PEMUDA MASUK PULAU
>> Sunday, 14 February 2010
TARIKH : 14 FEBRUARI, 2010
TEMPAT : PULAU TRONGLIMAN DAN SIBAUD ULU
Disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, hasrat Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi untuk membuat perjumpaan dengan Pemuda-Pemuda Pulau tidak berjaya. Namun pada 14 Februari, 2010, Ketua Pemuda bersama-sama dengan beberapa orang AJK Pemuda telah sampai di Pulau Trongliman dan Pulau Sibaud Ulu.
Program di Pulau Trongliman adalah untuk merasmikan kejohanan futsal 5 sebelah yang dianjurkan oleh Pemuda Cawangan Kg Trongliman. Tahniah diucapkan kepada pemuda Cawangan Trongliman di atas penganjuran tersebut.

Bot merupakan salah satu pengangkutan utama untuk sampai ke Pulau Trongliman dan Pulau Sibaud Ulu Kelihatan Naib Ketua Pemuda saudara Pg Roslan dan Pen. Setiausaha bersama-sama AJK Pemuda yang lain hadir pada majlis tersebut
Ketua Pemuda sedang menyampaikan ucapan alu-aluan dan perasmian



Selepas selesai saja perasmian di Kampung Trongliman, Ketua Pemuda bersama-sama AJK Pemuda bergegas ke Pulau Sibaud Ulu pula. Perjalanan dari Pulau Trongliman ke Pulau Sibaud Ulu mengambil masa lebih kurang 40 minit.






Cikgu Berahim menunjukkan ikan yang berjaya dipancingnya...walaubagaimanapun ikan tersebut dilepaskan semula sebab belum cukup umur untuk didaftar sebagai ahli UMNO...hahaha
0 comments:
Post a Comment