sessi perjumpaan merupakan satu cara yang lebih efektif untuk mengetahui segala permasalahan yang dihadapi oleh pemuda-pemuda serta belia-belia yang berhampiran.


Selain daripada itu, sessi perjumpaan sebegini juga akan memberi peluang kepada Ketua Pemuda untuk menyampaikan isu-isu semasa agar golongan pemuda dan belia tidak mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah dari parti pembangkang.



Ketua Pemuda bersama saudara Daud Awg Besar, Ketua Pemuda cawangan Kg Air


Para belia dan pemuda begitu asyik mendengar amanat yang disampaikan oleh Ketua Pemuda


Ketua Pemuda menyampaikan set jersy untuk kegunaan pemuda-pemuda

Read more...

Majlis Penutupan Sukan SK Gas

TARIKH : 20 FEBRUARI, 2011
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN SANDAKAN



Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah bekerjasama dengan pihak SK Gas bagi menjayakan program sukan tahunan SK Gas. Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah menyumbangkan kesemua hadiah-hadiah kejohanan untuk temasyah tahun ini.


Dalam ucapannya, Ketua Pemuda merasa terkilan kerana sukan tahunan SK Gas tidak dapat dijalankan tahun sebelumnya disebabkan tiada peruntukan untuk menjayakan sukan berkenaan. Beliau berharap agar perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana sukan merupakan aspek yang penting di dalam menjana akal fikiran yang cergas.


Selain daripada itu, saudara Khairul Firdaus mengumumkan untuk mengadakan Program Seminar Motivasi kepada pelajar-pelajar yang akan menghadapi UPSR. Dengan adanya program tersebut adalah diharapkan ianya akan melahirkan lebih ramai pelajar-pelajar yang akan mencapai keputusan yang lebih baik.



Kontinjen rumah sukan yang segak di perbarisan


Antara pengunjung yang hadir pada temasya tersebut


Ketua Pemuda sedang menyampaikan hadiah pd salah seorang pemenang


Ketua Pemuda bersama-sama dengan dif-dif jemputan


Ketua Pemuda menyampaikan ucapan perasmian

Read more...

Futsal Tertutup Kg Karamunting

>> Thursday 10 March 2011

TARIKH : 19 FEBRUARI, 2011
TEMPAT : GELANGGANG FUTSAL KG KARAMUNTING


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah menganjurkan futsal tertutup kg Karamunting di gelanggang futsal kg karamunting. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi, YB Datuk HJ Samsudin Yahya. Dalam ucapannya, YB Datuk berharap para pemain khususnya para remaja agar sentiasa berhati-hati kerana terdapat beberapa teempat gelanggang yang berlubang.


Sebelum itu, saudara Firdaus selaku Ketua Pemuda berharap agar semua para belia dapat memanfaatkan kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan. Selain daripada itu juga, beliau berharap semua pasukan yang akan menyertai kejohanan ini dapat menunjukkan semangat kesukanan.


Sebahagian dari pasukan yang mengambil bahagian


Sepakan penalti sebagai tanda simbolik acara perasmian


Golongan remaja tidak melepaskan peluang untuk turut menyertai kejohanan

Read more...

Kerosakan Gelanggang Futsal

TARIKH : 19 FEBRUARI, 2011
TEMPAT : GELANGGANG FUTSAL KAMPUNG KARAMUNTING


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah menerima laporan dari Belia-Belia di Kampung Karamunting berkaitan dengan kerosakan gelanggang futsal di tempat mereka. Menurut para belia di kampung tersebut, gelanggang yang baru saja disiapkan tetapi sudah banyak berlaku kerosakan dan ianya amat berbahaya kepada pengguna khususnya golongan belia.


Sehubungan, Ketua Pemuda saudara Khairul Firdaus telah membawa Ketua Bahagian UMNO batu Sapi, YB Datuk Hj Samsudin Yahya untuk meninjau sendiri kesahihan fakta tersebut.


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi berharap pihak-pihak yang terbabit dapat mengambil perhatian yang serius perkara ini, khususnya di dalam perlantikan kontraktor-kontraktor yang lebih mengutamakan keuntungan berbanding kualiti kerja.


SUK Pemuda menunjukkan kerosakan pada gelanggang tersebut.


Ketua Pemuda berbincang dengan Ketua Bahagian, turut kelihatan Timb. Ketua Bahagian


Kerosakan yang begitu jelas kelihatan dan berbahaya kepada pengguna

Read more...

Program Amal Jariah

TARIKH : 19 FEBRUARI, 2011
TEMPAT : MASJID KAMPUNG AIR


Program Amal Jariah, iaitu pembekalan peralatan/keperluan jenazah diteruskan lagi dengan sumbangan diberikan kepada Masjid Kampung Air, Sandakan. Pengerusi Masjid menyambut baik program yang dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO tersebut dan berkata ianya sememangnya benar-benar membatu golongan yang kurang berkemampuan sekiranya berlaku keuzuran.


Turut bersama-sama pada majlis penyampaian tersebut adalah YB Datuk Samsudin Yahya, Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi merangkap ADUN Kawasan Sekong.


Antara gambar-gambar yang sempat dirakam pada Majlis tersebut



Read more...

TARIKH : 19 FEBRUARI, 2011
TEMPAT ; BALAIRAYA KAMPUNG ISTIMEWA


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi meneruskan usaha untuk membantu pelajar-pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang di dalam apa jua peperiksaan samada di peringkat Sekolah Rendah ataupun peringkat Sekolah Menengah.


Pelajar yang lahir secara kembar di Kampung Istimewa telah membawa rahmat kepada kedua Ibubapa mereka apabila kedua-duanya telah mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan PMR. Jestetu itu, kedua-duanya telah mendapat bantuan daripada Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi yang juga berupa pelaburan di dalam unit-unit amanah yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad.


Majlis penyerahan turut disaksikan oleh YB Datuk Hj Samsudin Yahya, Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi merangkap ADUN Kawasan Sekong.


Bergambar sebagai kenang-kenangan bersama YB Datuk Samsudin Yahya


Kelihatan YB Datuk Samsudin Yahya sedang menyampaikan buku pelaburan

Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP