MAJLIS JAMUAN RAYA DI KG GAS

>> Wednesday 18 January 2012

09hb September, 2011
Kampung Gas Tengah, Sandakan 


Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi diteruskan lagi. Kali ini Kampung Gas Tengah telah menjadi lokasi untuk jamuan Raya Bersama Pemuda. Di kampung Gas Tengah ini, rumah saudara Hamdan Titing, salah seorang AJK Pemuda UMNO Bahagian merupakan tempat jamuan diadakan. 


Dalam majlis ini, kehadiran pemuda-pemuda cawangan berserta dengan beberapa orang ketua-ketua cawangan jelas membuktikan betapa mereka amat menyokong penuh setiap aktiviti yang dijalankan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi.


Dalam ucapan ringkasnya, Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sokongan dan bantuan khususnya pemuda-pemuda cawangan di kampung berkenaan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Beliau juga berjanji akan mengerahkan tulang empat kerat bersama AJK Pemuda Bahagian untuk memastikan kepentingan dan kehendak belia-belia di kampung Gas sentiasa diberi perhatian.



Sebahagian daripada gambar yang sempat dirakam semasa program Rumah Terbuka Pemuda UMNO Batu Sapi yang dijalankan di kampung Gas Tengah









0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP