Sumbangan Kpd Pelajar Cemerlang
>> Friday 29 April 2011
TARIKH : 16 APRIL, 2011
TEMPAT : SEKITAR KAWASAN BATU SAPI
Mementingkan aspek pendidikan merupakan objektif utama Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi demi untuk memastikan golongan muda khususnya masyarakat Melayu agar mereka dapat bersaing dengan masyarakat lain di dalam mengharungi dunia yang cukup mencabar.
Jesteru itu, sebagai salah satu langkah untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar di kawasan Batu Sapi, Pergerakan Pemuda UMNO telah mengiktiraf para pelajar yang telah berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Mereka yang mencapai keputusan cemerlang telah diberi sumbangan berupa buku pelaburan Amanah Saham Wawasan 2020.
Menurut Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus, pemberian buku pelaburan ini juga sebagai salah satu cara untuk mendidik para pelajar agar sentiasa menanam sifat suka menabung demi untuk masa depan. Selain daripada itu juga, pemilihan pelaburan di dalam saham Amanah yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad juga adalah kerana percaya dengan pulangan yang kompetitif.

Read more...