Jom Balik Sekolah di Kg Tabah Baru

>> Saturday 29 January 2011

TARIKH : 11 DISEMBER, 2010
TEMPAT : KAMPUNG TABAH BARU

Sebaik sahaja selesai Program Jom Balik Sekolah di Kg Lupak Meluas Laut dan Kg Bukit Nenas, pada sebelah petang lebih kurang jam 1.30 ptg, program diteruskan pula di kampung Tabah Baru. Di kampung ini, seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan turut mendapat bantuan berupa beg sekolah dan wang saku.


Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus berharap bantuan sedemikian akan dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga terbabit khususnya menjelang bermulanya musim persekolahan.


Salah seorang penerima bantuan di kg Tabah Baru...


Firdaus memberi bantuan kepada ibu kepada pelajar yang layak...


Firdaus begitu senang dengan pelajar ini...turut kelihatan ibu kepada pelajar berkenaan...


Pelajar ini kelihatan gembira kerana tersenarai sebagai penerima bantuan...


Berkunjung dari rumah ke rumah akan dapat menyelami sendiri kehidupan rakyat...

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP