PEMUDA MASUK KAMPUNG

>> Monday 30 November 2009

Tarikh: 28 November, 2009 Jam : 02:00 Petang
TEMPAT : KAMPUNG GAS DAN KAMPUNG CENDERAMATA
PROGRAM 'PEMUDA MASUK KAMPUNG' DITERUSKAN LAGI DIMANA SASARAN KALI INI ADALAH DI KAMPUNG GAS DAN KAMPUNG CENDERAMATA. WALAUPUN UMAT ISLAM MASIH MERAIHKAN SAMBUTAN AIDIL ADHA, NAMUN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BATU SAPI MENGAMBIL PENDEKATAN 'ERTI PERNGORBANAN' DENGAN MENGAMBIL KIRA NASIB RAKYAT YANG MEMERLUKAN.

UNTUK ITU, PERGERAKAN PEMUDA UMNO BATU SAPI TELAH MEMBERIKAN DUA (2) SET JERSI DAN 10 BIJI KOMPANG UNTUK KEGUNAAN BELIA-BELIA DI KAMPUNG GAS. SELAIN DARIPADA ITU JUGA, PERGERAKAN PEMUDA UMNO YANG DIKETUAI OLEH SAUDARA KHAIRUL FIRDAUS TURUT MEMBERIKAN SUMBANGAN BEG DAN PERALATAN SEKOLAH KEPADA 10 PELAJAR MISKIN DI KAMPUNG GS DAN 10 PELAJAR MISKIN DI KAMPUNG CENDERAMATA.

Ungkapan Terima Kasih.....Mungkin itu lah yang diperkatan oleh ayan kepada salah seorang pelajar yang menerima bantuan dari Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi.


Walaupun panas terik, namun senyuman tetap terukir di bibir Ketua Pemuda apabila dapat berjumpa sendiri dengan pelajar yang menerima bantuan sambil diperhatikan oleh Penolong Setiausaha Pemuda.

Program Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi juga telah mendapat kerjasama dari Ketua Kampung, Kampung Cenderamata. Ini jelas terbukti apabila beliau turut menemani Ketua Pemuda berkunjung dari rumah ke rumah pelajar yang terpilih.


Turut kelihatan Naib Ketua Pemuda dan AJK Pemuda Bahagian yang sama-sama menyertai Program Pemuda Masuk Kampung sebagai tanda sokongan padu kepada Ketua Pemuda.


Kelihatan belia-belia di Kampung Gas menunjukkan kebolehan memalu kompang yang telah disumbangkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi.

Harapan Ketua Pemuda agar semua belia-belia di kawasan Batu Sapi bergiat aktif dalam apa jua jenis sukan. Ini terbukti dengan pemberian set jersi kepada Ketua Pemuda Cawangan di kampung Gas.

Salah seorang lagi Ketua Pemuda Cawangan yang turut menerima sumbangan set jersi dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi.

Dimana sahaja sessi perjumpaan dengan belia-belia/pemuda-pemuda cawangan, Khairul Firdaus tidak lupa untuk menyampaikan sesuatu nasihat yang amat berguna serta isu-isu semasa untuk dikongsi bersama.








































0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP