AKTIVITI PEMUDA DI BULAN OGOS
>> Wednesday, 12 August 2009
PERJUMPAAN DENGAN PEMUDA-PEMUDA CAWANGAN
Program Pejumpaan dengan Pemuda-Pemuda Cawangan merupakan satu program yang dititikberatkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Melalui program sedemikian, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang diketuai oleh saudara Khairul Firdaus akan menyampaikan isu-isu semasa disamping mengenalpasti segala permasalahan yang dihadapi di peringkat akar umbi.

PROGRAM AMAL
Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi melakukan kerja amal, mengecat Masjid di Kampung Bambangan. Kerja amal ini dilakukan sebagai salah satu usaha untuk mengimarahkan lagi serta menarik golongan belia untuk mendekatkan diri dengan masjid.

MESYUARAT PERWAKILAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN TAHUN 2009
Tanggal 19hb Julai, 2009, sudah tentunya tidak dapat dilupakan oleh Saudara Khairul Firdaus bin Akbar Khan, selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian dimana telah berlangsungnya Mesyuarat Pertama Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian sejak beliau menerajui Kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Batu Sapi.
Mesyuarat tersebut telah diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan dan acara Perasmian telah disempurnakan oleh Encik Azman bin Haji Ruslan, Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah. Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh semua Ketua-Ketua Pemuda UMNO Zon Lima Sandakan.