PERJUMPAAN DENGAN PERSATUAN MEDIA

>> Sunday 24 January 2010

TARIKH : 15 JANUARI, 2010
TEMPAT : GELANGGANG FUTSAL BATU 4


Pergerakan Pemuda Umno Batu Sapi telah mengadakan Majlis Ramah Mesra dengan Persatuan Media Sandakan melalui persahabatan futsal. Tujuan utama majlis ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan di antara pihak media dengan Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Selain daripada itu juga, Khairul Firdaus selaku Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi menyedari tentang kepentingan hubungan yang akrab dengan pihak media khususnya di dalam penyaluran maklumat yang tepat dan cepat.
Dalam perlawanan tersebut pihak media telah mengalahkan pasukan pemuda UMNO Batu Sapi. Menurut Ketua Pemuda, kalah atau menang bukan perkara penting, apa yang lebih diutamakan adalah kerjasama kedua-dua pihak dalam memberi dan menyalurkan maklumat.




Kedua-dua pasukan merakamkan gambar kenang-kenangan sepelas perlawanan dijalankan


Antara aksi yang sempat dirakamkan pada perlawanan tersebut


Kalah menang belakang cerita, "skill" mesti baik punya



0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP