Doa Kesyukuran Di SK Karamunting

>> Friday 27 January 2012

09 SEPTEMBER, 2011 
SK KARAMUNTING


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah bekerjasama dengan pihak Sekolah Kebangsaan Karamunting dalam menjayakan Program Doa Kesyukuran khusus kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR. 


Guru Besar rasa amat berbangga dengan Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang sentiasa memberi kerjasama khususnya dalam meningkatkan mutu pelajaran di kalangan para pelajar. Beliau juga mengucapkan berbanyakterima kasih kepada Ketua Pemuda di atas segala bantuan yang diberikan demi untuk memastikan program tersebut berjalan dengan lancar.


Sementara itu, Ketua Pemuda mengingatkan kepada semua para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan agar sentiasa memastikan diri sentiasa bersedia dalam menghadapi kertas peperiksaan. Para pelajar juga diminta agar tidak mudah panik kerana sifat demikian akan mendatangkan masalah yang besar kepada mereka. Dalam pada itu, Ketua Pemuda berjanji akan memberikan sebuah LAPTOP  kepada pelajar yang berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR.



Gambar-gambar di bawah menunjukkan para pelajar yang hadir semasa Ketua Pemuda merasmikan penutupan Program.














0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP