Pemuda UMNO Batu Sapi membantah sekeras kerasnya cadangan kerajaan membenarkan pertaruhan sukan di Malaysia

>> Monday 10 May 2010

Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi mengutuk dan membantah sekeras kerasnya cadangan Timbalan Menteri Kewangan Dato Dr Awang Adek untuk membenarkan pertaruhan sukan supaya di halalkan dari segi undang-undang.
Sebagai sebuah parti yang bertunjangkan perjuangan orang Melayu dan Islam sungguh mendukacitakan seorang pemimpin MT UMNO dan seorang timbalan menteri yang beragama Islam boleh menyokong dan mempertahankan cadangan ini.

Impak negatif terhadap cadangan ini amatlah besar sekali dan secara langsung konsep beramal melalui sukan akan hilang secara nyata.
Adakah kerajaan cuba menghantar mesej kepada generasi muda bahawa judi di galakkan di Malaysia? Adakah kita sanggup lihat anak-anak muda melihat sukan sebagai satu industri judi? Adakah kerajaan lebih prihatin dengan nasib sesetengah ahli perniagaan daripada rakyat keseluruhan?
Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi mahukan kerajaan melihat perkara ini secara ikhlas dan jujur ke atas cadangan menghalalkan pertaruhan sukan di negara Malaysia tercinta. Kami juga memohon supaya Majlis Tertinggi UMNO dapat melakukan ketetapan yang keras dalam perkara ini.



Pemuda UMNO Batu Sapi

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP