LAWATAN KE PUSAT TUISYEN

>> Friday 21 May 2010

TARIKH : 16 MEI, 2010
TEMPAT : KAMPUNG GAS, KAMPUNG BAHAGIA & MASJID TAMAN MAWAR


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang diketuai oleh Encik Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan telah membuat lawatan secara mengejut ke pusat-pusat Tuisyen yang di taja oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Walau bagaimanapun, disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan, Ketua Pemuda hanya berkesempatan membuat lawatan di 3 tempat pusat tuisyen, iaitu: kg bahagia, kg. gas dan masjid Taman Mawar.

Menurut Ketua Pemuda, beliau sentiasa dari masa ke semasa memantau perjalanan kelas-kelas tuisyen tersebut agar ianya dapat mencapai matlamat yang diinginkan. Tambah beliau, sekiranya berjaya, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi akan melebarkan lagi kelas-kelas tuisyen ini ke setiap Zon di Bahagian Batu Sapi.

AJK Pemuda yang bersama-sama Ketua Pemuda semasa membuat lawatan mengejut

Para peserta sedang mengamati isi kandungan pembelajaran yang sedang diajar

Ketua Pemuda sedang memerhati teknik pengajaran kelas fardhu kifayah


Rombongan terpaksa berteduh semasa hujan lebat setibanya di kg Bahagia


Sebahagian dari kanak-kanak yang mengikuti kelas tuisyen di kg Gas


Ketua Pemuda sedang bertanya sesuatu kepada tenaga pengajar


AWAS !!!!!! Pengetua sedang membuat "spotcheck"






Read more...

Juara Rakyat di Tronglit

>> Thursday 20 May 2010

TARIKH : 14HB MEI, 2010
TEMPAT ; PULAU TRONGLIT

JUARA RAKYAT sempena Bulan Wanita & Keluarga, UMNO Bahagian Batu Sapi telah diadakan pada 14hb Mei, 2010, di Pulau Tronglit. Pelbagai acara telah disusun atur bagi memeriahkan lagi program tersebut, antaranya; pengambilan keluarga angkat, pertandingan bot laju, pertandingan tarik tali, futsal serta pameran daripada agensi-agensi kerajaan.

Pergerakan Pemuda UMNO sekali lagi di beri mandat untuk mengendalikan pertandingan futsal lelaki. Pertandigan ini telah menarik penyertaan yang memberangsangkan dimana 18 pasukan telah mengambil bahagian.

Dikesempatan yang ada ini juga, Pergerakann Pemuda UMNO Batu Sapi turut mengadakan mesyuarat cawangan pemuda UMNO bagi Zon Kepulauan.




YB Datuk Hj Samsudin merasmikan pertandingan futsal

Ketua Pemuda mengiringi YB Datuk untuk diperkenalkan kepada semua pasukan




Ketua Pemuda sempat beramah mesra dengan para peserta


Urusetia Pemuda sedang mengendalikan acara cabutan undi


Salah satu aksi futsal di pulau Tronglit


Para peserta sedang menanti ketibaan YB Datuk

Pen. Setiausaha (berdiri ditengah) bersama Naib Ketua Pemuda(berbaju kuning) dan AJK Pemuda yang terlibat


Ketua Pemuda turut menyertai pertandingan tarik tali


Para peserta menanti pelepasan untuk acara bot laju

Read more...

KURSUS BELIA BITARA

TARIKH : 9HB MEI, 2010
TEMPAT ; BALAIRAYA, KAMPUNG ISTIMEWA


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah menganjurkan Kursus Belia Bitara di kampung Istimewa. Para peserta terdiri daripada pemuda-pemuda cawangan serta belia-belia di kampung Istimewa. Kursus yang dijalankan bermula jam 08:00 pagi ini telah menarik minat hampir 45 orang peserta.

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri khususnya dikalangan golongan belia agar ianya tidak mudah untuk menerima sebarang anasir yang cuba untuk memesongkan akal fikiran mereka. Selain daripada itu juga ianya sebagai satu motivasi kepada golongan belia agar lebih berdikari khususnya di dalam menempah arus globalisasi masa kini.

Majlis penangguhan kursus telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj Samsudin Yahya, Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi, merangkap ADUN Kawasan Sekong. Atas maklumbalas yang baik, Ketua Pemuda, Encik Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan bercadang untuk mengadakan Kursus yang sama di setiap Zon di kawasan Batu Sapi.


YB Datuk menyampaikan cenderahati kepada salah seorang peserta kursus

Peserta kursus bergambar bersama-sama dengan YB Datuk dan Ketua Pemuda

Dari kiri: En. Nasib (Ketua Penerangan), Datuk Hassan Alban(penceramah), YB Datuk Hj samsudin, Ketua Pemuda, Setiausaha Bahagian & Ketua Puteri


Antara pengisian kursus



Kerja secara berkumpulan




Read more...

SUMBANGAN PELAJAR SK BAMBANGAN

>> Tuesday 11 May 2010

TARIKH : 8hb. Mei, 2010
TEMPAT : Kampung Bambangan


Seramai 20 pelajar yang kurang berkemampuan telah terpilih untuk menerima bantuan dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi berupa buku pelaburan Amanah Saham Wawasan 2020. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YB Datuk Hj Samsudin Yahya bagi menyempurnakan majlis berkenaan.

Dalam ucapannya, Ketua Pemuda berharap sumbangan ini akan menjadi peransang kepada pelajar-pelajar terbabit tentang pentingnya membuat simpanan demi untuk masa depan. Beliau juga memberitahu bahawa, konsep pelaburan terutama yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad merupakan satu instrumen pelaburan yang menguntungkan.

Dalam pada itu, YB Datuk Hj Samsudin turut memuji peranan yang dimainkan oleh Ketua Pemuda yang begitu perihatin khususnya kepada para pelajar yang kurang berkemampuan. Pada majlis tersebut YB Datuk turut merasmikan serentak mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO cawangan kampung Bambangan.




Para pelajar yang menerima sumbangan buku pelaburan bergambar bersama-sama dengan Ketua Pemuda dan YB Datuk


Salah seorang pelajar yang menerima sumbangan buku pelaburan ASW 2020


Nampak kegembiraan di wajah Ketua Pemuda bersama dengan pelajar yang menerima sumbangan

AJK Pemuda Bahagian makan tengahari bersama-sama pemuda UMNO Cawangan

YB Datuk bersama-sama dengan Ketua Pemuda sedang menjamu selera jamuan yang disediakan oleh masyarakat kampung




Read more...

MAJLIS INFO BISTARI


TARIKH : 8HB MEI, 2010
TEMPAT ; PADANG PERMAINAN, TAMAN PO HING

Ketua Pemuda telah menghadiri Jemputan Komuniti Bistari Taman Po Hing pada MAJLIS INFO BISTARI, yang diadakan di Padang Permainan Taman Po Hing. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj Samsudin Yahya, Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi merangkap ADUN Kawasan Sekong.
Pelbagai acara diadakan pada majlis tersebut, antaranya; pertandingan mewarna (kategori kanak-kanak), ceramah kesihatan, sessi dialog, pameran kesihatan dan sebagainya.

Ketua Pemuda sempat beramah mesra dengan mantan AJK pemuda, saudara Jefri (dua dari kiri)

Kanak-kanak yang mangambil bahagian dalam pertandingan mewarna

Ketua Pemuda duduk bersama-sama dengan dif-dif jemputan



Read more...

Pemuda UMNO Batu Sapi membantah sekeras kerasnya cadangan kerajaan membenarkan pertaruhan sukan di Malaysia

>> Monday 10 May 2010

Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi mengutuk dan membantah sekeras kerasnya cadangan Timbalan Menteri Kewangan Dato Dr Awang Adek untuk membenarkan pertaruhan sukan supaya di halalkan dari segi undang-undang.
Sebagai sebuah parti yang bertunjangkan perjuangan orang Melayu dan Islam sungguh mendukacitakan seorang pemimpin MT UMNO dan seorang timbalan menteri yang beragama Islam boleh menyokong dan mempertahankan cadangan ini.

Impak negatif terhadap cadangan ini amatlah besar sekali dan secara langsung konsep beramal melalui sukan akan hilang secara nyata.
Adakah kerajaan cuba menghantar mesej kepada generasi muda bahawa judi di galakkan di Malaysia? Adakah kita sanggup lihat anak-anak muda melihat sukan sebagai satu industri judi? Adakah kerajaan lebih prihatin dengan nasib sesetengah ahli perniagaan daripada rakyat keseluruhan?
Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi mahukan kerajaan melihat perkara ini secara ikhlas dan jujur ke atas cadangan menghalalkan pertaruhan sukan di negara Malaysia tercinta. Kami juga memohon supaya Majlis Tertinggi UMNO dapat melakukan ketetapan yang keras dalam perkara ini.



Pemuda UMNO Batu Sapi

Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP