Bantuan Duit Raya di HDOK

>> Monday, 16 January 2012

02 SEPTEMBER, 2011
HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN


Di dalam kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri, tidak semua yang dirancang itu akan menjadi kenyataan. Begitulah nasib yang dihadapi oleh seramai lebih kurang 30 kanak-kanak yang terpaksa menyambut Hari Raya di wad Hospital Duchess Of Kent Sandakan kerana masalah kesihatan.


Untuk itu, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang diterajui oleh Ketuanya, saudara Khairul Firdaus Akbar Khan telah berkunjung ke wad kanak-kanak dengan memberikan barangan berupa hamper dan duit raya kepada kanak-kanak berkenaan.


Ketika ditemuramah oleh pihak akhbar, Khairul Firdaus memberitahu bahawa program ini merupakan siri kedua yang diadakan dimana pada siri pertama dibuat pada sambutan Tahun Baru Cina yang lepas. Beliau menambah program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa tidak kira dalam bentuk apa juga perayaan yang menjelang. Ianya sesuai dengan Gagasan 1 Malaysia yang diIlhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia.










Dua gambar besar di atas menunjukkan Ketua Pemuda sedang menyampaikan Hamper kepada Kakitangan Hospital di wad berkenaan. Manakala gambar paling bawah pula menunjukkan Ketua Pemuda sedang diberi penerangan mengenai para pesakit oleh salah seorang Doktor yang bertuga,

Read more...

Majlis Raya Pemuda Di Kg Bokara

02 SEPTEMBER, 2011
KAMPUNG BOKARA, SANDAKAN


Di Kampung Bokara, Majjlis Jamuan Raya Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah diadakan di rumah kediaman Tuan Hj Ameng. Majlis yang agak sederhana tetapi meriah kerana Jamuan Hari Raya ini turut dihadiri oleh kaum-kaum ibu. Lebih meriah lagi apabila majlis telah dikejutkan dengan kehadiran pelakon kanak-kanak Siri Sitcom Trio Bokara Chai.


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi mengucapkan berbanyak terima kasih khususnya kepada tuan rumah yang sudi menerima pelawaan dari Pemuda UMNO Batu Sapi untuk menjadikan rumah mereka sebagai lokasi jamuan tersebut.



Read more...

>> Wednesday, 26 October 2011

TARIKH : 01 SEPTEMBER, 2011
TEMPAT : RUMAH NAIB KETUA PEMUDA



Majlis Beraya Bersama Pemuda UMNO Batu Sapi dimulakan dengan satu majlis rumah Terbuka yang telah diadakan di rumah Naib Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi, Pg Roslan Pg Nasrun. Semua Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian telah hadir dan beberapa orang pemuda-pemuda cawangan serta Ketua-Ketua Cawangan.


Menurut Pg Roslan, acara sedemikian telah menjadi lumrah setiap kali munculnya sambutan Hari Raya aidilfitri. Walaubagaimanapun, majlis rumah terbuka yang telah diadakan ini adalah khusus untuk rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu di dalam kerja-kerja pembelaan belia-belia di Batu Sapi 



Keempat-empat gambar di bawah menunjukkan suasana majlis rumah terbuka yang telah diadakan di rumah Naib Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi





Read more...

Bantuan Warga Emas Di Kampung Sundang

>> Thursday, 13 October 2011

TARIKH : 28 OGOS, 2011
TEMPAT : KAMPUNG SUNDANG


Kampung Sundang merupakan tempat terakhir program Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi untuk sepanjang bulan Ramadhan. Di kampung ini, seramai 20 orang yang terdiri dari warga emas menerima bantuan dari Pemuda UMNO Batu Sapi. Ketua Pemuda mengetuai peangagihan bantuan yang berupa barangan keperluan asas dan wang tunai. Pengagihan dibuat secara bergerak dari rumah ke rumah penerima.

Menurut Ketua Pemuda pada akhir program, beliau bersyukur kerana kesemua program berjalan dengan lancar dan teratur. Walaupun bantuan yang diberikan tidak seberapa, namun ianya diharap dapat meringankan beban golongan yang memerlukan khususnya di dalam persiapan menyambut ketibaan Syawal. Beliau turut menambah, program berkunjung dari rumah ke rumah amat berkesan khususnya di dalam mengenal pasti segala permasalahan masyarakat di kawasan Batu Sapi.


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang turut membantu sepanjang Program dijalankan. Akhir kata Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut 1 Syawal.......



Gambar di bawah menunjukkan Ketua Pemuda ketika menyampaikan bantuan di kampung Sundang.

i



Read more...

Bantuan Anak Yatim & OKU Di Kg DiSayang

TARIKH : 28 OGOS, 2011
TEMPAT : KAMPUNG DI SAYANG


Selepas selesai mengagih-agihkan bantuan di kampung Tanah Merah, Ketua Pemuda bersama rombongan bergegas pula ke Kampung Di Sayang. Di kampung ini seramai 10 orang penerima telah mendapat bantuan dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Mereka yang terpilih adalah terdiri daripada anak-anak yatim serta OKU. Majlis telah diadakan di balairaya kampung berkenaan,


Ketiga-tiga gambar di bawah menunjukkan majlis penyerahan bantuan sempena bulan ramadhan yang disampaikan sendiri oleh Ketua Pemuda, saudaara Khairul Firdaus Akbar Khan.




Read more...

Bantuan Warga Emas Di Kg Tanah Merah

>> Wednesday, 12 October 2011

TARIKH : 28 OGOS, 2011
TEMPAT : KAMPUNG TANAH MERAH


Kampung Tanah Merah tidak terlepas juga daripada senarai penerima bantuan yang disalurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Di kampung berkenaan, seramai 10 orang yang terdiri dari warga emas telah mendapat bantuan berupa barangan keperluan asas dan wang tunai. Bantuan telah diserahkan sendiri oleh Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus bersama beberapa orang AJK Pemuda dengan bergerak dari rumah ke rumah.


Kelihatan dalam gambar Ketua Pemuda ketika menyampaikan bantuan di Kampung Tanah Merah. Penyaluran bantuan di kampung ini telah mendapat bantuan dari Ketua Pemuda UMNO Cawangan Tanah Merah, saudara Abd Rahman Kangkong.





Read more...

BANTUAN BULAN RAMADHAN DI ZON KEPULAUAN

TARIKH : 28 OGOS, 2011
TEMPAT : ZON KEPULAUAN


Di saat-saat akhir di mana masyarakat Islam menunggu ketibaan 1 Syawal, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi meneruskan usaha membantu mereka yang memerlukan. Pergerakan Pemuda UMNO yang diketuai oleh Khairul Firdaus telah memberi bantuan bersempena dengan bulan Ramadhan untuk masyarakat kampung di Zon Kepulauan. 


Gambar di bawah menunjukkan Ketua Pemuda sedang menyampaikan bantuan kepada masyarakat kampung di Kg Asam-Asam Manis. Seramai 10 orang yang terdiri daripada warga emas dan balu disenaraikan sebagai penerima bantuan. Kelihatan juga, ketibaan Ketua Pemuda di sambut oleh Pemangku Ketua Cawangan Kg Asam Manis Bertuah, saudara Bahar Papar.
















Dua gambar di bawah menunjukkan Ketua Pemuda menyampaikan bantuan kepada golongan balu dan fakir untuk masyarakat Pulau Bambangan. Seramai 20 orang telah mendapat bantuan pada majlis tersebut. Bantuan berupa barangan keperluan asas dan wang tunai.












Di Pulau Sirabut, seramai 10 orang penerima yang terdiri daripada golongan fakir dan balu telah mendapat bantuan dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi bersempena dengan bulan yang mulia ini. Kelihatan dalam gambar di bawah Ketua Pemuda ketika menyampaikan bantuan, sementara gambar besar menunjukkan pemuda-pemuda cawangan ketika menyambut ketibaan rombongan Ketua Pemuda.






Di Pulau Trongliman, seramai 30 orang mendapat bantuan yang disalurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi, yang mana ianya adalah gabungan di antara masyarakat Kg Pulau Sanghai, Kg. Trongliman dan Kg Api-Api. Majlis telah diadakan di rumah Ketua Kampung Api-Api, Encik Sulang.




Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP