Doa Kesyukuran Di SK Karamunting

>> Friday 27 January 2012

09 SEPTEMBER, 2011 
SK KARAMUNTING


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah bekerjasama dengan pihak Sekolah Kebangsaan Karamunting dalam menjayakan Program Doa Kesyukuran khusus kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR. 


Guru Besar rasa amat berbangga dengan Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang sentiasa memberi kerjasama khususnya dalam meningkatkan mutu pelajaran di kalangan para pelajar. Beliau juga mengucapkan berbanyakterima kasih kepada Ketua Pemuda di atas segala bantuan yang diberikan demi untuk memastikan program tersebut berjalan dengan lancar.


Sementara itu, Ketua Pemuda mengingatkan kepada semua para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan agar sentiasa memastikan diri sentiasa bersedia dalam menghadapi kertas peperiksaan. Para pelajar juga diminta agar tidak mudah panik kerana sifat demikian akan mendatangkan masalah yang besar kepada mereka. Dalam pada itu, Ketua Pemuda berjanji akan memberikan sebuah LAPTOP  kepada pelajar yang berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR.



Gambar-gambar di bawah menunjukkan para pelajar yang hadir semasa Ketua Pemuda merasmikan penutupan Program.














Read more...

Majlis Raya Pemuda di Kg Cenderamata

10 SEPTEMBER, 2011 
KAMPUNG CENDERAMATA 


Majlis jamuan Raya Bersama Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi di Kg Cenderamata telah diadakan di rumah Ketua Kampung, Makcik Rokiah. Walaupun sambutan yang agak sederhana, namun begitu ramai belia dan beliawanis yang hadir pada majlis tersebut.


Dalam ucapan ringkasnya, Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kehadiran para belia pada majlis tersebut. Selain daripada itu, Ketua Pemuda turut memuji pada belia dan pemuda cawangan di Kg cenderamata kerana begitu aktif dalam mengadakan aktiviti yang berbentuk sukan.


Terima kasih pada tuan rumah yang mengizinkan majlis jamuan Raya bersama Pemuda dibuat di rumah beliau dan jutaan terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.










Read more...

MAJLIS JAMUAN RAYA DI KG GAS

>> Wednesday 18 January 2012

09hb September, 2011
Kampung Gas Tengah, Sandakan 


Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi diteruskan lagi. Kali ini Kampung Gas Tengah telah menjadi lokasi untuk jamuan Raya Bersama Pemuda. Di kampung Gas Tengah ini, rumah saudara Hamdan Titing, salah seorang AJK Pemuda UMNO Bahagian merupakan tempat jamuan diadakan. 


Dalam majlis ini, kehadiran pemuda-pemuda cawangan berserta dengan beberapa orang ketua-ketua cawangan jelas membuktikan betapa mereka amat menyokong penuh setiap aktiviti yang dijalankan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi.


Dalam ucapan ringkasnya, Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sokongan dan bantuan khususnya pemuda-pemuda cawangan di kampung berkenaan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Beliau juga berjanji akan mengerahkan tulang empat kerat bersama AJK Pemuda Bahagian untuk memastikan kepentingan dan kehendak belia-belia di kampung Gas sentiasa diberi perhatian.



Sebahagian daripada gambar yang sempat dirakam semasa program Rumah Terbuka Pemuda UMNO Batu Sapi yang dijalankan di kampung Gas Tengah









Read more...

BANTUAN MAKAN MINGGU KE 12/48 (KG BAKAU)

04hb September, 2011 
Kampung Bakau, Jalan Batu Sapi 


Program Pemuda Prihatin ( Bantuan Makanan Tambahan Secara PERCUMA) untuk 110 kanak-kanak di Kampung Bakau baru memasuki bulan yang ke tiga (3) daripada dua belas (12) bulan atau selama setahun seperti yang dijanjikan oleh Ketua Pemuda.


Program pembahagian makanan ini telah menjadi aktiviti mingguan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi kerana Ahli Jawatankuasa Pemuda sendiri yang mengagih-agihkan bantuan kepada kanak-kanak yang telah terpilih.


Program ini juga memberi peluang kepada AJK Pemuda untuk mendekati diri dengan masyarakat kampung, khususnya kampung yang terlibat dengan bantuan sedemikian.






Read more...

Majlis Raya Pemuda Di Kg Tinusa

09 SEPTEMBER, 2011 
KAMPUNG TINUSA BATU 7, SANDAKAN 


Disebabkan oleh penempatan semula yang dirancang oleh pihak kerajaan tempatan, ramai daripada kalangan Ketua-ketua cawangan di Bahagian Batu Sapi telah menetap di Kampung Tinusa Batu 7, yang terletak dalam kawasan UMNO Bahagian Libaran. Walaupun demikian, mereka ini tidak pernah tercicir daripada diary Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi.


Sehubungan, satu majlis jamuan Raya bersama Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus bersama Ketua-Ketua Cawangan terbabit telah diadakan di Rumah Tuan Hj Ambo Mido, Ketua Cawangan Kg Sundang Darat. 


Sambil menjamu selera bersempena dengan sambutan Hari Raya aidilfitri, Ketua Pemuda mengambil kesempatan untuk bertanyakan khabar ketua-ketua cawangan yang hadir. Beliau juga turut menerangkan antara objektif utama konsep jamuan raya yang dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi adalah mendekati masyarakat dengan lebih efektif.









Read more...

MAJLIS RAYA PEMUDA DI KG LUPAK MELUAS LAUT

02 SEPTEMBER, 2011
KAMPUNG LUPAK MELUAS LAUT


Masyarakat kampung Lupak Meluas Laut berkesempatan untuk beramah mesra dengan Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Sambutan/Jamuan Raya di kampung Lupak Meluas Laut telah diadakan di rumah Encik Raman Rabi, yang juga merupakan salah seorang AJK Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi.


Dalam majlis tersebut, Ketua Pemuda turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua masyarakat yang hadir. Beliau juga turut mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan yang telah diberikan oleh masyarakat kampung terhadap apa juga aktiviti Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi.




Gambar-gambar di bawah menunjukkan suasana semasa majlis yang telah dijalankan di kampung Lupak Meluas Laut. Terima kasih pada tuan rumah yang sudi menyediakan jamuan untuk majlis tersebut.








Read more...

>> Monday 16 January 2012

01 SEPTEMBER, 2011 
TAMAN MELANTA, JALAN BATU SAPI 


Sambutan/Jamuan Hari Raya Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi di Taman Melanta telah dibuat di Rumah salah seorang Ketua Cawangan, iaitu dirumah Pakcik Risyandi Latif Sakka. Di majlis berkenaan, Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus telah diberi peluang untuk berucap yang mana beliau telah menekankan kepada semua para belia yang hadir mengenai dengan konsep Rumah Terbuka Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi.


Objektif utama konsep Rumah Terbuka yang diadakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi adalah untuk mendekati sendiri masyarakat khususnya golongan belia dan beliawanis. Selain daripada itu, beliau berharap agar para belia terutamanya lepasan sekolah tidak muda terpengaruh dengan budaya tidak sihat yang boleh merosakan zaman remaja.



Antara gambar-gambar yang sempat dirakam semasa jamuan Hari Raya Pemuda UMNO Batu Sapi yang telah diadakan di Taman Melanta, Jalan Batu Sapi, Sandakan







Read more...

Bantuan Duit Raya di HDOK

02 SEPTEMBER, 2011
HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN


Di dalam kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri, tidak semua yang dirancang itu akan menjadi kenyataan. Begitulah nasib yang dihadapi oleh seramai lebih kurang 30 kanak-kanak yang terpaksa menyambut Hari Raya di wad Hospital Duchess Of Kent Sandakan kerana masalah kesihatan.


Untuk itu, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang diterajui oleh Ketuanya, saudara Khairul Firdaus Akbar Khan telah berkunjung ke wad kanak-kanak dengan memberikan barangan berupa hamper dan duit raya kepada kanak-kanak berkenaan.


Ketika ditemuramah oleh pihak akhbar, Khairul Firdaus memberitahu bahawa program ini merupakan siri kedua yang diadakan dimana pada siri pertama dibuat pada sambutan Tahun Baru Cina yang lepas. Beliau menambah program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa tidak kira dalam bentuk apa juga perayaan yang menjelang. Ianya sesuai dengan Gagasan 1 Malaysia yang diIlhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia.










Dua gambar besar di atas menunjukkan Ketua Pemuda sedang menyampaikan Hamper kepada Kakitangan Hospital di wad berkenaan. Manakala gambar paling bawah pula menunjukkan Ketua Pemuda sedang diberi penerangan mengenai para pesakit oleh salah seorang Doktor yang bertuga,

Read more...

Majlis Raya Pemuda Di Kg Bokara

02 SEPTEMBER, 2011
KAMPUNG BOKARA, SANDAKAN


Di Kampung Bokara, Majjlis Jamuan Raya Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah diadakan di rumah kediaman Tuan Hj Ameng. Majlis yang agak sederhana tetapi meriah kerana Jamuan Hari Raya ini turut dihadiri oleh kaum-kaum ibu. Lebih meriah lagi apabila majlis telah dikejutkan dengan kehadiran pelakon kanak-kanak Siri Sitcom Trio Bokara Chai.


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi mengucapkan berbanyak terima kasih khususnya kepada tuan rumah yang sudi menerima pelawaan dari Pemuda UMNO Batu Sapi untuk menjadikan rumah mereka sebagai lokasi jamuan tersebut.



Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP