Bantuan Duit Raya di HDOK

>> Monday 16 January 2012

02 SEPTEMBER, 2011
HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN


Di dalam kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri, tidak semua yang dirancang itu akan menjadi kenyataan. Begitulah nasib yang dihadapi oleh seramai lebih kurang 30 kanak-kanak yang terpaksa menyambut Hari Raya di wad Hospital Duchess Of Kent Sandakan kerana masalah kesihatan.


Untuk itu, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang diterajui oleh Ketuanya, saudara Khairul Firdaus Akbar Khan telah berkunjung ke wad kanak-kanak dengan memberikan barangan berupa hamper dan duit raya kepada kanak-kanak berkenaan.


Ketika ditemuramah oleh pihak akhbar, Khairul Firdaus memberitahu bahawa program ini merupakan siri kedua yang diadakan dimana pada siri pertama dibuat pada sambutan Tahun Baru Cina yang lepas. Beliau menambah program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa tidak kira dalam bentuk apa juga perayaan yang menjelang. Ianya sesuai dengan Gagasan 1 Malaysia yang diIlhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia.










Dua gambar besar di atas menunjukkan Ketua Pemuda sedang menyampaikan Hamper kepada Kakitangan Hospital di wad berkenaan. Manakala gambar paling bawah pula menunjukkan Ketua Pemuda sedang diberi penerangan mengenai para pesakit oleh salah seorang Doktor yang bertuga,

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP