Jom Balik Sekolah di Kg Karamunting

>> Saturday 29 January 2011

TARIKH ; 01 JANUARI, 2011
TEMPAT ; KAMPUNG KARAMUNTING


Di ketika orang ramai sedang menikmati cuti umum, sempena menyambut tahun baru 2011, para AJK Pemuda pula sibuk dengan aktiviti pembahagian sumbangan kepada pelajar yang berkelayakan. Sasaran kali ini adalah pelajar-pelajar di Kampung Karamunting, di masa seramai 20 pelajar menerima sumbangan dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi, berupa wang tunai serta beg sekolah.


Program ini telah diketuai oleh Naib Ketua Pemuda, saudara Pg. Roslan serta dibantu oleh beberapa orang AJK Pemuda. Masih mengekalkan konsep program iaitu secara berkunjung dari rumah ke rumah kerana ianya akan lebih menjurus kepada aktiviti pemimpin turun padang sepertimana yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.



Penolong Setiausaha Pemuda menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang layak


NKP saudara Pg Roslan mengetuai program bantuan di Kg Karamunting..


Naib Ketua Pemuda di temani oleh Bendahari Pemuda, saudara Mohd Azmi Jamal


Beberapa orang AJK Pemuda bersama-sama dengan PSU Pemuda, saudara Azman

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP