PROGRAM PEMUDA MASUK KAMPUNG

>> Sunday 29 November 2009

Tarikh : 22 November, 2009 Jam : 03:00 petang
Tempat : Kampung Segaliud

Buat pertama kalinya, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi membuat "Program Pemuda Masuk Kampung" dengan sasaran utama mendekati pelajar-pelajar miskin. Program pertama kalinya ini dibuat di Kampung Segaliud, dimana seramai 10 orang pelajar miskin telah menerima sumbangan berupa beg dan peralatan sekolah dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang diketuai oleh Khairul Firdaus bin Akbar Khan. Program dibuat secara bergerak dari rumah ke rumah ini telah memakan masa hampir 2 jam, dan turut disertai oleh beberapa orang AJK Pemuda dan Naib Ketua Pemuda Bahagian.



Kelihatan Timbalan Pengerusi PIBG SK Segaliud sedang menerangkan sesuatu kepada Ketua Pemuda sebelum program dimulakan. Turut kelihatan Penolong Setiausaha, Encik Azman Jambo.



Juslian Tukong selaku Pengerusi JKKK Kg Segaliud yang juga merupakan AJK Pemuda UMNO Batu Sapi sedang menunjukan sesuatu dalam perjalanan menuju ke salah sebuah rumah pelajar terbabit.


Rombongan Pergerakan Pemuda juga terpaksa melalui jambatan gantung untuk sampai kerumah pelajar terbabit. Kelihatan Ketua Pemuda seakan-akan sudah biasa melalui jambatan gantung.



Salah seorang penerima beg dan peralatan sekolah dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi.



Keceriaan jelas terpandang di wajah ayah kepada seorang pelajar yang menerima bantuan. Walaupun ianya tidak seberapa namun sudah cukup untuk meringankan beban.



Ketua Pemuda juga tidak lupa menasihati pelajar agar belajar bersunggu-sungguh. Siapa tahu inilah bakal Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi masa akan datang.



Kedua ibubapa pelajar ini agak terkejut kerana Ketua Pemuda datang dengan melalui jalan ladang sawit hanya semata-mata untuk menyampaikan sumbangan kepada anak mereka.








0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP