INTENSIF KPD PELAJAR CEMERLANG PMR

>> Tuesday 20 July 2010

TARIKH : 16 JULAI, 2010
TEMPAT : SMK BATU SAPI

Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah menghargai perjuangan para pelajar khususnya yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Seramai 10 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) telah mendapat sumbangan berupa akaun Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) dari Pergerakan Pemuda UMNO yang diketuai oleh saudara Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan. Penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh Naib Ketua Pemudanya, saudara Pg Roslan Pg Nasrum.
Menurut Ketua Pemuda, melalui teks yang disampaikan oleh Pg Roslan, program sebegini secara tidak langsung akan menjadi impak kepada pelajar-pelajar lain untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Selain daripada itu juga, beliau ingin mengajak para pelajar untuk belajar menabung ke dalam unit amanah yang dapat memberi keuntungan yang lebih kompetitif. Tambah beliau, pemilihan pelaburan di dalam unit amanah yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad adalah berdasarkan kepada rekod pulangan yang diberikan kepada para pelabur adalah yang terbaik setakat ini.

Kelihatan En. Abd Taib, Pegawai Pemasaran ASNB Sandakan turut hadir pada majlis tersebut

Para pelajar sempat bergambar bersama-sama dengan Naib Ketua Pemuda

Pengetua menyampaikan cenderahati kepada Pg Roslan

Salah seorang pelajar yang ditemani oleh ibunya sedang menerima sumbangan buku pelaburan


Antara pelajar lelaki yang telah mendapat keputusan yang cemerlang





0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP