Bantuan Balu/Fakir di Kg Bukit Nenas

>> Tuesday 27 September 2011

TARIKH : 19 OGOS, 2011
TEMPAT : KAMPUNG BUKIT NENAS 


Seramai 10 orang yang terdiri daripada golongan balu telah tersenarai untuk menerima bantuan dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi di bulan yang mulia ini. Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus mengetuai sendiri penyampaian dengan dibantu oleh beberapa orang AJK Pemuda Bahagian. 


Pembahagian telah dilakukan dengan bergerak dari rumah ke rumah, manakala barang yang diberikan merupakan barangan keperluan asas dan juga wang tunai. Menurut Ketua Pemuda, aktiviti bergerak dari rumah ke rumah ini merupakan satu program yang lebih menjurus kepada mendalami kehidupan sebenar masyarakat setempat.











Empat buah gambar di kiri dan kanan menunjukkan program yang telah dilakukan di kampung Bukit Nenas.




Kelihatan Ketua Pemuda bersama-sama dengan AJK Pemuda UMNO Bahagian memberikan bantuan kepada mereka yang benar-benar layak.

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP