LAWATAN YB DATO' RAZALI KE BATU SAPI

>> Wednesday 4 November 2009



Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran peringkat negeri Sabah telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Dato' Razali Haji Ibrahim pada 3 September, 2009, di Masjid Taman Indah, Sandakan.

Kelihatan Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi bersama-sama dengan beberapa orang Ketua Pemuda yang lain sedang mendengar ucapan perasmian oleh YB Dato' Razali. Turut bersama-sama Encik Arifin Asgali, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bahagian Batu Sapi.

YB Dato' Razali mencari surah di dalam Al-Quran selepas merasmikan Majlis Nuzul Al-Quran peringkat Negeri Sabah sambil diperhatikan oleh Exco Pemuda UMNO Malaysia, saudara Gasing dan Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi, saudara Khairul Firdaus bin Datuk Akbar Khan.

YB Dato' Razali berkesempatan melakukan satu sidang akhbar selepas upacara Majlis Perasmian. Turut bersama-sama beliau, Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah, Saudara Azman Hj Roslan, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi, saudara Arifin Asgali dan juga beberapa orang Ketua Pemuda UMNO.


PERJUMPAAN DENGAN UMNO ZON LIMA (5)


YB Dato' Razali bergambar bersama-sama dengan AJK Pemuda UMNO Batu Sapi selepas selesai jamuan makan.

Beramah mesra dengan sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Sandakan. Kelihatan Naib Ketua Pemuda, saudara Shamsir (baju biru gelap)



Bersalaman sambil berkenalan dengan sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Libaran.


Tidak ketinggalan Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Batu Sapi turut bersama-sama dalam jamuan makan malam bersama YB Dato' Razali.




YB DATO' RAZALI BUAT KEJUTAN DI KAMPUNG BAKAU DAN KAMPUNG KARAMUNTING, BATU SAPI



Tarikh 3 September, 2009, jam 9:00 malam merupakan detik bersejarah buat penduduk kampung Bakau khususnya pemuda-pemuda cawangan di kampung berkenaan. Apa tidaknya, hanya dengan berkain sarung dan dengan bantuan cahaya lampu handphone, YB Dato' Razali meneruskan hasrat untuk membuat perjumpaan dengan pemuda-pemuda di kg berkenaan. Sebelum itu, beliau telah membuat perjumpaan dengan pemuda-pemuda cawangan di kampung karamunting. YB Dato' Razali turut mengambil masa hampir 30 minit membuat lawatan ke beberapa tempat di bahagian Batu Sapi dengan diiringi oleh Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi, saudara Khairul Firdaus.

YB Dato' Razali sedang khusyuk mendengar penerangan dari Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi, Khairul Firdaus sambil diperhatikan oleh Pengarah Belia dan Sukan Negeri Sabah.



YB Dato' Razali sedang menyampaikan ucapan di kampung Bakau. Turut kelihatan Ketua Pemuda UMNO Tawau, saudara Ariffin Kassim bersama Naib Ketua Pemuda Tawau, saudara Syed Ali Syed Abas.




Pemuda-Pemuda cawangan Kg Bakau mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan YB Dato' Razali.


Pada majlis tersebut juga, YB Dato' Razali menyumbangkan beras kepada 20 orang balu dan fakir miskin. Kelihatan YB Dato' Razali sedang menyampaikan sumbangan beras kepada salah seorang penerima.

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP