Bantuan Warga Emas Di Kampung Sundang

>> Thursday 13 October 2011

TARIKH : 28 OGOS, 2011
TEMPAT : KAMPUNG SUNDANG


Kampung Sundang merupakan tempat terakhir program Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi untuk sepanjang bulan Ramadhan. Di kampung ini, seramai 20 orang yang terdiri dari warga emas menerima bantuan dari Pemuda UMNO Batu Sapi. Ketua Pemuda mengetuai peangagihan bantuan yang berupa barangan keperluan asas dan wang tunai. Pengagihan dibuat secara bergerak dari rumah ke rumah penerima.

Menurut Ketua Pemuda pada akhir program, beliau bersyukur kerana kesemua program berjalan dengan lancar dan teratur. Walaupun bantuan yang diberikan tidak seberapa, namun ianya diharap dapat meringankan beban golongan yang memerlukan khususnya di dalam persiapan menyambut ketibaan Syawal. Beliau turut menambah, program berkunjung dari rumah ke rumah amat berkesan khususnya di dalam mengenal pasti segala permasalahan masyarakat di kawasan Batu Sapi.


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang turut membantu sepanjang Program dijalankan. Akhir kata Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut 1 Syawal.......



Gambar di bawah menunjukkan Ketua Pemuda ketika menyampaikan bantuan di kampung Sundang.

i



0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP