Bantuan Balu/Fakir Di Kampung Bahagia

>> Thursday 29 September 2011

TARIKH : 20 OGOS, 2011
TEMPAT : KAMPUNG BAHAGIA


Kampung Bahagia, merupakan destinasi pertama untuk program bantuan kepada balu/fakir/warga emas/OKU yang diberikan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi untuk hari ini, 20hb Ogos, 2011. Di Kampung ini seramai 20 orang telah terpilih dan telah dikenalpasti layak menerima bantuan berupa barangan keperluan asas dan wang tunai bersempena dengan bulan yang mulia ini.


Walaupun dalam keadaan berpuasa, proses pembahagian bantuan di kampung Bahagia telah dijalankan dengan berkunjung dari rumah ke rumah setiap penerima. Ketua Pemuda mengetuai program ini dengan dibantu oleh beberapa orang AJK Pemuda.


Keempat-empat gambar menunjukkan Ketua Pemuda dan AJK Pemuda mengagih-agihkan bantuan kepada mereka yang telah disenaraikan oleh Ketua Masyarakat di Kampung Bahagia.





















Kelihatan AJK Pemuda UMNO  Batu Sapi sedang menurunkan barang-barang yang hendak diberikan kepada penerima di Kampung Bahagia.


0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP