BANTUAN BULAN RAMADHAN DI ZON KEPULAUAN

>> Wednesday 12 October 2011

TARIKH : 28 OGOS, 2011
TEMPAT : ZON KEPULAUAN


Di saat-saat akhir di mana masyarakat Islam menunggu ketibaan 1 Syawal, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi meneruskan usaha membantu mereka yang memerlukan. Pergerakan Pemuda UMNO yang diketuai oleh Khairul Firdaus telah memberi bantuan bersempena dengan bulan Ramadhan untuk masyarakat kampung di Zon Kepulauan. 


Gambar di bawah menunjukkan Ketua Pemuda sedang menyampaikan bantuan kepada masyarakat kampung di Kg Asam-Asam Manis. Seramai 10 orang yang terdiri daripada warga emas dan balu disenaraikan sebagai penerima bantuan. Kelihatan juga, ketibaan Ketua Pemuda di sambut oleh Pemangku Ketua Cawangan Kg Asam Manis Bertuah, saudara Bahar Papar.
















Dua gambar di bawah menunjukkan Ketua Pemuda menyampaikan bantuan kepada golongan balu dan fakir untuk masyarakat Pulau Bambangan. Seramai 20 orang telah mendapat bantuan pada majlis tersebut. Bantuan berupa barangan keperluan asas dan wang tunai.












Di Pulau Sirabut, seramai 10 orang penerima yang terdiri daripada golongan fakir dan balu telah mendapat bantuan dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi bersempena dengan bulan yang mulia ini. Kelihatan dalam gambar di bawah Ketua Pemuda ketika menyampaikan bantuan, sementara gambar besar menunjukkan pemuda-pemuda cawangan ketika menyambut ketibaan rombongan Ketua Pemuda.






Di Pulau Trongliman, seramai 30 orang mendapat bantuan yang disalurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi, yang mana ianya adalah gabungan di antara masyarakat Kg Pulau Sanghai, Kg. Trongliman dan Kg Api-Api. Majlis telah diadakan di rumah Ketua Kampung Api-Api, Encik Sulang.




0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP