PELAJAR CEMERLANG UPSR

>> Sunday 24 January 2010

SUMBANGAN KEPADA PELAJAR CEMERLANG (UPSR)

TARIKH : 15 JANUARI, 2010
TEMPAT : SK PEI YING, SANDAKAN

Pendidikan merupakan Fokus utama Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Sehubungan, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah memberi sumbangan kepada 10 orang pelajar terbaik UPSR di SK Pei Ying. Ketua Pemuda berharap cara sedemikian akan dapat mendorong pelajar lain untuk berusaha dengan lebih gigih dan juga sebagai mengiktiraf usaha yang telah dilakukan oleh pelajar terbabit.

Untuk pertama kalinya juga, Pergerakan Pemuda UMNO mendekati pelajar-pelajar dari masyarakat kaum Tionghua dengan tujuan untuk mengubah perpepsi masyarakat kaum Tionghua bahawa UMNO hanyalah sebuah parti yang membantu kaum Melayu sahaja.



Ketua Pemuda sedang mengisi buku lawatan sekolah sambil diperhatikan oleh Penolong Kanan Sekolah Pei Ying


Saudara Khairul Firdaus menyampaikan ucapan dan kata-kata perangsang kepada para pelajar yang layak menerima sumbangan


Salah sorang pelajar sedang menerima sumbangan yang diberikan oleh Ketua Pemuda

Seorang ibu yang mewakili anaknya turut menerima sumbangan dari saudara Khairul Firdaus

Para pelajar dan ibubapa bergambar bersama-sama dengan Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi















0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP