AKTIVITI 15 APRIL, 2011

>> Wednesday 27 April 2011

TEMPAT : SURAU KAMPUNG BAKAU
PRORAM : SUMBANGAN KELENGKAPAN/KEPERLUAN JENAZAH


Pergerakan Pemuda UMNO yang diketuai oleh saudara Khairul Firdaus Datuk Akbar khan meneruskan bantuan berupa kelengkapan/keperluan jenazah bagi kegunaan masyarakat kampung yang memerlukan.


Pada program kali ini, sumbangan telah diberikan kepada Ahli Jawatankuasa Surau Kampung Bakau. Ketua Pemuda berharap bantuan tersebut dapat meringankan beban kepada keluarga ataupun masyarakat yang memerlukan.


Kelihatan Ketua Pemuda menyerahkan bantuan kepada Hassan Mohamad


Antara yang menyaksikan majlis tersebut





TEMPAT : KAMPUNG BAKAU
PROGRAM : PENYERAHAN JERSI DAN PERALATAN SUKAN


Menyedari tentang pentingnya bersukan serta mengelak daripada para belia terlibat dengan aktiviti tidak sihat, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah menyerahkan bantuan berupa 1 set jersi dan peralatan sukan kepada para belia di Kampung Bakau.


Penyerahan telah dilakukan sendiri oleh Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus. Beliau turut meminta kepada para belia supaya bergiat aktif di dalam bidang sukan sambil menegaskan agar sentiasa menggunakan kemudahan pasarana sukan yang diberikan oleh kerajaan.


Kelihatan Ketua Pemuda bersama-sama dengan belia di Kg Bakau semasa program tersebut







TEMPAT : GELANGGANG FUTSAL BATU 4
PROGRAM : PERSAHABATAN FUTSAL DENGAN PEMUDA KG BAHAGIA


Satu program persahabatan futsal dengan Pemuda-Pemuda Kg Bahagia telah diadakan di gelanggang futsal batu 4 baru-baru ini. Melalui program sedemikian, adalah diharapkan agar para belia sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat. Di samping itu juga, ianya bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan yang baik di antara para belia dengan Pergerakan Pemuda UMNO batu Sapi.


Dalam satu kenyataan, Ketua Pemuda berharap hubungan yang baik ini akan memudahkan lagi mengenal pasti segala permasalahan di peringkat akar umbi.


Bergambar sebelum perlawanan dimulakan


Antara aksi perlawanan tersebut...

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP