Bantuan Balu/Fakir Di Kampung Bahagia

>> Thursday 29 September 2011

TARIKH : 20 OGOS, 2011
TEMPAT : KAMPUNG BAHAGIA


Kampung Bahagia, merupakan destinasi pertama untuk program bantuan kepada balu/fakir/warga emas/OKU yang diberikan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi untuk hari ini, 20hb Ogos, 2011. Di Kampung ini seramai 20 orang telah terpilih dan telah dikenalpasti layak menerima bantuan berupa barangan keperluan asas dan wang tunai bersempena dengan bulan yang mulia ini.


Walaupun dalam keadaan berpuasa, proses pembahagian bantuan di kampung Bahagia telah dijalankan dengan berkunjung dari rumah ke rumah setiap penerima. Ketua Pemuda mengetuai program ini dengan dibantu oleh beberapa orang AJK Pemuda.


Keempat-empat gambar menunjukkan Ketua Pemuda dan AJK Pemuda mengagih-agihkan bantuan kepada mereka yang telah disenaraikan oleh Ketua Masyarakat di Kampung Bahagia.





















Kelihatan AJK Pemuda UMNO  Batu Sapi sedang menurunkan barang-barang yang hendak diberikan kepada penerima di Kampung Bahagia.


Read more...

Bantuan Fakir di Kampung Gelam

TARIKH : 19 OGOS, 2011
TEMPAT : KAMPUNG GELAM


Pembahagian/Bantuan kepada Warga emas dan kanak-kanak OKU di Kampung Gelam, telah dilakukan di rumah Ketua Cawangan Kg Sungai Pukul, Encik Rahim Mohamad kerana bantuan diberikan selepas solat sunat Terawih.


Seramai 10 orang penerima yang terdiri daripada golongan warga emas dan kanak-kanak OKU mendapat bantuan dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi, berupa barangan keperluan asas serta wang tunai. Bantuan telah diberikan sendiri oleh Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus.



Keempat-empat gambar di bawah menunjukkan Ketua Pemuda sedang menyampaikan bantuan kepada mereka yang layak di Kampung Gelam






Read more...

Bantuan Balu & Majlis Berbuka Puasa Di Kg Bokara

>> Tuesday 27 September 2011

TARIKH : 19 OGOS, 2011
TEMPAT : MASJID NURUSHOLIHIN, KG BOKARA



 









Selain daripada memberikan bantuan kepada golongan balu, bertempat di Masjid Nurusholihin, Kg Bokara juga telah diadakan Majlis Berbuka Puasa bersama dengan masyarakat kampung.


Di kampung Bokara ini, seramai 30 orang yang terdiri dari golongan balu telah mendapat bantuan yang diberikan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi.Bantuan yang diterima sama seperti di kampung-kampung sebelum ini, iaitu barangan keperluan asa dan wang tunai. Selepasa acara penyerahan bantuan, Ketua Pemuda berbuka puasa bersama-sama dengan masyarakat kampung.


Ketiga-tiga gambar menunjukkan bantuan yang telah diberikan oleh Ketua Pemuda kepada para penerima di Kampung Bokara



Read more...

Bantuan Balu/Fakir/Wargaemas di Kg Air

TARIKH : 19 OGOS, 2011
TEMPAT : KAMPUNG AIR



 Ketiga-tiga gambar menunjukkan program pembahagian bantuan yang diberikan oleh Pergerakan Pemuda UMNO batu Sapi kepada golongan Balu/Fakir dan Warga Emas di Kampung Air.

Seramai 15 orang telah tersenarai menerima bantuan yang berupa barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai. Penyampaian dibuat sepertimana yang dilakukan sebelum ini, iaitu bergerak dari rumah ke rumah. Ketua Pemuda mengetuai sendiri majlis penyampaian dengan dibantu oleh beberapa orang AJK Pemuda bahagian.


Read more...

Bantuan Balu/Fakir di Kg Bukit Nenas

TARIKH : 19 OGOS, 2011
TEMPAT : KAMPUNG BUKIT NENAS 


Seramai 10 orang yang terdiri daripada golongan balu telah tersenarai untuk menerima bantuan dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi di bulan yang mulia ini. Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus mengetuai sendiri penyampaian dengan dibantu oleh beberapa orang AJK Pemuda Bahagian. 


Pembahagian telah dilakukan dengan bergerak dari rumah ke rumah, manakala barang yang diberikan merupakan barangan keperluan asas dan juga wang tunai. Menurut Ketua Pemuda, aktiviti bergerak dari rumah ke rumah ini merupakan satu program yang lebih menjurus kepada mendalami kehidupan sebenar masyarakat setempat.











Empat buah gambar di kiri dan kanan menunjukkan program yang telah dilakukan di kampung Bukit Nenas.




Kelihatan Ketua Pemuda bersama-sama dengan AJK Pemuda UMNO Bahagian memberikan bantuan kepada mereka yang benar-benar layak.

Read more...

Bantuan Makanan Tambahan Minggu Ke 9

>> Monday 26 September 2011

TARIKH : 14 OGOS, 2011
TEMPAT : KAMPUNG BAKAU


Masuk minggu yang ke 9, pengagihan bantuan makanan di bawah Program Pemuda Prihatin telah dilakukan oleh Penolong Setiausaha Pemuda. Seperti juga pada minggu sebelumnya, pengagihan berjalan teratur tanpa menghadapi sebarang masalah.  Semoga program ini akan memberi manfaat sepertimana yang diharapkan oleh Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi semasa membuat pelancaran pada bulan Jun yang lepas.



 Beginilah suasana setiap kali pembahagian dijalankan, walaupun ada ketikanya agak kelam kabut namun kesemua penerima yang didaftarkan sentiasa menerima bantuan mereka.....

Gambar dibawah menunjukkan Penolong Setiausaha Pemuda sempat merakam gambar bersama kanak-kanak yang menerima bantuan. 







Read more...

Bantuan Makanan Tambahan Minggu ke 8

TARIKH : 6HB OGOS, 2011
TEMPAT : KAMPUNG BAKAU


Program Pemuda Prihatin (Bantuan Makanan Tambahan) yang diberikan secara PERCUMA kepada 110 kanak-kanak di Kampung Bakau telah memasuki minggu yang ke 8. Alhamdullillah.....setelah dua bulan program ini dibuat semenjak dilancarkan, ianya sentiasa berjalan mengikut apa yang dirancang.


Selain daripada membantu mereka yang memerlukan, program ini juga dapat mendekatkan Pergerakan Pemuda dengan masyarakat setempat selain menjadi aktiviti mingguan kepada samada AJK Pemuda Bahagian mahupun pemuda-pemuda cawangan. Minggu yang ke 8 ini, pemuda cawangan Kg Sundang Darat telah turun padang bagi membantu mengagih bantuan kepada kanak-kanak yang mendapat perhatian.



Ketiga-tiga gambar dibawah menunjukkan pembahagian bantuan kepada kanak-kanak yang dilakukan oleh Pemuda cawangan Kg Sundang Darat sambil turut dibantu juga oleh Ketua Kampung Bakau, Pakcik Kamlum Hassan









Read more...

TARIKH ; 13 OGOS, 2011
TEMPAT ; KAMPUNG CENDERAMATA


Seramai 20 orang yang terdiri daripada golongan warga emas, anak yatim dan kanak-kanak OKU di Kampung Cenderamata telah mendapat bantuan sempena bulan Ramadhan dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Bantuan berupa barangan keperluan asas serta wang tunai disampaikan sendiri oleh Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus bersama beberapa orang AJK Pemuda Bahagian.


Rombongan Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah bergerak dari rumah ke rumah menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan dengan dibantu oleh Ketua Kampung Cenderamata, Makcik Rokiah.


Kelihatan Ketua Pemuda sedang menyampaikan bantuan kepada seorang warga emas


Gambar di bawah menunjukan Pen Setiausaha dan Ketua Penerangan menyampaikan bantuan kepada seorang kanak-kanak OKU



Seorang lagi warga emas yang mendapat perhatian


Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP