PERSIDANGAN UMNO BAHAGIAN BATU SAPI

>> Wednesday 30 June 2010

TARIKH : 27 JUN, 2010
TEMPAT ; DEWAN MASYARAKAT SANDAKAN


Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu Sapi pada masa dan tempat seperti di atas. Seramai hampir 400 orang perwakilan telah hadir di mesyuarat tersebut. YAB Datuk Seri Musa Hj Aman telah berkenan hadir untuk merasmikan mesyuarat tersebut.

Pada mesyuarat tersebut juga En. Samsudin Cinu, calon dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah berjaya menempatkan diri beliau untuk menjadi wakil 7 ke Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur.

Dalam membahaskan Usul Politik, Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus menekankan betapa pentingnya semangat perpaduan dikalangan ahli-ahli cawangan. Selain daripada itu juga, beliau menegaskan akan taat setia kepada kepimpinan UMNO Bahagian Batu Sapi khususnya kepada Ketua Bahagian. Beliau juga turut membidas tentang kepimpinan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan. Berkaitan dengan Papan Tanda Dewan Masyarakat Sandakan yang tidak menggunakan bahasa Kebangsaan, Pergerakan Pemuda memberi tempoh kepada pihak MPS sehingga 24 Julai, 2010, untuk menukar papan tanda berkenaan. Pergerakan Pemuda UMNO akan bertindak menurunkan sendiri papan tanda berkenaan sekiranya pihak MPS gagal berbuat demikian.

Ketua Pemuda bersama wakil 10 dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi

Ketua Pemuda sedang berbincang sesuatu dengan Penolong Setiausaha Pemuda

Ketua Menteri Sabah menaikkan bendera UMNO ketika nyanyian lagu UMNO


Barisan kepimpinan UMNO Bahagian Batu Sapi


YAB Ketua Menteri Sabah ketika menyampaikan ucapan perasmian


Ketua Bahagian menyampaikan cenderakenangan kepada Ketua Menteri


Ketua Menteri menyampaikan pingat kepada salah seorang penerima JASAMU DIKENANG


Ketua Pemuda mengambil kesempatan menerima masalah yang dihadapi di peringkat akar umbi


Kawan lama tidak pernah dilupakan...mantan AJK Pemuda, Pariji (berbaju merah) dan Zai Kanbar(berbaju kuning)


AJK Pemuda diberi kepercayaan untuk membuat pengiraan undi

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP