Bantuan Makanan Tambahan Minggu ke 8

>> Monday 26 September 2011

TARIKH : 6HB OGOS, 2011
TEMPAT : KAMPUNG BAKAU


Program Pemuda Prihatin (Bantuan Makanan Tambahan) yang diberikan secara PERCUMA kepada 110 kanak-kanak di Kampung Bakau telah memasuki minggu yang ke 8. Alhamdullillah.....setelah dua bulan program ini dibuat semenjak dilancarkan, ianya sentiasa berjalan mengikut apa yang dirancang.


Selain daripada membantu mereka yang memerlukan, program ini juga dapat mendekatkan Pergerakan Pemuda dengan masyarakat setempat selain menjadi aktiviti mingguan kepada samada AJK Pemuda Bahagian mahupun pemuda-pemuda cawangan. Minggu yang ke 8 ini, pemuda cawangan Kg Sundang Darat telah turun padang bagi membantu mengagih bantuan kepada kanak-kanak yang mendapat perhatian.



Ketiga-tiga gambar dibawah menunjukkan pembahagian bantuan kepada kanak-kanak yang dilakukan oleh Pemuda cawangan Kg Sundang Darat sambil turut dibantu juga oleh Ketua Kampung Bakau, Pakcik Kamlum Hassan









0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP