JUARA RAKYAT BULAN BELIA & SUKAN

>> Tuesday 29 June 2010

TARIKH : 20 JUN, 2010
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN SANDAKAN


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah diberi kepercayaan oleh UMNO Bahagian Batu Sapi untuk menganjurkan Program JUARA RAKYAT sempena Bulan Belia & Sukan. Program ini telah diadakan di Kompleks Sukan Sandakan pada 20 Jun, 2010 yang lepas. Program ini juga telah disempurnakan perasmian oleh YB Mejar (K) Datuk Hj Samsudin Yahya, Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi, merangkap ADUN Kawasan Sekong.

Pelbagai jenis sukan diadakan pada program tersebut; antaranya Pertandingan Futsal, Bolatampar, Tari Tali dan Sepak Takraw. Terdapat juga pameran dari beberapa agensi kerajaan seperti TEKUN, Jabatan Penjara, Kementerian Kesihatan, SPR dan Hospital Duchess Of Kent Sandakan.
Kempen derma darah yang dikendalikan oleh pihak Hospital Duchess Of Kent Sandakan telah berjaya mendapat 28 orang penderma darah. Para penderma telah mendapat 1 kotak telur yang diberikan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Menurut Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus, melalui kempen sedemikian ianya akan dapat membantu golongan yang memerlukan darah setiap hari. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak HDOK yang sudi datang untuk kempen tersebut.

Masih mampu tersenyum.....Ketua Pemuda cawangan Kg Simagun ketika proses darah beliau di ambil

Kelihatan dalam gambar kakitangan HDOK sedang menjalankan tugas terhadap seorang penderma

TENANG..TENANG...mungkin itulah yang diperkatakan oleh pembantu perubatan terhadap penderma ini


Pertandingan Futsal telah menarik penyertaan yang amat menggalakkan dari belia-belia dan pemuda-pemuda di kawasan Batu Sapi. Seramai 64 pasukan telah menyertai pertandingan ini yang diadakan secara sistem KALAH MATI. Pasukan dari Kg Cenderamata telah menjadi Johan, manakala Naib Johan telah disandang oleh pasukan dari Taman Mawar.


Naib Ketua Pemuda menyampaikan hadiah kepada Johan pertandingan futsal


AJK Pemuda sempat mengambil gambar bersama dengan pasukan yang memasukki perlawanan akhir


Pihak penganjur menggunakan dua buah gelanggang dalam penganjuran tersebut


Antara aksi yang sempat dirakamkan



Sukan Takraw memang tidak asing lagi untuk pemudapemuda di kawasan Batu Sapi. Dalam JUARA RAKYAT ini, seramai 24 pasukan telah menyertai kejohanan. Perlawanan akhir di antara pasukan dari Kg Gas dan Kg Sundang begitu sengit dengan aksi-aksi yang menarik telah ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan.


Penolong Setiausaha menyampaikan hadiah kepada pasukan dari Kg Sundang yang menjuarai kejohanan

Pasukan dari Kg Gas selaku Naib Johan menerima hadiah dari Pen. Setiausaha Pemuda


Gelanggang yang digunakan dalam kejohanan tersebut










0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP