TARIKH : 30 JULAI, 2010
TEMPAT : PEJABAT MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN
Khairul Firdaus selaku Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi telah mengetuai hampir 70 orang pemuda menghantar Satu Memorandum kepada Presiden Majlis Perbandaran Sandakan sebagai tanda bantahan terhadap penggunaan tiga (3) bahasa pada papan tanda Dewan Masyarakat Sandakan. Pemuda UMNO Batu Sapi dalam memorandumnya meminta agar hanya Bahasa Melayu/Kebangsaan di gunakan pada papan tanda berkenaan.
Sebagai sebuah agensi kerajaan, pihak Majlis haruslah mengutamakan Bahasa Kebangsaan berbanding bahasa lain. Menurut Ketua Pemuda lagi, tindakan Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi bukanlah cuba untuk menjatuhkan mana-mana pihak tetapi ianya haruslah diambil sebagai satu teguran yang dapat memberi kebaikan pada mana-mana pihak.
Memorandum tersebut telah diterima oleh Setiausaha Majlis Perbandaran, Tn Hj Hamsan bagi mewakili Presiden yang dikhabarkan berada di Kota Kinabalu. Selepas menyerahkan memorandum tersebut, saudara Khairul firdaus bersama dengan beberapa orang AJK Pemuda Bahagian turut membuat laporan polis berkenaan perkara tersebut untuk rujukan dan tindakan yang bersesuaian.
S/U Majlis menurunkan tandatangan sebagai pengesahan penerimaan memorandum
Ketua Pemuda bersama Naib Ketua Pemuda menyerahkan memorandum kepada S/U MPS
Ketua Pemuda bersama-sama pemuda yang hadir
Ketua Pemuda sempat memberi penerangan kepada pemuda-pemuda cawangan
Read more...