Bantuan Balu/Fakir di Kampung Gas

>> Monday 3 October 2011

TARIKH : 20 OGOS, 2011
TEMPAT : KAMPUNG GAS


Seramai 20 orang yang terdiri daripada golongan Balu/Fakir telah disenaraikan oleh pemimpin masyarakat Kampung Gas untuk menerima bantuan dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi bersempena dengan Bulan Ramadhan ini. 


Bantuan telah dibahagi kepada dua kumpulan, iaitu 10 orang penerima diambil dari Kampung Gas Tengah, manakala 10 orang penerima lagi dari Kampung Gas Hujung. Seperti juga di tempat-tempat sebelumnya, bantuan yang diberikan adalah berbentuk barangan keperluan asas dan juga sedikit wang tunai.


Dua buah gambar di bawah menunjukkan Ketua Pemuda sedang menyerahkan sendiri bantuan kepada 10 orang Balu di kampung Gas Tengah. Pembahagian telah diadakan di Masjid kampung berkenaan.







Gambar di bawah menunjukkan Ketua Pemuda bersama dengan AJK Pemuda bergambar bersama Ketua Kampung Gas Hujung, Tuan Hj Misuawari yang telah diberi mandat untuk menyerahkan bantuan kepada mereka yang telah dikenal pasti.

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP