>> Monday 26 September 2011

TARIKH ; 13 OGOS, 2011
TEMPAT ; KAMPUNG CENDERAMATA


Seramai 20 orang yang terdiri daripada golongan warga emas, anak yatim dan kanak-kanak OKU di Kampung Cenderamata telah mendapat bantuan sempena bulan Ramadhan dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Bantuan berupa barangan keperluan asas serta wang tunai disampaikan sendiri oleh Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus bersama beberapa orang AJK Pemuda Bahagian.


Rombongan Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah bergerak dari rumah ke rumah menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan dengan dibantu oleh Ketua Kampung Cenderamata, Makcik Rokiah.


Kelihatan Ketua Pemuda sedang menyampaikan bantuan kepada seorang warga emas


Gambar di bawah menunjukan Pen Setiausaha dan Ketua Penerangan menyampaikan bantuan kepada seorang kanak-kanak OKU



Seorang lagi warga emas yang mendapat perhatian


0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP