YB KJ DI BATU SAPI

>> Tuesday 11 January 2011

NOVEMBER, 2010
TANAH MERAH, KG GAS, KG SUNDANG, MARKAS PEMUDA


Selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khary Jamaluddin tidak melupakan tanggungjawab yang di galas dengan 'Turun Padang' bagi membantu jentera pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi. Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan di dalam usaha untuk merancakkan lagi kempen pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi. Kesemua aktiviti tersebut telah disusun rapi oleh saudara Khairul Firdaus, Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi.


Kebanyakan aktiviti kempen pilihanraya yang dijalankan lebih menjurus kepada pengundi-pengundi muda yang baru berdaftar sebagai pemilih. YB Kairy juga turut mengadakan beberapa sessi ceramah politik secara terbuka bagi menerangkan kepada masyarakat, khususnya di kawasan Batu Sapi mengenai isu-isu yang dibangkit oleh pihak pembangkang.


GAMBAR YANG SEMPAT DI RAKAM SEMASA KEMPEN DI TANAH MARAH

YB KJ mengedar risalah kepada pengundi-pengundi kaum Tionghua di Tanah Merah


YB KJ bersama-sama KP Batu Sapi di beri sedikit penerangan setibanya di pondok semakan daftar pengundi di Tanah Merah


YB KJ mendengar taklimat ringkas dari Ketua Markas yang berada di Kg Pukat


YB Khairy memberi kata-kata semangat kepada jentera pilihanraya untuk Zon Tanah Merah


YB Khairy bersama dengan Khairul Firdaus berkunjung dari rumah ke rumah bertemu dengan pengundi kaum Tionghua..



GAMBAR SEMASA PROGRAM DI KAMPUNG GAS

Kelihatan YB Khairy sedang menyampaikan amanat kepada belia-belia di Kg Gas

YB Khairy menunjukkan bakat meratakan simen sebagai tanda perasmian gelanggang takraw di Kg Gas


Golongan belia sedang memerhatikan kerja yang di buat oleh YB KJ....takut salah paitung.....



PROGRAM BERTEMU DENGAN PENGUNDI MUDA DI KG SUNDANG

YB Khairy sempat bertanyakan sesuatu kepada penduduk asal Kg Sundang


Menunjukkan bakat bermain sepak takraw bersama golongan belia


Beramah mesra dengan penduduk Kg Sundang


YB Khairy di kerumuni oleh kanak-kanak di Kg sundang


PROGRAM BERTEMU DENGAN JENTERA PEMUDA DI MARKAS PEMUDA

Kelihatan YB khairy sedang menyampaikan amanat kepada jentera Pemuda di Markas Pemuda


Antara jentera pemuda yang turut hadir di majlis tersebut


Jentera pemuda Zon Kepulauan sempat bergambar kenang-kenangan bersama YB KJ

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP