KARNIVAL SUKAN PEMUDA

>> Thursday 31 December 2009

TARIKH : 20 DISEMBER, 2009
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN SANDAKAN



PROGRAM PENDAFTARAN AHLI BARU UMNO DAN PENGUNDI BARU SERTA KARNIVAL SUKAN SEMPENA KEMPEN "PEMUDA BENCI DADAH" TELAH DIRASMIKAN OLEH NAIB PRESIDEN UMNO MALAYSIA, YB DATUK SERI MOHD SHAFIE HJ APDAL


PELANCARAN TELAH DIBUAT DI KOMPLEKS SUKAN SANDAKAN TELAH MENARIK HAMPIR 1,500 BELIA HADIR DENGAN PELBAGAI ACARA SUKAN DIPERTANDINGKAN. LEBIH GEMPAK LAGI APABILA KEHADIRAN YB DATUK SERI MOHD SHAFIE HJ APDAL TELAH DI ARAK SECARA KONVOI YANG DISERTAI OLEH 40 BUAH MOTORSIKAL, 20 KERETA VOLKSWAGON, 10 KERETA TEKSI, 20 KERETA KENARI DAN 10 KERETA MYVI.


ANTARA ACARA SUKAN YANG DIPERTANDINGKAN ADALAH; PERTANDINGAN BOLASEPAK SEMBILAN SEBELAH(9), TAKRAW, BOLATAMPAR, BOLAKERANJANG TIGA(3) SEBELAH, FUTSAL, PINGPONG DAN TARIAN SHUFFLE. TURUT DIADAKAN PAMERAN DARI JABATAN PENJARA, ANTI NARKOTIK (PDRM), PEMADAN SANDAKAN, KAUNTER JABATAN PENDAFTARAN NEGARA DAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA.



Khairul Firdaus menyematkan bunga roset kepada YB Datuk Seri Mohd Shafie Hj Apdal sebagai tanda ucapan terima kasih kerana sudi datang untuk acara perasmian.


YB Datuk Seri sempat bersalaman dengan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Batu Sapi yang turut bersama-sama menyambut ketibaan beliau di Kompleks Sukan Sandakan.


Khairul Firdaus menyampaikan cenderahati kepada YB Datuk Seri Mohd Shafie Hj Apdal sambil diperhatikan oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah, Encik Azman Hj Roslan dan Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya

Sebahagian dari golongan belia-belia yang hadir pada majlis perasmian di Dewan Bandminton, Kompleks Sukan Sandakan

Ketua Pemuda sedang menyerahkan sticker 'Pemuda Benci Dadah' kepada YB Datuk Seri untuk dilekatkan dikereta sebagai simbolik pelancaran Program "Pemuda Benci Dadah"


YB Datuk Seri Mohd Shafie Hj Apdal melakukan melekat sticker 'Pemuda Benci Dadah' di salah sebuah kereta yang telah dipilih.


ACARA BOLASEPAK SEMBILAN (9) SEBELAH
Acara bolasepak sembilan (9) sebelah merupakan acara yang paling mendapat sambutan, yang mana telah menarik 64 pasukan. Pihak pelaksana juga terpaksa menolak hampir 20 pasukan lagi disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan. Acara ini juga terpaksa dijalankan 3 minggu lebih awal bagi memastikan perlawanan akhir dijalankan pada 20 Disember, 2009.


Pihak Urusetia sedang sibuk memantau setiap perlawanan bagi memastikan ianya sentiasa berjalan dengan teratur dan lancar

Penolong Setiausaha, Encik Azman melakukan sepak mula sebagai tanda perasmian bolasepak sembilan (9) sebelah sempena karnival sukan Pemuda Batu Sapi.



Encik Azman sempat beramah mesra dengan sebahagian daripada pemuda-pemuda cawangan yang turut mengambil bahagian

Pasukan yang telah menjuarai kejohanan bolasepak sembilan (9) sebelah; pasukan penjara Sandakan (berbaju biru)


ACARA TAKRAW
Sebanyak 24 pasukan telah menyertai pertandingan takraw sempena Karnival sukan anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi ini. Kejohanan ini telah berlangsung selama dua hari dan telah dimenangi oleh pasukan Kenari.

Penolong Setiausaha bersama-sama dengan AJK Pelaksana kejohanan bergambar bersama-sama dengan para pemain


Penolong Setiausaha, Encik Azman Jambo sedang manyampaikan hadiah kepada para pemenang

ACARA BOLAKERANJANG TIGA (3) SEBELAH
Pertandingan bolakeranjang ini terdiri daripada 8 pasukan pilihan yang terdiri dari belia-belia dari kaum Tionghua. Ini menunjukkan Pergerakan Pemuda Batu Sapi turut menekan konsep 1 Malaysia dalam penganjuran Karnival Sukan ini.

Setiausaha Bahagian, Zantapha Zainal Abidin melambung bola sebagai tanda perasmian perlawanan akhir sambil diperhatikan oleh Setiausaha Pemuda


Encik Zantapha sedang menyampaikan hadiah pada para pemenang. Turut bersama-sama Setiausaha Pemuda dan Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Batu Sapi.

Urusetia merakam gambar kenang-kenangan bersama-sama dengan AJK Pemuda dan pasukan yang memenangi kejohanan


AUTOSHOW KATEGORI EXTREME & SOUNDSTREAM
Autoshow merupakan acara yang paling mendapat perhatian setiap pengunjung yang datang ke Karnival Sukan. Sebanyak 30 buah kereta jenis Perodua mengambil bahagian dalam acara tersebut. Pelaksana acara ini telah dikendalikan oleh ahli Kelab Kenarianz Zon Sandakan.

Antara kereta-kereta yang mangambil bahagian dalam kategori 'Soundstreame'


Difahamkan bahawa para peserta sanggup membelanjakan hampir ribuan ringgit demi untuk mendapat kualiti bunyi diidamkan.

Beginilah gelagat para peserta dalam membuat hiasan kereta mereka dengan pelbagai kreativiti bagi menarik perhatian juri.

Salah satu lagi kereta yang turut mengambil bahagian yang sempat dirakam oleh AJK Pelaksana. Difahamkan bahawa kereta ini turut mendapat perhatian para pengunjung.


Encik Azman sedang mengiringi Datuk Samsudin, Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi merangkap ADUN Sekong, melawat tapak Autoshow


Datuk Samsudin sendiri begitu tertarik dengan kreativiti yang ditunjukkan oleh para peserta dalam membuat hiasan kereta mereka.


Kelihatan Ketua Pemuda, Khairul Firdaus sedang menyampaikan hadiah pada salah seorang pemenang.


ACARA FUTSAL

Acara futsal juga merupakan salah satu acara yang paling ramai penyertaan dimana hampir 72 pasukan mengambil bahagian. Acara ini juga turut disertai oleh pasukan dari golongan beliawanis. Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi melaksanakan sepenuhnya acara Futsal ini.

Ketua Pemuda mengambil kesempatan untuk bergambar dengan pasukan yang berjaya masuk ke peringkat separuh akhir

Dua lagi pasukan yang berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir turut mengambil peluang bergambar bersama dengan Ketua Pemuda.


Salah satu aksi perlawanan akhir di antara belia Sundang dengan Belia Karamunting pada perlawanan akhir di mana keputusan memihak kepada Belia Karamunting.

.

Ketua Pemuda telah menyampaikan sendiri hadiah-hadiah kejohanan kepada para pemenang.











Read more...

KURSUS 'SMART SOLAT'

TARIKH : 26 & 27 DISEMBER, 2009
TEMPAT : ASRAMA KOMPLEKS SUKAN, SANDAKAN


BUAT PERTAMA KALINYA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BATU SAPI DENGAN KERJASAMA PERGERAKAN PUTERI UMNO BATU SAPI TELAH MENGANJURKAN KURSUS 'SMART SOLAT' YANG TELAH DIADAKAN DI ASRAMA KOMPLEKS SUKAN SANDAKAN.

SERAMAI 95 ORANG PESERTA YANG TERDIRI DARIPADA BELIA DAN BELIAWANIS MENGHADIRI KURSUS TERSEBUT. ANTARA OBJEKTIF UTAMA KURSUS ADALAH; MENGAPLIKASIKAN AMALAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN SEHARI-HARI SERTA MEMBERI TUNJUK AJAR BERKAITAN DENGAN AMALAN SOLAT YANG BETUL.

Para peserta sedang kusyuk mendengar ceramah yang telah disampaikan oleh salah seorang penceramah jemputan.

Perbincangan secara berkumpulan juga merupakan salah satu pengisian program "Smart Solat"

Kelihatan salah seorang tenaga pengajar sedang menerangkan sesuatu kepada para peserta kursus

Sebahagian daripada AJK Pemuda yang hadir pada majlis Perasmian Penangguhan Kursus "Smart Solat".


Ketua Pemuda sedang memperkatakan sesuatu kepada Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi, YB Mejar (K) Datuk Samsudin Yahya pada majlis tersebut.


Sebahagian dari para peserta yang telah menyertai kursus 'Smart Solat' yang telah diadakan baru-baru ini.

Sebahagian daripada aktiviti yang dijalankan dalam kursus "Smart Solat" tersebut.


YB Mejar (K) Datuk Samsudin Yahya berkesempatan menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil bagi peserta lelaki.

Sijil penyertaan juga turut disampaikan oleh YB Mejar (K) Datuk Samsudin Yahya kepada wakil bagi peserta wanita

Kelihatan Ketua Pemuda sedang menyampaikan cenderahati kepada Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi, YB Mejar (K) Datuk Samsudin Yahya, sebagai tanda ucapan terima kasih di atas kesudian merasmikan penangguhan kursus "Smart Solat", sambil diperhatikan oleh Naib Ketua Wanita (baju kurung hijau) dan Ketua Puteri, Puan Latifah.





















































Read more...

JAMUAN MAKAN (BBQ)

TARIKH : 26 HB DISEMBER, 2009 JAM 08:00 MALAM
TEMPAT : RUMAH KETUA PEMUDA BT SAPI, TAMAN GRAND VIEW, SANDAKAN


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah meraihkan kehadiran lebih kurang 70 orang ahli pemuda UMNO Bahagian papar yang di ketuai oleh saudara Amizan. Majlis jamuan makan malam (BBQ) yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah dihadiri lebih kurang 200 orang di rumah Ketua Pemuda, Saudara Khairul Firdaus Akbar Khan, di Taman Grannd View, Sandakan.

Antara Jemputan yang hadir termasuklah, Setiausaha Bahagian merangkap PKR Kawasan Sekong, saudara Zantapha Zainal Abidin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Batu Sapi, Puan Latifah, Ahli Jawatankuasa Pemuda dan Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Batu Sapi serta sebilangan kecil Ahli Jawatankuasa Pemuda Zon Lima.

Menurut Ketua Pemuda Batu Sapi, program sebigini rupa secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan siratul rahim di antara pemuda-pemuda Batu Sapi dan pemuda-pemuda Papar.


Ketua Pemuda Batu Sapi, Khairul Firdaus sedang menyampaikan ucapan alu-aluan pada malam tersebut.


Ketua Pemuda Papar, Saudara Amizan sedang menyampaikan cenderakenangan kepada saudara Khairul Firdaus sebagai tanda persahabatan yang telah terjalin diantara kedua-dua bahagian.

Kelihatan Setiausaha Bahagian UMNO Batu Sapi, saudara Zantapha Zainal Abidin (berbaju merah) bersama-sama dengan sebahagian Ahli Jawatankuasa Pemuda Batu Sapi.

Kelihatan Pemuda-pemuda cawangan di batu Sapi sedang membakar sayap ayam, antara juadah yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh para tetamu pada malam tersebut.


Ketua penerangan dan Bendahari Pemuda UMNO Libaran sama-sama meraihkan jamuan makan mala m tersebut.














Read more...

PEMUDA MASUK KAMPUNG

TARIKH : 26HB DISEMBER, 2009
TEMPAT ; KAMPUNG BAHAGIA

Program "Pemuda Masuk Kampung" diteruskan lagi setelah beberapa sessi sebelum ini telah mendapat 'response' yang baik dari pelbagai pihak. Sehubungan dengan itu, Kampung Bahagia telah terpilih untuk program 'Pemuda Masuk Kampung' kali ini.

Seramai 20 orang pelajar miskin telah terpilih mendapat bantuan dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang diketuai oleh Khairul Firdaus Akbar Khan, bantuan berupa beg dan peralatan sekolah. Objektif utama bantuan ini adalah cuba untuk meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan terutamanya sebelum bermulanya alam persekolahan.




Pengagihan bantuan peralatan sekolah telah mendapat bantuan dari Naib Ketua Wanita UMNO Batu Sapi, Puan Marlinah yang juga merupakan penduduk asal di Kg Bahagia. Turut kelihatan Juslian dan Azmi AJK Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi.


Siapa tahu, satu hari pelajar ini akan mengganti tempat Khairul Firdaus sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Sapi. Kelihatan Ketua Pemuda begitu senang dengan pelajar terbabit.

Tidak kira usia, Ketua Pemuda akan sentiasa memberi tanda hormat apabila berjumpa dengan seseorang. Setiap kali menyampaikan sumbangan, beliau tidak lupa untuk memberi kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar agar sentiasa menitikberatkan pelajaran.


Walaupun jauh berjalan, tapi keceriahan sentiasa terpancar di wajah Ketua Pemuda apabila dapat berjumpa sendiri dengan pelajar. Menurut beliau cara sedemikian secara tidak langsung akan dapat memberi peluang kepada beliau untuk berjumpa dengan pemuda-pemuda dan masyarakat kampung secara bersemuka.










Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP